hadishaq 0

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi..
.selanjutnya...

Risalah Wasatiyah

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid ... selanjutnya..

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi....selanjutnya...

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu....
.selanjutnya...

Isu Tauliyah

Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliyah, ada yang kata tak perlu.....
.selanjutnya...

قضايا المرأة في فقه القرضاوى

قضايا المرأة في فقه القرضاوى"
الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر
التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى
القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في
قضايا المراة
....selanjutnya...




mengenai Madrasah Wasatiyyah

ini adalah pengenalan kepada madrasah wasatiyyah yang ditubuhkan dimesir seawal tahun 2008.Sebarang artikle ahli boleh hantar ke email;aghodhul_basor@yahoo.com

chatbox


bulan 1
Memaparkan catatan dengan label FIKRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FIKRAH. Papar semua catatan

Ulama Dan Profesional




Ulama Dan Profesional

Saya terpanggil untuk membincangkan tentang masalah yang melanda kefahaman umat Islam mengenai masalah ulama dan professional. Adakah ia suatu istilah yang sama ertinya atau ia berlawanan. Adakah ulama ini professional atau bukan,semua perkara ini melanda orang yang dahagakan maklumat yang sebenar dan inginkan kebenaran. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menyejukankan hati mereka yang gusar dan memuaskan akal mereka yang bingung dan membawa orang yang jahil kepada cahaya. Saya berkata dengan pertolongan Allah Taala.

Ulama dalam definasi istilah adalah golongan yang mengetahui sesuau bidang secara mendalam yang mungkin kita sebutkan sebagai pakar. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang fekah secara mendalam maka kita memanggilnya ulama fekah. Untuk menjadi ulama ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu sesorang itu mesti belajar daripada seorang guru, belajar menggunakan buku ilmiah yang sesuai dengan manhaj ilmu sebab bukan semua buku-buku ilmu sesuai untuk dipelajari. Dan syarat yang lain seperti mempunyai ujian belajar dan suasana pembelajaran bererti dia belajar di university atau pondok. Yang paling penting dia mendapat pengiktirafan daripada ahli ilmu.

Perkataan ulama ini berlawanan dengan perkataan musaqaf atau kita boleh katakan sebagai pemikir kalau ia boleh diterima ibarat ini, kerana musaqqaf ini bererti seseorang yang mengetahui semua perkara secara tidak mendalam. Sebagai contoh, sesorang dia pakar dalam bidang fikh,tetapi bidang perubatan dia tidak pernah pun belajar daripada guru dan belajar di university tetapi dia banyak membaca buku tentang perubatan,banyak term-term medic yang dia tahu,tetapi dengan cara sedemikian tidak melayakkan dia menjadi seorang doctor untuk merawat orang kerana dia tidak berjalan di atas dasar ilmu begitu sebaliknya seorang pakar dalam bidang kedoktoran,dia tidak belajar ilmu agama secara manhaj walaupun dia banyak maklumat tentang ilmu agama tetapi dia tetap bukan ulama dalam bidang agama dia hanya boleh dianggap musaqqaf sahaja,begitulah seterusnya.

Maka di sini kita boleh fahami pengertian alim atau ulama iaitu golongan yang mendalami sesuatu bidang secara mendalam walaupun dalam bidang lain dia tidak mengetaui apa-apa atau mengetahui serba sedikit yang kita panggil sebagai musyarik.

Kalau kita melihat pengertian professional,di dalam kamus dewan muka surat 1057 menyebutkan bahawa professional adalah orang yang mengamalkan kerana pengetahuan,kepakaran dan kemahiranya di dalam sesuatu bidang profession. Di sana ia memberi contoh seperti undang-undang dan perubatan. Contoh- contoh yang diberikan itu hanyalah contoh yang terdekat bukannya terbatas kepada mereka,kita boleh juga masukan kerjaya mufti juga sebagai professional kerana ia berdiri di atas kemahiran dan skill dalam mengeluarkan hukum. Kalau kita perluaskan makna professional maka pakar di dalam bidang agama juga boleh dianggap professional.

Jadi dengan definasi yang kita berikan maka kita melihat tidak ada percanggahan di antara ulama dan professional bahkan kedua-duanya adalah sinonim, maka di sini tidak percanggahan di sana bahkan persamaan.

Cuma di sini kita ingin tetapkan ulama di dalam pengertian Islam sebab di sana terdapat khilaf di dalam menafsirkan pengertiaan ulama di dalam Islam. Sebab penetapan tafrif ulama ini terdapat kesan di dalam hukum sebagai contoh,sesorang itu mewaqafkan rumahnya untuk didiami oleh ulama, maka sekiranya kita hanya mentafrifkan ulama hanya kepada ilmu fekah hadis dan seumpama dengannya maka seeorang yang alim dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tidak boleh menduduki rumah waqaf tersebut kerana dia tidak termasuk di dalam istilah ulama Islam cuma ulama dari sudut bahasa. Tetapi istilah ulama ini hanyalah ijtihad ulama terdahulu,boleh menerima perubahan takrif dari sudut dari pengertian sebab Al-Quran dan Sunnah tidak menentukan makna yang tertentu bagi istilah ulama.

Kalau kita lihat Al-Quran di dalam surah Fatir ayat 27 dan 28,ayat ini membicarakan tentang masalah ilmu geologi dan biologi dan alam sekitar kemudian Allah Taala melabelkan golongan yang bertaqwa daripada mereka itu sebagai ulama. Maka kita melihat definasi oleh Al-quraan terhadap pengertian ulama lebih luas daripada definasi ijtihad ulama dahulu. Dan definasi oleh Al- Quran lebih aula dipegang. Maka disini kita dapat gabung pengertian ulama yang disebutkan oleh hadis yang menyebutkan “ Ulama adalah pewaris para Nabi” yang mengambil ilmu-ilmu agama daripada para Nabi dengan ayat Al-Quran yang kita sebutkan tadi.

Maka kita bersetuju dengan pembahagian ulamadan ilmu oleh guru saya Al Alamah dr Muhammad Zuhaili yang membahagikan ilmu syarie kepada dua iaitu ilmu syarie secara langsung seperti tafsir,hadis dan fekah dan ilmu syarie secara tidak langsung seperti perubatan dan kejuteraan. Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini maka golongan doctor atau jurutera boleh dianggap sebagai ulama syarie dan Islam dan mereka berhak menerima hak waqaf seperti contoh yang kita sebutkan tadi sebab ilmu-ilmu boleh membantu manusia mengenal Allah dan memperkuat Islam. Inilah kita panggil sebagai islamiayulmakrifah(pengislaman pengetahuan).

Walaupun kita mengakui ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu-ilmu syarie secara tidak langsung tetapi kedua-keduanya tetapi ilmu syarie. Cuma perlu dingatkan bukanlah maksud ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu syarie secara tidak langsung bererti ulama-ulama syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ulama-ulama syarie secara tidak langsung. Sebaliknya kelebihan di antara mereka ini diukur denga taqwa,bezakan di antara ilmu dan ulama.
Baik, setelah selesai kita membuang segala kekusutan di dalam masalah pengertian ulama dan professional dan kita mendapati kedua-dua ada persamaan,tidak ada pertembungan, mari pula kita melihat kepada masalah yang merungsing ahli-ahli pas atau jemaah Islam di Malaysia. Yang mana satu layak memimpin dan dipilih?

Kita telah menerima bahawa ulama dan professional adah sinonim. Tetapi bagaimana orang boleh lagi keliru di di dalam pemilihan pimpinan pas. Sebenarnya di dalam menjawab persolan, ini kita perlu mengetahui Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takhassus. Firman Allah Taala
Terjemahan: Bertanyalah kepada ahluzzikri sekiranya kamu tidak mengetahui.

Di dalam ayat yang lain,
Terjemahan: Tidak memberikan kamu sesuatu (maklumat)sepertimana seorang pakar.

Maka di sini Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takassus,mungkin sesorang itu pakar di dalam bidang fikh tertentu tetapi dia tidak pakar didalam fikh haraki dan politik. Dia tidak mengetahui selok belok politik di Malaysia. Ini mungkin maksud tuk guru nik aziz yang mengatakan ulama sekarang dah professional sebab mungkin kefahaman beliau profesinal ialah mengetahui selok belok ilmu modern sperti IT dan berapa ramai ulama agama dah mahir dalam bidang ini. Sebenarnya di dalam kaedah penfatwaan ini dipanggil fikh waqie,maknanya mengetahui selok belok kehidupan di mana ulama telah mensyaratkan kepada ulama fatwa mesti ada ilmu fikh waqie mungkin bila kita sebut professional ini boleh dikategorikan sebgagai fikh waqie dan fikh waqie ini sentiasa menerima penambahan dan perubahan maklumat, jadi tidak jadi masalah sekiranya ulama itu sentiasa mendalamai fikh waqie kerana ia adalah di antara senjata utama ulama di dalam menghadapi masyarakat.

Jadi di dalam memilih pemimpin pas pada muktamar kelak maka hendak dipilih ulama yang benar-benar pakar di dalam bidang politik dan manhaj dakwah dan peka terhadap masalah semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam mendapat maklumat dan membuat ulasan dan dia dapat memandu pas kepada jalan yang tepat berdasarkan syarak.

Bagi saya tidak masalah kalau golongan ulama bukan agama( istilah saya) memegang jawatan presiden atau timbalan secara teori,Cuma secara praktikalnya sukar sebab Pas mempunyai tabiat dan cirri-ciri tersendiri yang berhajat kepada mereka arif di dalam siasah syariyah dan politik islam sebab kadang-kadangg berlaku suasana yang berhajat kepada jawapan yang cepat dan tepat di mana berhajat kepada ilmu-ilmu fikh siasi melainkan golongan ini mahir didalam bidang agama dan mampu memahami bahasa arab dnegan baik maka dia sesuai untuk memimpin pas. Secara hakikatnya,pas adalah untuk semua,tetapi bukan lah bermaksud semua orang layak untuk memimpin. Maka penjelasan yang ringkas ini diharap dapat sedikit memberi kefahaman yang baik kepada pembaca. Sekiranya tulisan tepat mudahan diberi pahala oleh Allah Taala dan sekiranya terdapat kesalahan semoga Allah mengampunkannya.
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Risalah Wasatiyah


Risalah Wasatiyah


Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid bertembung dengan aliran mazhab yang sudah lama bertapak dimalaysia.

Di mesir ini pula macam- macam aliran yang wujud,semunya mendakwa kebenaran masing-masing. Masing-masing berhujjah ada yang sampai boikot dengan sebab perkara yang tidak sebesar mana. Setiap aliran mencari pengaruh dan mencari pengaruh tidaklah salah secara mutlak sekiranya tidak ada kepentingan peribadi.
Sebagai satu cambahan idea, kita melihat kebanyakan yang wujud di dalam perkara yang ada didunia ia berubah seperti adat,ilmu pengetahuan ,system dan sebagainya. Jadi tidak hairan di dalam aliran pemikiran dan pendekatan pun akan berlaku perubahan.
Contohnya,kita ambil dimalaysia, apabila golongan muda membawa aliran salafi,banyak mengkritik amalan-amalan yang dilakukan oleh penduduk Malaysia seperti talqin,tahlil dan sebagainya,menimbulkan kontroversi, mereka ingin mengembalikan orang Islam kepada al-quran dan Sunnah tanpa taasub kepada mazhab.

Secara peribadi kita menyokong usaha untuk memperkasakan rujukan kepada Al-quran dan Sunah kerana ia lebih luas daripada mazhab dengan mengingatkan bahawa tidak mazhab di dalam Islam melainkan kesemuanya merujuk kepada Al-quran dan Sunah tidak ada satu pun yang terkeluar daripada sumber rujukan ini, ini dapat diketahui bagi siapa yang mendalami fikh muqaran dengan baik, kesemua mazhab ada dalil yang tersendiri.

Mazhab merupakan satu keperluan orang ramai untuk mengenal hukum hakam dengan mudah kerana mazhab bererti menghikayatkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan Sunah bukannya mencipta hukum. Cuma di sini kita pelu ingatkan bahwa bukanlah wajip sesorang itu bertaqlid kepada sesuatu mazhab tertentu , yang penting di dalam suatu masalah sesorang bertaqlid kepada mazhab dengan bertanya kepada ulama yang amanah.

Kadang-kadang sesuatu mazhab menyempitkan sesorang muslim di dalam sesuatu perkara maka di sana terdapat mazhab yang luas dan ringan hukumnya berbanding mazhab tersebut dan ia merupakan rahmat apatah lagi apabila disokong dengan dalil –dalil yang kuat.
Maka di sini, apakah ulama-ulama Malaysia sudah bersedia membuat persediaan untuk mengubah manhaj bertaqlid untuk orang ramai mudah melakukan ibadah mereka tanpa bercanggah dengan syariat dan ijmak ulama.

Kita tidak menyokong tindakan golongan yang menghina mazhab, bagi kita bermazhab itu lebih selamat daripada tidak ada mazhab kerana golongan itu bukan nya faham al-quran dan Sunah pun. Jadi elok mengikut ikut mazhab itu lebih selamat.

Berkenaan dengan aliran salafi kita menyokong aliran ini tanpa menyalahkan aliran khalafi yang dikenali sebagai golongan pentakwil dimana golonagn juga wujud hasil daripada pemikiran ualam-ulama yang besar seperti Imam Haramain,,Imam Ghazali dan sebagainya.

Cuma kita seronok dengan aliran keran ia lebih selamat dan dekat dengan amalam para sahabat. Tetapi perlu dingatkan ,bahawa salafi yang kitakan bukan wahabi yang menyatakan sifat-sifat Allah Taala yang mutasyabih itu adalah hakikat kerana ia akan membawa kepada tajsim bukan tajsim Cuma membawa kepada tajsim. Aliran salafi di sini bermaksud tidak mebincangkan sifat-sifat Allah yang mutasyabih dengan hanya menyerahkan kepada Allah Taala tentang maksudnya. Kita tidak dituntut untuk mengetahuinya.

Cuma ada beberapa keadaan kita berhajat kepada pentakwilan sifat-sifat Allah Taala seperti di dalam bidang dakwah dimana untuk tidak memeningkan kepala orang ramai dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Tanya kepada kuasa dengan syarat takwil itu tidak bercanggah dengan akal umum dan dalil syarie.

Tetapi perlu diketahui, bahawa pengajian tauhid seperti aliran takwil ini,kadang-kadang tidak sesuai kepada mereka keran ia tidak berpaksi kepada amalan hanya kepada pemikiran sahaja bahkan kadang tidak dapat membawa kelembutan jiwa.

Jadi kita perlu mencari alternative bagaimana hendak mengajar tauhid kepada orang agar mereka lebih dekat kepada Allah, bagi saya kita perlu memilih cara yang diajarkan oleh Al-quran dimana tauhid di dalam Al-quraan bukan setakat berbicara dengan akal bahkan dengan hati, hati tanpa akal tidak cukup,akal tanpa hati akan musnah, perlu digabungka kedua-dua alat ini.

Maka di sini saya menyatakan risalah wasatiyah amat penting disampaikan kepada masyarakat dia mana risalah ini mengambil faedah daripada semua aliran Islam tanpa sebarang taassub dengan menganggap kesemua peninggalan ulamak ini adlaah khazanah yang amat bernilai kepada kita di mana kita perlu mengambil yang terbaik daripada nya walaupun ia datang daripada muktazilah.

Umat Isalam adalah umat wasatiyah iaitu seimbang bukan sederhana, di mana seimbang ini beerti diwaktu perlu mudah kita permudahkan dan diwaktu perlu tegas kita bersikap tegas.
Bagi saya, tidak ada jalan lain melainkan kita kepada kepada risalah wasatiyah yang dibawa oleh Al-quran dan Sunah. Marilah kita mengkaji pemikiran wasatiyah untuk kita menjayakannya di dlaam kehidupan kita. Waallah a’lam.


Permasalahan Fatwa





Permasalahan Fatwa.


Fatwa merupakan satu kerja yang besar dan ia merupakan jawatan yang sandang oleh Nabi Muhamadصلى الله عليه وسلم.. Fatwa bererti member jawapan kepada perkara yang berlaku berdasarkan hukum syarie sama soalan itu diajukan oleh individu,jemaah atau pemerintah.
Mufti merupakan penjawab kepada fatwa dan hakikat sebenar mufti adalah mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum daripada sumber rujukan Islam tanpa bertaqlid kepada mana-mana imam. Selepas berlaku kemunduran didalam fikh Islam,mufti berubah kepada mufti muqalid yang berfatwa mengikut pendapat yang terkuat di dalam mazhabnya.
Apabila muncul semula kebangkitan fikh Islami kita dapati ramai mufti tidak hanya berfatwa kepasa mazhab mereka tetapi pendapat-pendapt yang diluar daripada mazhab mereka untuk tujuan menjaga maslahat.


Saya inginkan mufti-mufti yang tidak mencapai tahap mujtahid atau murajjih mempelajari talfiq di dalam berfatwa agar dia berfatwa mengikut kaedah talfiq, dengan sebab itu memudahkan beliau untuk berfatwa dengan pendapat yang mudah sebab fatwa terbina di atas dasar mudah dan menganggkat kesusahan.

Di sini kita ingin tekankan kepada golongan muda yang berani berfatwa sedanagkan mereka belum cukup ilmu di dalam fatwa agar berwaspada di dalam percakapan mereka. Kita melihat golongan remaja yang berani berfatwa dengan mengharamkan taadud jemaah islam yang berlainan dengan dengan manhajnya berani menyatakan perkara yang tidak nas yang sorih dan jelas mengharamkan penubuhan jemaah yang lain. Ada juja golongan yang mewajipkan memakai purdah,baju kurung,mereka tidak takut kepada Allah dengan membuang kenyataan yang berat di dalam fikh Islam. Begitu juga ada yang tidak membenarkan akhwat menaiki bas bercampur lelaki atas alasan sadduzzaraik tanpa melihat akubat yang akan berlaku. Kenapa mereka ini tidak berlajar daripada ulamak-ualmak yang besar dan hanya berguru-guru melayu dan akhirnya tidak membina generasi fikh yang mantap.

Saya melihat di mesir, tidak ada seorang pun yang mempunyai kelengkapan ilmu untuk berfatwa kerana kekurangan di dalam banyak sudut. Cuma tidaklah terhalang untuk mereka menukilkan fatwa daripada ulama-ulama yang thiqah sebagai istiknas. Bagi saya tidak menjadi masalah para pelajar berpegang kepada pendapat-pendapat masing selagi mana ia terbina di atas dasar ijtihad yang sohih.

Di kalangan pemuda kita juga kadang-kadang menjadi pemonopoli fatwa dengan menyatakan hukum fikh tidak boleh diambil daripada syiekh qaradawi,dia hanya boleh di ambil did lama bidang dakwah. Apakah fikh yang sebenar,mengajar student dengan melabelkan ulama mujtahid mutlak seperti syeikh qaradawi sebagai orang tidak boleh di ambil fikhnya. Alangkah malunya kepada badan-badan fikh islam sedunia yang mengambilnya sebagai bahan rujukan dan mengiktirafnya sebagai seorang mujtahid kemudian,kita menyatakan fikh tidak boleh di ambil daripadanya.

Begitu juga kepada ahli-ahli perubatan yang ingin membuat kajian terhadap sesebuah jemaah, janganlah anda memenatkan diri anda dengan perkara-perkara tersebut,sekiranya kamu menggunakan tenaga untuk mendalami ilmu perubatan yang luas dan mendalami ilmu-ilmu yang bersifat akhlak falsafah islam itu lebih baik kepada kamu,sebab perkara-perkara yang berlaku di mesir tidak lebih daripada khilaf yang berterusan sampai hari kiamat.

Saya menyatakan semua perkara di sini,,agar kita menumpukan kepada ilmu yang boleh membantu umat islam kepada kemajuan,hentinkanlah pertelingkahan menegnai jemaah,akidah salafi dan khalafi,mereka itu semua adalah ulamak-ulamak yang besar,ulamak ahli kalam ada jasanya, ibnu taimiah ada jasanya,kita perlu membina fikh yang baru untuk memahami Islam berdasar al-quraan dan sunnah serta kefahaman-kedaripada fahaman ulama salaf kita. Tumpukan masalah akhlak dan hati dan pelajaran.

Allah Taala memaafkan orang-orang yang berperang di jalan Allah daripada bertahajud, disebabkan mereka sibuk dnegna jihad. Begitu juga dengan kita ynag sibuk belajar dengan Ilmu syarie dan ilmu perubatan insyallah dimaafkan sekiranya tidak giat berdakwah atau tidak giat dalam persatuan. Marilah kita mengenal tanggungjawab masing-masing dan mengelak daripada menghentam sama sendiri. Binalah ukhuwah yang kuat di antara kita. Janganlah kita tertipu dengan ilmu kita masih sedikt dan berhajat kepada pengajian lagi. Waallah A’lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil



Fiqh Islam..




Fiqh Islam adalah hasil dan natijah daipada pemikiran ulama-ulama besar dalam Islam yang bersandarkan kepada usul Islam iaitu Al-quran dan Sunnah bagi mengeluarkan hukum hakam.

Tidak wujud di dalam pendapat ulama kita terkeluar daripada usul syarie melainkan dalam kuantiti yang sedikit dalam keadaan mereka dimaafkan oleh Allah. Bagi pengamatan saya hamba yang kerdil ini,tidak ada pendapat-pendapat di dalam fikh islam melainkan ia bersandarkan usul syarak sama dalam bentuk khusus atau umum.

Mereka ulama Islam yang begitu ikhlas di dalam ijtihad mereka,mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah keran ijtihad adalah ibadah akal yang begitu tinggi nilainya di dalam Islam. Kalau kita melihat kepada khazanah fikh islam kita,kita menyakini bahawa ia adalah satu system yang mampu menyusun corak kehidupan manusia daripada ibadat sampailah politik.

Sesungguhnya fikh islam tidak jumud dengan permasalahan-permasalahan semasa, bahkan ia sentiasa berinteraksi dengan kehidupan dengan kekuatan yang asli. Ini kerana fikh islam merupakan satu system pada umumnya berubah mengikut keadaan semasa,zaman,adat,perubahan politik ekonomi,maklumat sains dan teknologi. Ini bukan bermakna fikh islam hanya mengikut rentak keadaan semasa dan tunduk kepadanya,sebaliknya ia menyusun keadaan semasa berlandaskan syaiat yang mulia.

Sebagai satu maklumat penting,terdapat perbezaan di antara syariat islam dan fikh islam,syariat islam tidak menerima perubahan sampai bila-bila,manakala fikh bersedia menerima perubahan dengan syarat ia dilakukan oleh ulama yang muktabar. Contoh syariat seperti solat lima waktu, puasa ramadhan,ia tidak menerima perubahan,dan fikhnya seperti adakah fatihah wajip atau tidak ,niat diwaktu malam di bulan ramadhan adakah ia wajip atau sunnat dan badakah boleh di niat waktu malam. Jadi kita melihat fikh ia terdapat khilaf di antara ulama dan syariat.

Kebanyak pertelagahan di antara di antara umat islam bukannya pada syariat tetapi pada fikh islam. Tetapi yang malang kita melihat kita menjadikan pertengkaran didalam masalah fikh sebagai satu punca perpecahanumat kita. Sedangkan kita mempunyai kaedah di dalam berinteraksi denga fikh atau mazhab di antaranya,


1: Tidak boleh menginkari dan menganggap masalah khilaf itu berdosa,iaitu orang yang berpegang kepada kewajipan berniat ketika wuduk,dia tidak boleh mengingkari penganut mazhab hanafi yang tidak berniat ketika berwuduk ,atau wanita yang memakai purdah dia tidak boleh marah kepada meraka yang tiidak berpurdah yang hanya bertudung kerana terdapat khilaf dikalangan ulama dan menganggap orang tidak memakai purdah itu berdosa.

2: Sekiranya terdapat kesusahan di dalam beramal di dalam sesuatu mazhab,seseorang itu itu mengambil pendapat yang lebih mudah untuk diamalkan kerana taisir.bukan untuk bermain-main.sebaliknya dia diuji.


Bagi saya,kebanyakan pendapat –pendapat ulama adalah tepat dan boleh diamalkan walau[pun berlainan mazhab kerana bertaqlid kepada satu mazhab adalah tidak wajip sebaliknya perlu ada mazhab ketika beramal di dalam sesuatu masalah, dan boleh bertaqlid kepada mana –mana mazhab islam selagi ia tidak merosakkan syariat. Pendapat yang menyatakan talfiq adalah harus adalah pendapat yang kuat selagi mana tidak membawa kepada keruntuhan syariat dan tidak mengikut hawa nafsu atau bermain-main dengan syariat, kerana ia(talfiq) boleh mengurang ketaasuban mazhab dan memberi kemudahan kepada hamba-hamba Allah Taal,sesiapa yang ingin mempelajari fikh secara begini bacalah kitab fikh sunnah oleh syeikh said sabik.

Cara begini bukanlah bermasuk kita anti kepada mazhab-mazhab islam,bahkan inilah satu cara penghormatan kepada semua mazhab islam yang membawa kita kepada Allah. Membuka pintu ini adalh merupakan satu kerja mulia bagi penndapat saya kerana ia mencerminkan Islam yang mulia dan mudah.

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Malaysia,pertengkaran berlaku di dalam perkara-perkara kecil sehinggakan membawa kepada perpecahan. Cuba tengok masalah talqin, tahlil,pertangkaran yang berlaku seolah-olah ia adalah asas kepada agama sedangkan ia adalah perkara tahsinat bukan daruri atau hajiat.kalau tidak dilakukan pun tak mudharatkan agama kalau buat pun tak salah. Cuma yang salah apabila kita menjadika ia sebagai perkara wajip yang perlu dilaksnakan. Tidak boleh perkara sebegini dijadikan wajip. Jadi janganlah duk marah orang yang melaukan talqin atau tahlil. Sebab bagi saya,perkara-perkara sebegini paling kurang ia adalah harus. Jadi perkataan masyru’ sesuai digunakan dalam masalah ini daripada dikatakan sunnah untuk mengelak kumpulan madiyun(wahabi) marah. Tidak ada masalah di dalam istilah.

Sebenarnya,kita perlu membincangkan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat,kita mesti memikirakan apakah penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka di dalam kehidupan,pemikiran ekonomi yang boelh yang menjadikan mereka bergerak lebih maju daripada menyibukkan mereka kepada perkara yang tidak menghasilkan faedah yang banyak. Inilah perkara yang perlu difikirkan,bukan saya nak kata tak boleh bincang langsung cuam jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai agenda utama dakwah. Kita perlu mengajar manusia memahami Islam yang sebenar,bagaimana berinteraksi dengan al-quraan dan sunnah,bagaimana hendak masyarakat,mengajar manusia kearah berlapang dada kalau ada pendapat berlainan yang tidak diterima oleh sesebuah penduduk. Janganlah kita menjadi diktator di dalam mengemukakan pendapat.

Maka di sini kita nyatakan,fiqh islam adalah satu sitem yang memudahkan orang ramai bukan menyempitkan,kalau terdapat pendapat yang susah di dalam suatu mazhab di sana terdapat pendapat-pendapat yang lain memudahkan.sesiapa yang membaca buku-buku fikh islam daripada pelbagai mazhab dia akan mendapati apa yang saya katakan.

Cuma saya katakan di sini,bukan semua orang mampu untuk menguasai fiqh dengan baik atau menjadi faqih,ia adalah pilihan daripada Allah,maka sesiapa yang tidak menguasai fiqh dia perlu bertanya kepada para ulama untuk menngetahui hukum-hakam.

Insyallah kalau ada masa lain kali kita bincang lagi tajuk ini.insyaallah. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........



Labels