hadishaq 0

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi..
.selanjutnya...

Risalah Wasatiyah

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid ... selanjutnya..

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi....selanjutnya...

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu....
.selanjutnya...

Isu Tauliyah

Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliyah, ada yang kata tak perlu.....
.selanjutnya...

قضايا المرأة في فقه القرضاوى

قضايا المرأة في فقه القرضاوى"
الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر
التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى
القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في
قضايا المراة
....selanjutnya...




mengenai Madrasah Wasatiyyah

ini adalah pengenalan kepada madrasah wasatiyyah yang ditubuhkan dimesir seawal tahun 2008.Sebarang artikle ahli boleh hantar ke email;aghodhul_basor@yahoo.com

chatbox


bulan 1
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Gabungan Pas Dan Umno

Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Ser Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.


Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.

Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah.
Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.

Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.

Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita.

Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
nukilan;
Fauwaz Fadzil Noor.



Labels