bulan 1

pena madrasah wasatiyyah 13.6.09


Alhamdulillah wassolatuwassalam ala rasulillah wa ala alihi wasohbihi ajmain..
Amma bakdu ..

Pihak madrasah wasatiyyaah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa/wi di bumi mesir ini..

Mw kembali mengorak langkahnya dan bersinar bermula pada petang jumaat selepas solat asar 12/6/08 dengan aktivitinya selepas tawakkuf fatrah imtiham 08/09 selama 2bulan yang baru sahaja berlalu...



Beberapa gerak kerja telah disusun bagi memenuhi aktiviti musim panas kali ini. Selain mengadakan pertemuan seminggu sekali yang menjadi kewajipan kepada setiap anggotanya, kali ini mw ada mensajikan agenda terjemahan yang bakal menjadi satu lagi madah dan misi mw.beberapa artikel terbaik telah dikenal pasti dan diedarkan kepada ahli untuk tujuan itu:

تنظيم الفتوى
مساجد فى الآسلام
الزحام فى المينا
المحنة و أخلاقها

Kesemua artikel ini diberikan kepada ahli untuk menyiapkan terjemahan mereka dalam tempoh masa sebulan dibawah bimbingan dan tunjuk ajar syaikhuna ustaz fawwaz .
tinta dari mw ;
sertakan masa terluang anda dengan membaca ;

1)
kitakan ada banyak buku.....
pilih dan bacalah buku yang mana paling elok,
lepas tu hafal yang terpilih yang paling elok,
bila menyampai .....
sampaikanlah apa yang ada pada kita yang paling elok,
keluarkanlah hafalan yang terpilih dan yang mana paling elok ,

2)
Datangkankan pada benak pemikiran kita dengan yakin bahawa
“saya seorang yang rajin membaca”

3)
Orang bertanya pada Imam yusuf alqaradawi ; bagaimana anda boleh menjadi seorang yang banyak mengahafal ? alimam menyatakan :
“Kerana aku merasakan perkara itu penting maka aku menghafalnya”


4) bacalah buku, cari saingan anda dan berikan tumpuan untuk melebihinya dan anggaplah bahawa ;
“Buku yang kita baca itu kita tidak mengulanginya lepas ini”
Kerana umur mecemburui kita dan ada beribu-ribu lagi buku yang perlu kita baca untuk mengesahkan kita sebagai penuntut ilmu allah. Akhir kalam dari pena mw kali ini ;
“JOM !! Jelajahi dunia dengan membaca ....”



Majlis Bersama Dr Yusuf Al Qaradhawi




Majlis Bersama Dr Yusuf Al Qaradhawi


Alhamdulillah..kerana telah diberi kesempatan oleh Allah untuk saya dan sahabat-sahabat hadir bersama dalam satu majlis bersama Fadhilatul Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi anjuran Ettihad Ulama'. Majlis yang bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam cukup banyak memberi input yang amat berharga kepada penuntut-penuntut ilmu baik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam ilmu mahupun bagi mereka yang telah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang ini..

Hadirin yang hadir daripada kalangan doktor-doktor Al Azhar dan pelajar-pelajarnya cukup untuk menggambarkan kehebatan majlis-majlis sebegini.


Tajuk yang disampaikan ialah tentang "Ciri-ciri Fatwa Yang Pelik".(fatwa yang tersasar daripada fatwa yang sebenar) Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1. Fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang bukan ahlinya.
2. Fatwa yang dikeluarkan bukan pada tempatnya.
3. Fatwa yang bertentangan dengan nas Al Quran.
4. Fatwa yang bertentangan dengan Hadis.
5. Fatwa yang bertentangan dengan Ijma' yang diyakini.
6. Fatwa yang bertentangan dengan Qias yang sahih.
7. Menggambarkan suasana dan keadaan yang tidak tepat dengan hakikat sebenar sesuatu keadaan.
8. Beristidlal tanpa dalil.
9. Tidak meraikan suasana tempat, zaman dan 'uruf.

Fadhilatul Syeikh juga berpesan supaya banyak membaca, mengulangkaji, mengkaji dan berbincang sesuatu masalah supaya lahir nanti seorang ulama' yang benar-benar diyakini keilmuannya dalam mengeluarkan fatwa.

Majlis-majlis sebegini wajar dan sepatutnya kita ikuti sementara masih muda dan berada di bumi Mesir yang penuh dengan para ulama' dan auliya'.

ihsan dari Abdul Hadi Awang



Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat


Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat

Bertaqlid kepada ulama adalah sifat seseorang yang tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berijtihad atau mentarjih di antara pendapat ulama. Jadi menjadi kewajipan kepada dia untuk bertaqlid.

Persoalanya, adakah dia wajip bertaqlid kepada satu mazhab atau boleh bertaqlid mana-mana mazhab yang dia inginkan. Pendapat terkuat dikalangan ulama usul adalah dia tidak wajip beriltizam dengan mazhab -mazhab tertentu kerana tidak ada dalil yang mewajipkan bertaqlid kepada satu mazhab,kalau diwajipkan sedemikian seolah-olah dia menjadikan satu mazhab itu sebagai syariat. Di zaman salaf dahulu tidak ada dikatakan mengikut satu mazhab,kesemua orang bertanya kepada mana-mana ulama yang dia yakini tanpa sebarang halangan.



Di sini,kita tegaskan,sekiranya sesorang itu mempelajari kebersihan di dalam mazhab syafie,kemudian dalam solat dia menunaikan solat dalam mazhab hanafi atau sebaliknya,di dalam puasa dia mengambil mazhab hambali dan di dalam haji dia mengambil mazhab maliki ia adalah tidak terlarang. Dia tidak berhajat mengetahui dalil-dalil mazhab yang penting dia memahami yang dikatakan oleh mazhab tersebut.

Yang timbul masalah adalah jika sesorang itu mengambil banyak mazhab di dalam bersuci seperti dia berwuduk dengan cara mazhab syafie,dan apabila dia menyentuh wanita ,mengambil mazhab hanafi ,jadi tidak batal wuduknya,maka ini adalah masalah khilaf diantara ulama. Maka apabila khlilaf muktabar dikalangan ulamak kita para muqallid boleh memilih pendapat yang tenang baginya dan kuat pada akalnya.

Satu masalah yang penting iaitu,adakah boleh bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat? Pendapat yang terkuat ialah boleh bertaqlid selain daripada mazhab empat selagi mana pendapat tersebut sohih penukilannya. Tidak ada dalil yang menghalang untuk bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat,kesemua itu tidak lebih daripada ijtihad ulama bukan nya ijmak yang qathie. Ini adalah pendapat imam izzudin abdussalam,syeikuna al qaradawi,dr wahabah zuhaili dan sebagainya kerana fikh semua pendapat ulama adalah sama sahaja di sisi syariat walaupun ia dating daripada mazhab selain daripada mazhab empat melainkan pendapat yang bercanggah dengan nusus qatie dan ijmak yang diyakini.

Sesungguhnya apabila terdapat kesusahan di dalam mazhab tertentu,di sana ada terdapat pendapat yang mudah di dalam mazhab lain yang bertepatan dengan maqasid syarie. Sesungguhnya agama ini datang dalam bentuk yang mudah bukan dalam bentuk yang menyusahkan.

Mudah-mudahan penerangan yang ringkas ini boleh menyejukan hati yang ragu dan menyakinkan mereka yang syak.(sila rujuk usul fikh islami dan fawata muassirah)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil


Keikhlasan Punca Kekuatan


Keikhlasan Punca Kekuatan

Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.

Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.

Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak,jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan.

Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka,kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.

Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.
Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.

Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.

Pada renungan hamba Allah yang lemah ini,tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallah a'lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Tafsir Surah Al-Fatihah



Tafsir Surah AL-Fatihah

Surah fatihah merupakan surah yang paling penting dan wajip dihafaz oleh semua umat Islam dimana solat lima waktu tidak sah melainkan dengan membaca surah tersebut mengikut pendapat jumhur ulama. Surah ini mempunyai rahsia yang banyak jika direnung oleh pembacanya, tidak hairanlah ia diberi nama ummulkitab.


Di sini saya ingin membawa pembaca kepada memahami surah ini dengan tafsiran ulama atau kefahaman yang saya fahami terhadap surah berdasarkan apa yang Allah bukakan kepada saya,sekiranya saya menyebutkan kefahaman saya,saya akan menyebutkan “ini adalah kefahaman penulis” . tetapi setakat ini saya tidak mengetahui adakah saya kefahaman yang tersendiri terhadap ayat ini. Mudah-mudahan Allah Taala membuka kefahaman kepada saya. Di dalam penafsiran surah ini saya mengunakan tafsir Imam Ibnu Kathir sebagai panduan di dalam mentafsir ayat ini. Mudah-mudahan tulisan sebgini dapat member kefahaman kepada pembaca. Saya mulakan dengan perbahasan surah Al Fatihah. Surah ini mempunyai 7 ayat dan diturunkan di makkah.

Imam ibnu kathir menyatakan surah ini dinamakan surah al fatihah sebab surah ini dibaca pada awal permulaan setiap solat. Ia juga mempunyai nama-nama yang lain seperti الحمد, , الشفاء,الواقية,الكافية,dan أساس القران.. ini adalah juga pendapat Imam Al-Bukhari.

Permasalahan fekah:
Ulama berselisihan pendapat di dalam masalah adakah wajip membaca surah al- fatihah di dalam solat atau dibolehkan dibacakan surah lain? Di sini terdapat dua pendapat yang ,masyhur.
Pendapat pertama: Tidak wajip membaca al-fatihah di dalam solat,boleh dibaca surah lain dan solat itu sah. Ini ada;ah pendapat imam Abu Hanifah.

Pendapat kedua: wajip membaca al- alfatihah di dalam solat. Ini adalah pendapat imam Malik,Syafie,Ahmad dan sebagainya. Ia berdasarkan hadis menunjukkan tidak sah solat tanpa membaca af-fatihah.

Masalah kedua:( bersambung)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Percubaan Pengharaman Pmram




Percubaan Pengharaman Pmram

Kita melihat seorang perwakilan umno di mesyuarat agung umno menyuarakan cadangan agar diharamkan pmram di mesir atas alas an mereka ejen pembangkang. Diugut dengan penarikan zakat dan sebagainya. Saya pun hairan masih ada lagi orang muda berfikiran sebegini yang mereka ini kemungkinan akan menjadi pimpinan negara kelak,mereka masih berpegang kepada penggunaan kuasa dan kekerasan untuk melakukan sesuatu perkara bukan mengajak berdialog atau berbincang.



Saya bukanlah orang kuat di dalam pmram Cuma ahli biasa dan suka begini, tidak terikat dengan mana-mana jemaah yang bekerja untuk Islam ,semuanya kita sayang dan menghargai usaha mereka sama abim , isma dan sebagainya. Tetapi saya tidak menyokong usaha untuk mengharamkan pmram dengan alasan mereka pembangkang,kerana ini bercanggah dengan demokrasi dan hak kebebasan yang dilaungkan oleh semua pihak. Sebaliknya mereka patut mencari jalan keluar bagaimana kita hendak mempersatukan MSD dengan pmram kerana kedua-dua pihak mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi saya,janganlah kita melibatkan isu politik Malaysia pas dan umno di mesir,MSD tetap kerajaan bukan umno, Pmram bukan Pas, ia adalah badan Ngo, sebenarnya saya inginkan berlaku suasana yang jernih di mesir, tidak ada pertengkaran di kalangan kita baik pimpinan atau ahli-ahli.

Saya menyeru kepada semua pimpinan di mesir supaya mengiktiraf semua persatuan yang bekerja di mesir dan duduk semeja untuk membincangkan permaslahan yang boleh diusahakan bersama. Lupakan cerita-cerita lama,kita boleh bangkit membangunkan akedemik dan syakhsiah pelajar mesir apabila kita semua berganding bahu mengetepikan permasalahan khilaf dan manhaj masing-masing dengan menumpukan masalah akedemik dan masa depan umat Islam di Malaysia.

Sesungguhnya perpaduan di antara semua persatuan dimesir dan bekerjasa dengan Msd adalah merupakan tuntuan syarak dan semasa bagi kita menyelesaikan masalah-masalah pelajar-pelajar kita di sini.
Akhir sekali,kita mengharapkan kerajaan tidak akan mengharamkam pmram sebaliknyaberusaha untuk bekerjasama dengan mereka dan kita mengharapkan pimpinan baru pmram akan lebih sederhana dan lebih banyak menumpukan aspek perpaduan.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil at 06:52




If You Fail To Plan, You Plan To Fail



If You Fail To Plan, You Plan To Fail

Kata-kata ini adalah kata-kata yang berasaskan pengalaman kehidupan sesorang yang berjaya, dan ia adalah merupakan salah satu factor seseorang itu berjaya.
Islam terlebih dahulu mengajak kita merancang masa depan di mana Nabi mengajak kita membuat persiapan iaitu sihat sebelum sakit ,muda sebelum tua,kesemuanya itu adalah isyarat kepada perancangan. Contohnya di dalam hadis “ Tidak akan miskin sesiapa yang sederhana di dalam berbelanja”.

Sebab itu di sini,kita hendaklah menekankan konsep merancang bagi sesorang pelajar, seseorang pelajar perlu merancang masa depannya berdasarkan waqie yang berada dihadapanya.



Contohnya,pelajar di mesir,pada tahun pertama sehingga tahun terakhirnya,dia perlu merancang pada tahun pertamanya mendalami bahasa arab dan juga ilmu alat seperti mantik supaya dia mampu pada tahun akan datangnya dia dapat meningkatkan pengetahuanya di dalam ilmu-ilmu Islam yang lain. Sekiranya,pada tahun pertamanya, dia tidak merancang sebegitu, dia ingin belajar banyak ilmu,dikhuatiri dia tidak mampu untuk memahami Ilmu-ilmu Islam dengan baik.

Perancangan yang tersusun akan membuatkan natijah yang baik, letakkan matlamat,kemudian merancang. Begitulah kita semua perlu merancang masa depan kita samada dari sudut akedemik dan dakwah. Yang penting perancangan kitatidak lari daripada matlamat yang kita inginkan.
Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil





Permasalahan Fatwa





Permasalahan Fatwa.


Fatwa merupakan satu kerja yang besar dan ia merupakan jawatan yang sandang oleh Nabi Muhamadصلى الله عليه وسلم.. Fatwa bererti member jawapan kepada perkara yang berlaku berdasarkan hukum syarie sama soalan itu diajukan oleh individu,jemaah atau pemerintah.
Mufti merupakan penjawab kepada fatwa dan hakikat sebenar mufti adalah mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum daripada sumber rujukan Islam tanpa bertaqlid kepada mana-mana imam. Selepas berlaku kemunduran didalam fikh Islam,mufti berubah kepada mufti muqalid yang berfatwa mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhabnya.
Apabila muncul semula kebangkitan fikh Islami kita dapati ramai mufti tidak hanya berfatwa kepasa mazhab mereka tetapi pendapat-pendapt yang diluar daripada mazhab mereka untuk tujuan menjaga maslahat.


Saya inginkan mufti-mufti yang tidak mencapai tahap mujtahid atau murajjih mempelajari talfiq di dalam berfatwa agar dia berfatwa mengikut kaedah talfiq, dengan sebab itu memudahkan beliau untuk berfatwa dengan pendapat yang mudah sebab fatwa terbina di atas dasar mudah dan menganggkat kesusahan.

Di sini kita ingin tekankan kepada golongan muda yang berani berfatwa sedanagkan mereka belum cukup ilmu di dalam fatwa agar berwaspada di dalam percakapan mereka. Kita melihat golongan remaja yang berani berfatwa dengan mengharamkan taadud jemaah islam yang berlainan dengan dengan manhajnya berani menyatakan perkara yang tidak nas yang sorih dan jelas mengharamkan penubuhan jemaah yang lain. Ada juja golongan yang mewajipkan memakai purdah,baju kurung,mereka tidak takut kepada Allah dengan membuang kenyataan yang berat di dalam fikh Islam. Begitu juga ada yang tidak membenarkan akhwat menaiki bas bercampur lelaki atas alasan sadduzzaraik tanpa melihat akubat yang akan berlaku. Kenapa mereka ini tidak berlajar daripada ulamak-ualmak yang besar dan hanya berguru-guru melayu dan akhirnya tidak membina generasi fikh yang mantap.

Saya melihat di mesir, tidak ada seorang pun yang mempunyai kelengkapan ilmu untuk berfatwa kerana kekurangan di dalam banyak sudut. Cuma tidaklah terhalang untuk mereka menukilkan fatwa daripada ulama-ulama yang thiqah sebagai istiknas. Bagi saya tidak menjadi masalah para pelajar berpegang kepada pendapat-pendapat masing selagi mana ia terbina di atas dasar ijtihad yang sohih.

Di kalangan pemuda kita juga kadang-kadang menjadi pemonopoli fatwa dengan menyatakan hukum fikh tidak boleh diambil daripada syiekh qaradawi,dia hanya boleh di ambil did lama bidang dakwah. Apakah fikh yang sebenar,mengajar student dengan melabelkan ulama mujtahid mutlak seperti syeikh qaradawi sebagai orang tidak boleh di ambil fikhnya. Alangkah malunya kepada badan-badan fikh islam sedunia yang mengambilnya sebagai bahan rujukan dan mengiktirafnya sebagai seorang mujtahid kemudian,kita menyatakan fikh tidak boleh di ambil daripadanya.

Begitu juga kepada ahli-ahli perubatan yang ingin membuat kajian terhadap sesebuah jemaah, janganlah anda memenatkan diri anda dengan perkara-perkara tersebut,sekiranya kamu menggunakan tenaga untuk mendalami ilmu perubatan yang luas dan mendalami ilmu-ilmu yang bersifat akhlak falsafah islam itu lebih baik kepada kamu,sebab perkara-perkara yang berlaku di mesir tidak lebih daripada khilaf yang berterusan sampai hari kiamat.

Saya menyatakan semua perkara di sini,,agar kita menumpukan kepada ilmu yang boleh membantu umat islam kepada kemajuan,hentinkanlah pertelingkahan menegnai jemaah,akidah salafi dan khalafi,mereka itu semua adalah ulamak-ulamak yang besar,ulamak ahli kalam ada jasanya, ibnu taimiah ada jasanya,kita perlu membina fikh yang baru untuk memahami Islam berdasar al-quraan dan sunnah serta kefahaman-kedaripada fahaman ulama salaf kita. Tumpukan masalah akhlak dan hati dan pelajaran.

Allah Taala memaafkan orang-orang yang berperang di jalan Allah daripada bertahajud, disebabkan mereka sibuk dnegna jihad. Begitu juga dengan kita ynag sibuk belajar dengan Ilmu syarie dan ilmu perubatan insyallah dimaafkan sekiranya tidak giat berdakwah atau tidak giat dalam persatuan. Marilah kita mengenal tanggungjawab masing-masing dan mengelak daripada menghentam sama sendiri. Binalah ukhuwah yang kuat di antara kita. Janganlah kita tertipu dengan ilmu kita masih sedikt dan berhajat kepada pengajian lagi. Waallah A’lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil



KESAN TERHADAP PARA PEMUDA

Ringkasan Kertas Kerja

Tajuk:

AL-IMAM DOKTOR YUSUF AL-QARADHAWI DAN KESANNYA TERHADAP PARA PEMUDA

Oleh:DOKTOR ‘ISOM ‘ARYAN

Pembuka Bicara

Bismillahi Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah Wa’ala Alihi Waman Walah.Ringkasan kertas kerja ini dipetik dari kertas kerja asal yang disediakan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan pada pembentangan beliau dalam Seminar Al-Imam Al-Qaradhawi yang diadakan pada tahun dua ribu lapan yang lepas.Maka dari kertas kerja ini bakal dibahaskan secara ringkas untuk makluman semua mengenai manhaj Al-Imam. Al-Imam Al-Qaradhawi dianggap salah seorang ulamak yang paling terserlah sama ada dalam pembawakan fiqh(fatwa) atau dalam memimpin manhaj “wasatiyyah” pada suasana hari ini.Dalam kertas kerja ini akan dikhususkan perbahasan mengenai kesan Al-Imam terhadap para pemuda dalam pembawakan beliau terhadap manhaj ini. Kita akan dapati beberapa faktor atau gejala yang menyebabkan kepada perlunya perubahan.Perubahan inilah yang dibawa oleh Al-Imam menerusi manhajnya:

Ø Keterlaluan sesetengah kelompok muslim dalam mengkafirkan muslim(التكفير)[1]

-Terdapat sebuah kumpulan di Bumi Mesir yang digelar “Jemaah Muslimin” yang terlalu segera dalam mengkafirkan beberapa individu muslim yang dirasakan telah melanggar beberapa syariat tuhan.

Ø Keganasan dalam kalangan pemuda

-Sesetengah golongan pemuda(الشباب)[2] yang ingin merubah sesuatu keadaan kepada lebih baik atau dengan erti kata ingin berdakwah tidak menggunakan manhaj atau wasilah yang dianjurkan oleh Islam.

-Golongan pemuda yang ingin mengguling pemerintah dengan kekerasan.

Ø Waspada terhadap para pemuda dalam mengeluarkan pendapat(fatwa)

-Mengingatkan kepada individu yang berfatwa tanpa mengikut manhaj atau kaedah yang tepat

Ø Politik dan senarionya[3]

-Perbahasan mengenai suasana politik di Mesir dan seluruh negara Islam.Berlakunya pemberontakan atau demonstarasi, kepelbagaian parti dalam meyertai pilihanraya mengikut ruang demokrasi, cengkaman kerajaan sekular.[4]

Ø Keberadaan Islam di Barat

-Muslim yang bermusafir ke barat sama ada untuk bekerja atau belajar.

-Menjadi masyarakat minoriti di bawah kuasa kerajaan bukan Islam.

-Kurangnya kemahiran Al-Imam bertutur dalam bahasa asing membuatkan sukar mesej pembawakan beliau sampai ke masyarakat barat.

-Adanya kumpulan(jemaah) muslim di Amerika dan Eropah.

-Kehadiran Al-Imam ke majlis fatwa bagi negara-negara Eropah.

Al-Imam juga menggunakan beberapa wasilah sebagai platfom dalam penyampaian mesej dakwah beliau ke seluruh pelusuk alam.

Ø Penyampaian dalam bentuk lisan

-Khutbah Jumaat

-Menghadiri apa saja program atau nadwah untuk menyampaikan ucapan.

Ø Penulisan[5]

-Puluhan kitab hasil dari penulisan Al-Imam tersebar ke seluruh dunia dan diterjemahkan dalam berbagai versi bahasa.Di antaranya:

(البنية الأساسية, الحلال والحرام فى الإسلام, الخصائص العامة للإسلام, الإيمان والحياة)

-Al-Imam banyak menyentuh perihal wanita dan kekeluargaan dalam karangannya sebagai pendorong kepada kemajuan wanita.[6]

Ø Bersua muka dengan pemuda

-Mengahadiri seminar atau kursus yang dianjurkan khas oleh pemuda dalam merapatkan ukhwah serta bertukar-tukar pendapat.

-Bermalam atau singgah dikediaman murid-muridnya.

Ø Penyampaian mesej Al-Imam dalam bentuk globalisasi (web rasmi)[7]

-Laman web rasmi beliau yang sering dikemaskini dan senantiasa memuatkan maklumat tentang aktiviti Al-Imam.

-Segala penjelasan isu antarabangsa tetap termuat dalam laman web tersebut mengikut komentasi dari Al-Imam.

Ø Menyertai seminar dan perhimpunan antarabangsa

-Mengahdiri mana-mana jemputan dari seluruh dunia.

Ø Keanggotaan yang ramai dalam pertubuhan badan fekah (مجامع فقهية)[8]

-Menubuhkan antaranya Kesatuan Ulamak Sedunia dan Majlis Fatwa Bagi Negara-Negara Eropah seperti yang diharapkan.

Ø Menyertai badan kebajikan

-Badan Kebajikan Islam Antarabangsa di Kuwait.

Ø Galakan kepada para pemuda

-Senantiasa memberi galakan kepada golongan pemuda dalam meneruskan usaha ilmiah dan gerakan dakwah serta memberi petunjuk dalam setiap amal mereka.

Seusai kalam

Demikian ringkasan hasil dari kertas kerja yang disiapkan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan.Dimuatkan dalam ringkasan ini beberapa pendapat saya pada bahagian nota kaki.Sekadar perbahasan pada ruang yang sempit ini mampu memberi kefahaman kepada kita mengenai manhaj “wasatiyyah” yang di pimpin oleh Al-Imam.Menjadi impian kita semua agar manhaj akan terpasak pada sanubari setiap insan untuk mengharungi oda kehidupan.Sepotong athar[9] yang sering kita temukan,sebaik-baik perkara adalah pertengahan.

Semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur Al-Imam dan dikurniakan kesihatan berpanjangan disamping kita mampu untuk mengambil intipati pembawakan manhaj beliau dalam era dunia globalisasi hari ini mengikut acuan Quran dan Sunnah.Segala usaha Al-Imam dalam memperjuangkan manhaj ini, suka duka, mehnah yang dilalui, jatuh bangun dari perjuangan mudah-mudahan mendapat balasan yang terbaik dari tuan punya alam.Amin…

Ringkasan dan ulasan:Muhsin bin Ahmad Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar.



[1] Kata Imam Malik RadhiAllahu ‘Anhu:Jika terdapat sembilan puluh sembilan tanda kekafiran pada seseorang itu tetapi namun masih terdapat satu tanda keIslamannya tidak boleh dihukum kafir terhadap individu tesebut (sikap berhati-hati seorang mukmin yang perlu ada pada setiap kita supaya tidak senang-lenang dalam mengkafirkan mana-mana individu).

Saya melihat suasana di Malaysia tidak terlepas dari budaya keji ini.Terdapat sebilangan kecil pendakwah yang sering menggunakan lafaz ini.Jelas ini jauh berbeza dengan kaedah dakwah yang dianjurkan dalam Islam.

[2] Manusia yang berumur lingkungan lima belas ke empat puluh tahun.

Kata Al-Imam:Golongan pemuda adalah generasi yang paling bernilai.Diibaratkan umpama matahari, bagaimana kekuatan cahayanya yang paling terik adalah ketika tengah hari.

[3]Pada pandangan saya, melihat suasana politik tanah air yang pada detik ini amat membimbangkan.Pertukaran kuasa, pilihanraya kecil rancak berlangsung sana-sini sedang umat terus dilanda bahana keruntuhan akhlak dan moral.Perlu kepada penelitian semula dari segenap aspek politik tanah air kepada perlunya pembaharuan dalam sistem pembentukan kerajaan.Mungkin di sana terdapat ruang untuk perbahasan mengenai “penggabungan parti”.Namun usaha ini tidak akan berlaku seandainya masih terdapat sikap ego, keterlaluan dalam mempertahankan dasar atau apa sahaja usaha yang cuba menidakkan usaha ini.

[4]Pandangan saya, senario pemerintahan dunia islam hari tidak langsung berlandaskan kepada Quran dan Sunnah kecuali dengan kadar yang sedikit.Maka di sini perlu kepada penekanan kepada seluruh muslimin untuk kembali melihat ajaran Islam yang hakiki.Firman Allah yang terlakar dalam kitabNya:(يا أيها الذين ءامنوا ادخلوا فى السلم كآفة):البقرة

[5] Manhaj Al-Imam dalam penulisan dengan mengetengahkan masalah-masalah yang terdapat perselisihan dalam kalangan ulamak sebagai panduan dan penjelasan mengenai setiap suruhan agama.

[6] Al-Imam mengikut manhaj gurunya Sheikh Ghazali dalam mempertahnkan wanita.Di sana terdapat ulamak fekah(fuqaha’) yang cuba menyempitkan ruang wanita dalam terjun ke beberapa bidang sedangkan tidak terdapat dalil atau nas yang sohih.

Al-Imam menggalakkan wanita dalam menyertai program-program berbentuk ceramah atau apa jua bidang ilmiah.

[7] www.islamonline.net/www.qaradawi.net

[8] Pertubuhan ini membahaskan di antaranya isu-isu mengenai masalah baru dalam agama atau urusan yang berhajat kepada pembaharuan dalam fatwa sesuai dengan masa dan tempat.

[9] :الأثرApa yang diriwatkan dari sahabat dan tabi’in sama ada tutur kata atau tingkah laku.Sebahagian besar ahli hadis meyatakan athar seerti dengan hadis(sila rujuk kitab ilmu hadis).



Labels