hadishaq 0

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi..
.selanjutnya...

Risalah Wasatiyah

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid ... selanjutnya..

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi....selanjutnya...

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu....
.selanjutnya...

Isu Tauliyah

Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliyah, ada yang kata tak perlu.....
.selanjutnya...

قضايا المرأة في فقه القرضاوى

قضايا المرأة في فقه القرضاوى"
الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر
التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى
القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في
قضايا المراة
....selanjutnya...




mengenai Madrasah Wasatiyyah

ini adalah pengenalan kepada madrasah wasatiyyah yang ditubuhkan dimesir seawal tahun 2008.Sebarang artikle ahli boleh hantar ke email;aghodhul_basor@yahoo.com

chatbox


bulan 1
Memaparkan catatan dengan label ILMIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMIAH. Papar semua catatan

Ilmu



Semalam aku menyampaikan pengajian di masjid Usamah di wangsa maju. Tajuk berkenaan dengan keutamaan ilmu ke atas amal. Di dalam pengajian aku membahaskan tentang ilmu dan pembahagian ilmu.

Ilmu adalah merupakan imam kepada amal. Ilmu menjadikan kita mengenal hak dan batil, halal dan haram. Sebab itu Islam mewajipkan kita mempelajari ilmu samada lelaki atau perempuan. Cuma di sini kita ingin menyebutkan pembahagian ilmu kepada fardu dan fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah, ilmu juga terbahagi kepada sunah,harus,makruh dan haram.
Kita sebutkan dahulu ilmu-ilmu fardu ain yang wajip dipelajari oleh setiap orang muslim yang mukallaf.

Pertama: ilmu yang berkaitan dengan akidah, wajip bagi setiap orang mempelajari akidah sehinggakan iman menjadi kuat, cukuplaah dia mempelajari buku2 akidah yang simple yang terikat dengan Al quran, tidak perlu dia mendalami ilmu2 kalam yang hanya sesuai dengan golongan ulama, orang2 awam cukup dengan belajar akidah daripada yang simple yang diikatkan dengan Al quran, seperti buku kecil Imam qaradawi bertajuk wujud nya Allah dan Tauhid, tetapi tidak lah wajip dia mengetahui istilah tauhid rububiyah atau uluhiyah dan sebagainya itu adalah istilah sahaja, yang paling dia berimaN dengan Allah dengan keesaanNya dan segala sifat yang ada di dalam Al quraan dan hadis2 yang sohih

Kedua: mempelajari ilmu 2 fekah seperti bersuci,solat ,puasa dan sebagainya dengan kadar melepaskan dia daripada tanggungjawab ibadat tersebut. Di sana juga perkara yang menjadi fardu ain ke atas seseorang tetapi tidak menjadi wajib kepada orang lain ,seperti seorang dokor,dia wajip mempelajari hukum2 yang berkaitan dnegan adab2 pengamal perubatan dimana orang lain tidak wajip, begitu uga dengan peniaga, dia wajip mempelajari hukum jual beli, riba dan sebagainya di mana individu bukan peniaga tidak wajib mempelajari begitulah seterusnya.

Ketiga: ilmu akhlak dan tasauf, ini wajib dipelajarioelh semua orang muslim untuk mencuci hati daripada penyakit2 hati seperti riak,sombong, ujub dan sebagainya, kalau dia mempelajarinya maka hukumnya adalah berdosa, kerana penyakit2 seperti selalu menimpa orang awam ,dengan itu ilmu ini wajib dipelajari untuk mengajar kita ilmu penyuci hati dan akhlak yang mulia.

Manakala fardu kifayah pula, ilmu yang berkaitan dengan kepakaran seperti ilmu usul fikh,ilum hadis,tafsir dan seumpama denganya kerana ilmu ini berkaitan dengan umat bukan dengan individu,jadi perlu ada sebahagian golongan sanggup untuk mempelajari ilmu-ilmu ini apatah seseorang yang ada minat dan kemampuan.
Begitu juga ilmu dunia yang menjadi punca kekuatan umat Islam ia meruupakan fardu kifayah untuk dipelajari oleh umat islam bagi membangunkan umat, sekiranya ilmu2 fardu kifayah ini tidak diceburi oleh sebahagian golongan maka keseluruhan umat islam berdosa.
Insyallah selepas ini kita akan bincang lebih lanjut(dah tak larat tulis) dari Yg kami semua rindui : Ustaz Fauwaz Fadzil

Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat


Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat

Bertaqlid kepada ulama adalah sifat seseorang yang tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berijtihad atau mentarjih di antara pendapat ulama. Jadi menjadi kewajipan kepada dia untuk bertaqlid.

Persoalanya, adakah dia wajip bertaqlid kepada satu mazhab atau boleh bertaqlid mana-mana mazhab yang dia inginkan. Pendapat terkuat dikalangan ulama usul adalah dia tidak wajip beriltizam dengan mazhab -mazhab tertentu kerana tidak ada dalil yang mewajipkan bertaqlid kepada satu mazhab,kalau diwajipkan sedemikian seolah-olah dia menjadikan satu mazhab itu sebagai syariat. Di zaman salaf dahulu tidak ada dikatakan mengikut satu mazhab,kesemua orang bertanya kepada mana-mana ulama yang dia yakini tanpa sebarang halangan.



Di sini,kita tegaskan,sekiranya sesorang itu mempelajari kebersihan di dalam mazhab syafie,kemudian dalam solat dia menunaikan solat dalam mazhab hanafi atau sebaliknya,di dalam puasa dia mengambil mazhab hambali dan di dalam haji dia mengambil mazhab maliki ia adalah tidak terlarang. Dia tidak berhajat mengetahui dalil-dalil mazhab yang penting dia memahami yang dikatakan oleh mazhab tersebut.

Yang timbul masalah adalah jika sesorang itu mengambil banyak mazhab di dalam bersuci seperti dia berwuduk dengan cara mazhab syafie,dan apabila dia menyentuh wanita ,mengambil mazhab hanafi ,jadi tidak batal wuduknya,maka ini adalah masalah khilaf diantara ulama. Maka apabila khlilaf muktabar dikalangan ulamak kita para muqallid boleh memilih pendapat yang tenang baginya dan kuat pada akalnya.

Satu masalah yang penting iaitu,adakah boleh bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat? Pendapat yang terkuat ialah boleh bertaqlid selain daripada mazhab empat selagi mana pendapat tersebut sohih penukilannya. Tidak ada dalil yang menghalang untuk bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat,kesemua itu tidak lebih daripada ijtihad ulama bukan nya ijmak yang qathie. Ini adalah pendapat imam izzudin abdussalam,syeikuna al qaradawi,dr wahabah zuhaili dan sebagainya kerana fikh semua pendapat ulama adalah sama sahaja di sisi syariat walaupun ia dating daripada mazhab selain daripada mazhab empat melainkan pendapat yang bercanggah dengan nusus qatie dan ijmak yang diyakini.

Sesungguhnya apabila terdapat kesusahan di dalam mazhab tertentu,di sana ada terdapat pendapat yang mudah di dalam mazhab lain yang bertepatan dengan maqasid syarie. Sesungguhnya agama ini datang dalam bentuk yang mudah bukan dalam bentuk yang menyusahkan.

Mudah-mudahan penerangan yang ringkas ini boleh menyejukan hati yang ragu dan menyakinkan mereka yang syak.(sila rujuk usul fikh islami dan fawata muassirah)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil


Keikhlasan Punca Kekuatan


Keikhlasan Punca Kekuatan

Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.

Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.

Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak,jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan.

Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka,kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.

Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.
Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.

Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.

Pada renungan hamba Allah yang lemah ini,tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallah a'lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Tafsir Surah Al-Fatihah



Tafsir Surah AL-Fatihah

Surah fatihah merupakan surah yang paling penting dan wajip dihafaz oleh semua umat Islam dimana solat lima waktu tidak sah melainkan dengan membaca surah tersebut mengikut pendapat jumhur ulama. Surah ini mempunyai rahsia yang banyak jika direnung oleh pembacanya, tidak hairanlah ia diberi nama ummulkitab.


Di sini saya ingin membawa pembaca kepada memahami surah ini dengan tafsiran ulama atau kefahaman yang saya fahami terhadap surah berdasarkan apa yang Allah bukakan kepada saya,sekiranya saya menyebutkan kefahaman saya,saya akan menyebutkan “ini adalah kefahaman penulis” . tetapi setakat ini saya tidak mengetahui adakah saya kefahaman yang tersendiri terhadap ayat ini. Mudah-mudahan Allah Taala membuka kefahaman kepada saya. Di dalam penafsiran surah ini saya mengunakan tafsir Imam Ibnu Kathir sebagai panduan di dalam mentafsir ayat ini. Mudah-mudahan tulisan sebgini dapat member kefahaman kepada pembaca. Saya mulakan dengan perbahasan surah Al Fatihah. Surah ini mempunyai 7 ayat dan diturunkan di makkah.

Imam ibnu kathir menyatakan surah ini dinamakan surah al fatihah sebab surah ini dibaca pada awal permulaan setiap solat. Ia juga mempunyai nama-nama yang lain seperti الحمد, , الشفاء,الواقية,الكافية,dan أساس القران.. ini adalah juga pendapat Imam Al-Bukhari.

Permasalahan fekah:
Ulama berselisihan pendapat di dalam masalah adakah wajip membaca surah al- fatihah di dalam solat atau dibolehkan dibacakan surah lain? Di sini terdapat dua pendapat yang ,masyhur.
Pendapat pertama: Tidak wajip membaca al-fatihah di dalam solat,boleh dibaca surah lain dan solat itu sah. Ini ada;ah pendapat imam Abu Hanifah.

Pendapat kedua: wajip membaca al- alfatihah di dalam solat. Ini adalah pendapat imam Malik,Syafie,Ahmad dan sebagainya. Ia berdasarkan hadis menunjukkan tidak sah solat tanpa membaca af-fatihah.

Masalah kedua:( bersambung)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Agama dan politik



Agama dan politik :oleh Imam qaradawi.

Kitab ini adalah merukan kitab yang begitu penting bagi setiap umat Islam di mana ia menerang kedudukan politik mengikut Islam dan konsep agama(Ad-Din) mengikut perspektif Islam. Ini kerana umat telah bercelaru di dalam memahami kedua-dua konsep ini dan akhirnya Islam itu sendiri dizalimi oleh sebahagian umat nya yang menggap agama itu musuh kepada politik dan politik itu musuh pada agama.

Maka Imam telah melakukan satu usaha yang perlu dipuji dengan menolak segala tomahan yang dilemparkan terhadap Islam di dalam buku ini. Mari kita melihat isi kandungan kitab ini bagi mengetahui mukadimah yang matlamat kitab ini.

Kitab ini berhalaman 242 muka surat .melihat kepada indexnya,ia terbahagi kepada mukadimah,kemudian 5 bab besar.Mari kita melihat setiap tajuk bagi setiap bab.

Bab Pertama: Konsep dan pengertian agama dan politik.

Bab Kedua: Hbungan di antara agama dan politik di sisi umat Islam dan disisi golongan
Sekular.

Bab Ketiga: Agama dan politik dalam Islam.

Bab Keempat: Adakah sekular sebagai penyelesaian atau pembuat masalah.

Bab Kelima: Golongan minority Islam dan politik.

Insyallah kita akan cuba membincangankan buku ini sekadar termampu untuk memberi gambaran yang sebenar kepada umat Islam. Umat Islam berhajat kepada pengetahuan yang yang mendalam di dalamperkara ini, janganlah kita mengambilk asas-asas Islam kita daripada musuh kita yang dengki kepada kita. Ambillah kefahaman Islam ini daripada Al-quran dan Sunah.semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada Imam Qaradawi. Mudah-mudahan kita dapat membincangkan kita dengan baik.Amin.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Agama dan politik

Agama dan politik :oleh Imam qaradawi.

Kitab ini adalah merukan kitab yang begitu penting bagi setiap umat Islam di mana ia menerang kedudukan politik mengikut Islam dan konsep agama(Ad-Din) mengikut perspektif Islam. Ini kerana umat telah bercelaru di dalam memahami kedua-dua konsep ini dan akhirnya Islam itu sendiri dizalimi oleh sebahagian umat nya yang menggap agama itu musuh kepada politik dan politik itu musuh pada agama.

Maka Imam telah melakukan satu usaha yang perlu dipuji dengan menolak segala tomahan yang dilemparkan terhadap Islam di dalam buku ini. Mari kita melihat isi kandungan kitab ini bagi mengetahui mukadimah yang matlamat kitab ini.

Kitab ini berhalaman 242 muka surat .melihat kepada indexnya,ia terbahagi kepada mukadimah,kemudian 5 bab besar.Mari kita melihat setiap tajuk bagi setiap bab.

Bab Pertama: Konsep dan pengertian agama dan politik.

Bab Kedua: Hbungan di antara agama dan politik di sisi umat Islam dan disisi golongan
Sekular.

Bab Ketiga: Agama dan politik dalam Islam.

Bab Keempat: Adakah sekular sebagai penyelesaian atau pembuat masalah.

Bab Kelima: Golongan minority Islam dan politik.

Insyallah kita akan cuba membincangankan buku ini sekadar termampu untuk memberi gambaran yang sebenar kepada umat Islam. Umat Islam berhajat kepada pengetahuan yang yang mendalam di dalamperkara ini, janganlah kita mengambilk asas-asas Islam kita daripada musuh kita yang dengki kepada kita. Ambillah kefahaman Islam ini daripada Al-quran dan Sunah.semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada Imam Qaradawi. Mudah-mudahan kita dapat membincangkan kita dengan baik.Amin.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Ilmu dan iman





Ini merupakan bahagian yang sangat penting bagi setiap penutup ilmu sama ilmu agama atau ilmu akal.di mana Imam Qaradawi membahasakan perkara ini bagi menyelesaikan pertembungan ilmu dan iman. Imam Qaradawi menyatakan bahawa tiada di sana pertembungan di antara ilmu dan iman.ilmu bukanlah musuh kepada iman sebenarnya kedua-duanya saling berkaitan.lihatlah di dalam Al-quran yang menyebutkan iman selepas ilmu di dalam surah Ar-Rum ayat 56.

Banyak lagi ayat yang Imam bawakan,kalau untuk mendalam silalah rujuk kitabnya muka surat 95.beliau menyatakan bahawa ilmu adalah petunjuk bagi iman dan ini adalah hakikat yang kita lihat.

Daripada apa yang Imam sebutkan,jelas menunjukan bahawa tidak ada penentangan di antara ilmu dan iman atau agama sepertiman yang dinyatakan oleh golongan orientalis.bahkan apabila sesorang mengetahui ilmu yang bermenfaat akan bertambah imanya.Inilah yang perlu ditekankan oleh pelajar-pelajar ilmu sains yang belajar memahami makkhluk dan ciptaan Allah.Kita meyakini sekiranya mereka belajar denganniat untuk menambah iman banyak lagi ilmu-ilmu yang tersembunyi akan terbongkar dan diketahui.

Pada pemikiran kita,umat islam ilmu perlu mengembelingkan ilmu dan iman dan menjadikan setiap ilmu yang bermenfaat sebagai alat untuk memperkukuhkan iman kita.kita juga perlu melihat sukatan-sukatan pelajaran di sekolah-sekolah kita bagaimana untuk merealisasikan perkarainiwalaupuiamemerlukan usaha yang berlipat ganda.Insyallah selepas ini kita akan membincangkan tentang ilmu sebagai syarat untuk menjadi seorang pemimpin. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Definasi Ilmu



Bahagian pertama

Pada fasal kedua,imam qaradawi memulakan dengan definasi ilmu di sisi ulama.

Definasi adalah suatu perkara yang cukup penting dalam bidang ilmu bagi menghasilkan gambaran yang sohih terhadap sesuatu,

Imam qaradawi membawa perbincangan imam al.asfahani di dalam definasi ilmu.

Berkata asfahani.ilmu adalah mengetahui sesuatu berdasar hakikat atau realitinya.dalam ilmu mantick dikatakan tasaur.

Ini adalah definasi yang pertama bagi ilmu.yang kedua,ilmu bererti menghukum ke atas dengan wujudnya sesuatu yang semamangnya ia wujud. Atau menafikan sesuatu yang sememangnya ia dinafikan. Ini dipanggil tasdik dalam ilmu mantik

Untuk huraian lanjut,saya(fauwaz) membawa contoh.dalam hokum fikh atau syariah,kita menyatakan solat lima waktu adalah wajip,maka itu adalah ilmu secara tasdik.

Bagi ilmu tasaur,macam masalah bond atau atau sebagainya,kita tidak tahu hukumnya,Cuma kita tahu maksud bond sahaja tanpa ada sebarang peletakan hokum hala atau haram,maka itu tasaur.

Secara kesimpulan imam qaradawi menyatakan, selepas membawa perbahasan ulama terhapmakna ilmu,beliau menyatakan bahawa yang penting ialah definasi umum bagi ilmu iatu pembongkaran atau mengenal seauatu perkara yang tidak di ketahui.

.bahagian kedua: kelebihan ilmu dan kedudukan ulama di dalam al-quran.

Imam qaradawi menyatakan,bahawa tidak ada agama yang memuliakan ilmu sepertimana islam memuliakan ilmu.

Cubak kita tengok ayat al-quran yangmembbiarakanilmu didalamal-quran.di anatranya surah alaq yang dimulakan dengan bacalah dengan nama Allah, dalam surah qalam,Allah bersumpah dengan qalam yang merupakan alat bagi memperolehi ilmu.

Dalam quran juga membezakan di antara orang berilmu dengan orang jahil,mereka tidak sama.Allah juga menyatakan orang sangat takut padanya ialah ulama.dan banyak ayat _ayat quran yang mengangkat darjat ilmu.

Begitu juga imam qaradawi menyatakan semua para nabi diberiilmu,iniadalah benar secara syarak,akal dan sejarah.mustahil bagi seorang nabi berdakwah tanpa ilmu.



Di sini saya ingin bawakan perbahasan yang penting iaitu hubungan ilmu dan iman(kita sambung esok) sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil.......

Akal dan Ilmu dalam Al-Quran



Maka hari demi hari minat terhadap Imam Qaradawi bertambah sehingga boleh dikatakan kitab-kitabnya semuanya atau hampir semuanya sudah dibeli, alhamdulillah. Mengembara ke alam pemikiran Imam Qaradawi amat mengasyikkan dan menyeronokkan. Banyak faedah dan pemikiran dapat diambil. Yang paling penting beliau mengeluarkan kita agar tidak taasub kepada mana-mana mazhab dan berpegang kepada dalil yang kuat walaupun daripada mana-mana mazhab. Bagi saya selalunya pendapat yang kuat adalah yang mewarnai roh taisir dan mudah.

Perbincangan tentang bermazhab akan dibincangkan pada masa-masa akan datang insyallah. Ok, sebenarnya kita ingin menceritakn kehebatan Imam Qaradawi, tetapi mungkin pada masa akan datang. Hari ini kita hendak membincangkan satu buku beliau yang bertajuk “Akal dan ilmu di dalam al-quran". Di sana juga ada kitab-kitab yang ingin sangat saya bincangkan di sini seperti:

• kitab agama dan politik
• fikh aulawiyat
• pengenalan islam
• ijtihad di dalam syariat
• peranan akhlak dan etika di dalam ekonomi islam
• adab bermazhab
• fikh di antara turath dan tajdid dan sebagainya.

Kita mula dengan kitab ini dahulu untuk mengambil berkat Al-quran. Pengajian kitab ini adalah berbentuk tafsir maudui, di mana Imam mengambil semua perbahasan akal dan ilmu di dalam al-quran kemudian diletakkan di dalam satu tajuk.

Penulisan sebegini memerlukan kepada penghayatan dan kefahaman terhadap al-quran seluruhnya. Dan imam adalah orang layak membincangkan tentang al-quran kerana beliau adalah pecinta kepada al-quran.

Kitab ini mempunyai 304 muka surat termasuk indeks. Kalau kita melihat kepada indeksnya, ia memuatkan beberapa bab atau fasal yang membincangkan tentang akal dan ilmu selepas mukadimah kitab

Fasal pertama: kedudukan akal dan berfikir di dalam al-quran.

Fasal kedua: kelebihan ilmu kedudukan ulama di dalam al-quran.

Fasal ketiga: pengertian ilmu, fikh dan hikmah di dalam al-quran.

Fasal keempat: Belajar dan mengajar di dalam al-quran .

Fasal kelima: pembentukan akal ilmiah di dalam al-quran.

Fasal keenam: I’jaz ilmu (sains) di dalam al-quran.

Kita melihat satu kitab yang menarik perbincangannya, insyallah kita mempelajari di dalam kitab ini sekadar yang termampu berdasarkan kefahaman yang cetek ini, kalau ada tersilap faham mudah-mudahan Allah ampunkannya. Kalau ada ulasan daripada saya, saya akan ulas.

Di sini saya ingin membincangkan dahulu fasal kedua, iaitu kedudukan ilmu dan ulama di dalam al-quran. Satu topic yang menarik, apa kata Imam Qaradawi.

Pada muka surat 69, beliau membincangkan dengan membahagikan kepada 8 bahagian di dalam tajuk ini.

1- pengertian dan pembahagiannya.

2- kelebihan ahli ilmu di dalam al-quran.

3- kesemua nabi diberi ilmu oleh Allah.

4- hubungan ilmu dan iman.

5- Ilmu adalah jalan kepada yakin.

6- Ilmu adalah syarat kepada setiap jawatan memimpin.

7- Celaan terhadap perkara yang tidak diasaskan berdasarkan ilmu.

8- Ilmu-ilmu yang tercela di dalam al-quran.

Rasuah dan Hukumannya.



Rasuah sepertimana yang didefinasikan oleh ibnu abidin alhanafi iaitu sesuatu(wang atau harta) yang diberikan oleh sesorang kepada hakim atau orang lain(seperti pegawai kerajaan)untuk menjatuhkan hukuman yang berpihak kepada dia atau mengikut kehendak pemberi wang tersebut.
Berkata guru saya dr abdul aziz azam komentar daripada definasi ibnu abiding trsebut “iatu bertujuan utuk mencapai kepada sesuatu yang tidak tepat (batil) ataupun untuk mencapai kebenaran tetapi dia mampu mencapai tujuan tersebutdengan cara bukan rasuah.
Dr aziz juga menyebutkan hadiah kepada pegawai kerajaan yang mempunyai gaji adalah haram. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas yang yang bermaksud
“Hadiah kepada pekerja-pekerja(pegawai)adalah haram”.

Pegawai ini meliputi semua jawatan bidang kerajaan seperti guru,pensyarah,bahagian imigresen pegawai polis dan seumpama dengannya. Rasuah adalah membahayakan sector ekonomi dan pembangunan sesbuah negara. Negara kita Malaysia mengalami indek rasuah yang tinggi. Sehingga yang paling jijik terdapat rasuah secara seks,ini amat sadis sekali.
Lihatlah politik,mahkamah,polis apa jua badan kerajaan rasuah amat berleluasa sehinggakan kepada sukan dan pendidikan berlaku rasuah. Apakah mereka tidak ingat kepada firman Allah yang melarang hamba-hambanya memakan makanan yang di ambil secara tidak betul. Firman Allah

يايها الذين أمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل.
Terjemahan: Wahai-wahai orang beriman,janganlah memakan harta-harta kamu di antara kamu sekalian dengan cara yang kotor.

Rasuah adalah sifat yahudi yang diwarisi sampai sampai sekarang, malangnya ramai umat Islam yang ingin mencari kekayaan mereka menggunakan cara yang paling mudah iaitu rasuh. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan mereka menjadikan rasuah rasuah sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka mendapat wang dengan tanpa ada sebarang usaha,menzalimi orang lain,sebab itulah Islam haramkan,kaedah ekonomi menyatakan
المال لا يلد مالا.
Terjemahan: wang tidak menghasilkan wang dengan sendirinya.

Untuk memperolehi wang perlu dengan menggunakan tenaga dan kerahan tenaga,tapi umat islam sekarang tidak peduli semua itu,yang penting kekayaan yang mereka dapat walau macam mana cara pun.
Itu kalau kita tengok dari sudut kejadian rasuah. Bagaimana pula dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan, adakah mereka melaksanakan dengan seruis atau hanya slogan meraih simpati dan sokongan rakyat. Mungkin mereka yang paling banyak sapu duit rakyat. Sekiranya mereka ikhlas dan jujur,rasuah mesti dihapuskan daripada akar umbi,tak boleh secara sebahagian dua tiga kerat orang. Jenayah rasuah ini perlu dihapuskan secara menyeluruh baru ia mujarab.
Dan definasi rasuah perlu dibuat secara tepat agar keadilan dapat ditegakan. Subjek akhlak yang menentang rasuah perlu dihidupkan sekolah dan university. Pegawai –pegawai kerajaan perlu menjalani kursus akhlak bagi megelak rasuah. Keberanian perlu ada di dalam memerangi kes rasuah kerana kadang membabitkan keluarga dan kaum kerabat.

Di sana juga perlu diingat,pencegahan juga perlu dibuat,seperti menaikan gaji pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja yang bekerja di bawah sector kerajaan agar mereka hidup senang dan tidak terfikir mengamal rasuah. Kata syeikh Ghazali “ sukar untuk membina taqwa tanpa pakaian dan makanan”.
Rakyat perlu ada kesenangan disamping taqwa membimbing mereka agar takut. Perlaksaan takzir cara Islam mesti dilaksanakan,adakah seorang polis yang bergaji rendah terlibat rasuah dihukum dengan begitu lama,apakah ini adli, bagaimana dengan anak bininya yang memerlukan saran dapat terus hidup,apakah hukuman diletakkan mukanya diakhbar dan dipenjara beberapa seketika atau kita perlu memberi sesuatu kerja yang boleh menginsafkan dia seperti kerja kebajikan tanpa bayaran.
Ahli-ahli phycologi dan pakar kemasyarakatanperlu terlibat di dalam menetapkan hukuman yang sesuai dengan pengamal rasuah. Ini mahukan hukuman yang adil dan mentarbiyah buakan semata-semata terlalu pedih sehingga memudharatkan kerja sesorang dalam kehidupan.

Perkara ini diperbincangan jujur dan adil,semua pihak terlibat di dalam gejala menghapus rasuah. Nanti kita akan bincangkan hukum sebahagian pelajar mesir yang menyuapkan duit kepada polis apabila di saman atau kepada pegawai di airpot ketika membawa baranglebih ,insyallah. Mudahan kita diberi taufik.

معالم الوسطية.(sambungan moderat).


Di sini Imam Qaradawi menggariskan 30 maalim atau ciri-ciri khusus serta usul bagi manhaj wasatiyah agar mereka yang berpegang kepada manhaj ini dapat ber jalan di atasnya dengan baik. Kita akan sebutkan satu persatu secara ringkas.
Pertama: memahami Islam secara syumul dengan sifatnya sebagai akidah,syariat,ilmu,amal,ibadat,muamalat,thaqafah,akhlak,kebenaran,kekuatan,dakwah,daulah,agama,dunia,tamadun dan umat.
Komentar: Inilah yang dikatakan sebagai kefahaman Islam yang sebenar,tidak memahamihanya pada sebahagian rukun sahaja. Sebahagian golongan hanya menumpu kepada ibadat dan mereka hanya fikir itulah islam semata-mata tentang kebajikan ilmu dan sebagainya itu tak penting. Ada yang fikir Islam tu dakwah sahaja atau politik sahaja. Dengan kefahaman begini umat islam telah Islam yang jauh daripada kefahaman mereka yang salah. Islam mesti difahami mengikut apa di dalam Al-quran dan sunnah yang sohih. Bukan diambil daripada barat atau timur. Maka perlu memahami Islam ini secara syumul bagi membawa manhaj wasatiyah ini.

Kedua: Beriman dengan Al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagai sumber rujukan bagi pensyariatan,pemandu kepada kehidupan Islam,berserta memahami nas-nas juzie di dalam lingkaran maqasid umum.
Komentar: Jadi Imam menggariskan satu usul yang penting iaitu keperluan kita berhukum dengan al-quraan dan sunnah yang sohih bukan yang lemah,sunnah merangkumi percakapan,perbatan dan pengakuan. Kedua-dua sumber ini amat penting bagi umat Islam bagi menjadi pedoman di dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Kepentingan kembali kepada dua sumber rujukan ini amat penting untuk mengembalikan umat Islam kepada landasan yang benar setelah sekian lama hanyut di dalam kesalahan.
Yang dimaksudkan dengan maqasid umum ialah menjaga agama,nyawa,kehormatan diri,akal dan harta. Jadi difahami nas-nas tertentu berdasarkan kefahaman terhadap maqasid ini. Apa bila Islam mengharamkan dengkin dan pergaduhan,maka ia ingin menjaga maqasid menjaga nyawa,sebab semua itu akanmembawa kepada pembunuhan,maka menutup pintupintu yang boleh menghilangkan nyawa.

Kepentingan Mempelajari Ilmu Usul Fikh



Ilmu Usul adalah ilmu yang berperanan sebagai qanun atau method di dalam mengeluarkan hukum –hukum berlandaskan dalil- dalil yang muktabar. Ilmu ini amat istimewa kerana menggabungkan dua unsur yang penting di dalam mencari kebenaran iaitu nakal dan akal. Kedua-dua ini adalah cahaya yang dapat menerangi manusia kepada Allah dan kebenaran.

Ilmu usul merupakan ilmu yang amat penting bagi ulama syarie bagi menjadikan seorang berfikiran luas dan sentiasa bergerak mengikut manhaj. Ilmu usul ini mula disusun oleh Imam syafie kemudian diikuti oleh ulama ulama yang besar seperti qadhi abu bakar al-baqillani,imam haramain, imam abu Husain al basri,imam ghazali sehingga kini masih lagi ulama kita menulis kitab-kitab usul untuk memudahkan pelajar memahami dan mempelajari
Ilmu usul ini mempunyai beberapa faedah untuk mujtahid,alim dan muqallid.
Bagi mujtahid dia mampu untuk mengeluarkan hukum daripada qaedah-qaedah usul meliputi semua huku yang lama dan baru yang tidak dibincangkan oleh ulama lagi. Bagi seorang alim pula dia menimbang pendapat-pendapat ulama seterus mentarjih diantara pendapat-pendapat ulama tersebuat pendapat mana yang lebih kuat dari sudut dalil dan dekat kepada maqasid syarie. Bagi muqallid pula dia mampu mengetahui bagaimana seorang mujtahid itu mengeluarkan hukum dan dia berani tenang dan yakin apa yang dikatakan oleh mujtahid.

Ilmu usul ini perlu diambil berat oleh semua pelajar ilmu Islam,terdapat sebahagian pelajar tidak berminat dengan ilmu usul kerana dia tidak tahu faedah tentang mempelajarinya dan merasakan susah untuk memahaminya, dia lebih berminat membaca buku-buku fikh tasauf hadis dan sebagainya lalu dia meninggalkan ilmu yang paling baginya bagi membentuk dia menjadi yang alim yang kreatif. Percayalah,tanpa mempelajari ilmu usul ini,seorang ulama itu tidak akan kreatif yang hanya menjadi alim kitab sahaja,dia tidak mampu bergerak untuk menyelesaikan masalah masyarak dengan efektif kerana dia tidak mempunyai senjata ulama, ilmu usul merupakan senjata utama ulama.

Untuk di ketahui, ilmu usul mempunyai hubungan yang kuat dengan ilmu bahasa,ilmu sains kemasyarakatan dan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu tafsir dan ilmu hadis. Cuba lihat perbincangan ulama usul di dalam bahasa,contohnya di dalam kefahaman perkataan fiil amarمعاني صيغة الامر,ia mempunyai belasan makna sahaja di dalam ilmu bahasa balaghah, tetapi di dalam ilmu usul fikh ulama mampu untuk membawa hampir kepada 35 makna seperti yang disebutkan oleh imam zarkasyi di dalam albahrulmuhit. Perbahasan alfaz begitu mendapat perhatian di dalam ilmu usul, dengan mempelajarinya menyebabkan akal sesorang alim itu sentiasa kretif dan aktif.
Begitu juga dengan ilmu kemasyarakatan, kaedah sabru wataqsim dan istiqrak amat penting di dalam ilmu kemasyarakatn bagi menganalisa sesuatu kejadian yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Di sini saya mengajak para pelajar ilmu islam agar mendalami ilmu dan dan mengaktifkannya dengan ilmu fikh agar kedua-dua ilmu ini berjalan dengan seiringan seperti mana yang dituntut. Waallah a’lam.



Labels