hadishaq 0

Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi..
.selanjutnya...

Risalah Wasatiyah

Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid ... selanjutnya..

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi....selanjutnya...

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja

Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu....
.selanjutnya...

Isu Tauliyah

Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliyah, ada yang kata tak perlu.....
.selanjutnya...

قضايا المرأة في فقه القرضاوى

قضايا المرأة في فقه القرضاوى"
الفصل الأول : التعريف بالدكتور القرضاوى ومنهجه في النظر
التعريف بالعلامة الدكتور القرضاوى
القيم الحاكمة والقواعد الضابطة للنظر والإجتهاد في
قضايا المراة
....selanjutnya...




mengenai Madrasah Wasatiyyah

ini adalah pengenalan kepada madrasah wasatiyyah yang ditubuhkan dimesir seawal tahun 2008.Sebarang artikle ahli boleh hantar ke email;aghodhul_basor@yahoo.com

chatbox


bulan 1

Laporan Gerak Kerja Mingguan ( 10 Mac 2010 )


Laporan Perjumpaan Madrasah Wasatiyyah Fasa 5

Tarikh : 10 Mac 2010
Masa : 8.45 malam - 11.15 malam
Tempat :Bilik Mesyuarat Asrama Darul Aman 3

1. Kalam pembukaan oleh Moderator : Saudara Mohd.Firdaus Bin Hat disusuli dengan slot Bahasa Arab : Ulama` Ummah.

2. Pengenalan kitab "Tahrir Al-Mar`ah fi `Asr Risalah" karangan DR. Abdul Halim Muhammad Abu Syaqah oleh saudara Mohd.Firdaus Bin Hat.

3. Pembentangan :

  • Saudara Muhsin Ahmad : Aulawiyyat Al-Harakah Al-Islamiyyah fi `Asr Risalah , Dr. Yusuf Al-Qaradhowi.
  • Saudara Adam Adnan : Saqafah Da`iyah - Islamiyyah ( Al-Quraniyyah ) , Dr.Yusuf Al-Qaradhowi.

4. Planner tugasan minggu hadapan :
  • Saudari Nur Hamidah Mohd. Fauzi : Al-Mubasyyirat bi Intisar Al-Muslimin, Dr. Yusuf Al-Qaradhowi.
  • Saudara Adam Adnan : Sambungan Kitab Saqafah Da`iyah.
  • Saudara Abdul Mukmin Zulkifli : Saqafah Da`iyah ( Bahagian II )
  • Saudari Asma Husna Adnan : Slot Bahasa Inggeris , Ideal Azharian Student`s Life.

Disediakan oleh ,
Hasanah Mohd.Yusof
SU Madrasah Wasatiyyah
Sesi 2010.

Liqa’ Pertama Wasatiyyah Tanpa Mudir

Ada kelainan kali ni,rasa ana inilah liqa’ MW pertama kali tidak dihadiri oleh guru kami Ustaz Fauwaz.Apapun itu hakikatnya kerana beliau telah pun pulang ke tanah air Malaysia.InsyaAllah dengan berbekalkan sedikit semangat dan izin dari Allah, kami di sini akan cuba meneruskn MW sedaya mungkin, bukan kerana arahan, bukan kerana terpaksa dan dipaksa tetapi kerana kerana amanah bagi meneruskan penyampaian aliran al-quran dan sunnah yang mulia ini.Aliran wasatiyyah adalah aliran dan kefahaman sebenar alquran dan sunnah dan ia wajar disandarkan kepada seluruh umat di dunia ini.Jadi bagi seluruh yang bergelar insan, pada anda kami lebarkan kefahaman ini untuk manfaat bersama.
Buat Ustaz Firdaus mudir baru kami, InsyaAllah kita akan bersama mengorak langkah untuk mendalami aliran ini dengan baik.Waffaqakumullah.

Muhsin Ahmad

Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah

Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah
05/02/2010 6:01pm

PUTRAJAYA 5 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan 1 ummah yang progresif.

Katanya, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Najib berkata, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.

Konsep Wasatiyah atau kesederhanaan ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian.

"Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrim begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Ulama dan Umara dan pelancaran Gagasan 1Malaysia dan Logo 1 Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia. – Bernama

(Ini cuma bahan bacaan sahaja bukan untuk provokasi)

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Gaya Hidup Pelajar Azhar




Gaya Hidup Pelajar Azhar

Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa. Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawabsebagai peawaris Nabi. Pelajar azhar adalah pelajar yang paling beban tanggungjawabnya berbanding pelajar lain kerana dia akan membawa risalah syariah yang di bawa oleh Nabi kita.

Tidak ada tanggungjawab yang paling berat seperti mana tanggungjawab yang akan dipikul oleh pelajar azhar. Pelajar azhar adalah penukil ilmu syarie yang di ambil ilmu itu daripada guru-gurunya secara amanah untuk disampaikan kepada orang ramai.
Kehidupan pelajar azhar berlain daripada pelajar lain. Dia akan bangun awal untuk menunaikan tahajud kemudian membaca buku.

Selepas solatsubuh, dia akan berzikir seketika,kemudian dia menghafaz al-quran sebelum bergerak university atau masjid.
Pelajar azhar adalah pelajar yang tidak akan ponteng kelas melainkan terdapat keuzuran, dia akan pasti sampai awal di kelas untuk meduduki tempat dihadapan,paling kurang 5 minit sebelum kelas bermula.

Dia amat menghormati guru dengan apabila guru masuk ke kelas dia akan bangun, dia memberi penumpuan yang penuh di dalam kelas dan rajin bertanya dan bermunasyah di dalam masalah yang sulit.dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.

Dia tidak pasif di dalam kelas,dia selalu berebut untuk membaca buku dihadapan guru untuk memperbetulkan kesalahan bacaannya. Dia tidak takut kepada kesalahan,tetapi dia takut kepada kejahilan.

Apabila ada masa sedikit ,dia belikan makanan untuk di alas perutnya,bagi meneruskan pembelajarannya dikelas. Bila tamat kelas,dia akan pergi masjid azhar untuk menadah kitab-kitab dengan guru-guru yang hebat untuk dia menambah ilmu. Dia rajin bercakap di dalam bahasa arab. Dia cintakan bahasa arab,dalam masa yang sama dia menguasai baik bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Dia mendalami bahasa arab dan ilmu mantik dengan begitu baik untuk dia mampu berinteraksi dengan kitab-kitab tua. Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.
Selepas waktu insyak,dia pulang ke rumah,dia berehat dalam 30 minit untuk makan dan minum, kemudian dia akan sambung pembacaannya sehingga tengah malam.

Pada hari cutinya,dia membuat aktiviti mengemas rumah,membasuh baju,menggosok baju untuk 5 tau 6 hari bagi untuk dipakai kelas. Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan mnyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya atau serbannya selalu kemas dan berketerampilan.
Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi. Berjiwa pemurah dan pengasih. Dia seorang yang penyabar. dia tidak kedekut utuk membeli buku,jika dia ada duit,dia akan beli buku dulu daripada yang lain.

Pelajar azhar adalah pelita di dalam dunia ini,dia perlu kuat semangat,berilmu bertaqwa,istiqamah dan sebagsainya,kalau tidak bersikap sedemikina maka gelaplah dunia ini. Dia bercita-cita untuk menjadi mujtahid bukan muqallid,sebab ilmu yang sebenar baginya adalah ijtihad bwrdasarkan dalil.

Dia ingin berdakwah,menulis,membuang bidaah-bidaah, kezaliman yang ada pada masayarakat. Dia benci kepada malas dan kepada orang-orang malas. Dia suka bekerja daripada bercakap. Hidupnya kerana Allah Taala.

( inilah semata-mata gambaran saya terhadap pelajar azhar yang diidamkan). Ustaz Fauwaz Fadzil

Isu Tauliyah



Isu tauliyah telah menjadi perbincangan yang hangat di Selangor, selepas berlaku penangkapan dr Asri. Berlaku pelbagai pendapat tentang kepentingan tauliyah di dalam menyampaikan ceramah agama. Ada yang mengetatkan sehingga nak ceramah nasihat pun kena tauliyah, ada yang kata tak perlu.

Perkara- perkara seperti tauliyah ini semuanya ada pro contra kerana ada perkara biasa di dalam perkara-perkara semasa. Tetapi bagi kita yang ingin menyelesaikan masalah ini perlu menyelesaikan secara ilmiyah tidak kepada emosi dan perasaan.
Sebenarnya perkara di dalam memberi nasihat kita berpendapat tidaklah perlu kepada tauliyah secara rasmi daripada kerajaan kerana ia akan meyulitkan penyampaian Islam. Imam Abdullah ibnu Mubarak pernah ditanya, bolehkah kata-kata nasihat di ambil daripada tulisan yang terdapat didinding? Beliau menjawab,”boleh”. Sekiranya ilmu fikh? Beliau menjawab tidak, ia mesti diambil secara talaqqi.

Di sini kita boleh fahami bahawa di dalam perkara yang berkaitan dengan nasihat-nasihat yang di ambil daripada buku-buku yang sahih boleh dinukilkan kepada orang ramai selagi mana ia tidak bercanggah demngan usul Islam. Tetapi adapun fikh dan fatwa perlu diambil daripada ahlinya.

Tauliyah amat penting dalam memberi fatwa sama tauliyah itu diberi daripada pihak kerajaan atau para ulama yang memberi izin keada sesorang. Cuma kita nampak disini kadang-kadang mungkin perlaksanaan memberi tauliyah tidak begitu adil . sekiranya kalau itu ada kelulusan yan tinggi dan ilmu yang diiktiraf oleh sebahagian ahli ilmu, tidaklah berhajat kepada tauliayh kerana menyusahkan penyampaian seseorang, takkanlah bekas mufti macam dr Asri nak kena tauliyah, dia ada ilmu walaupun kadang-kadang kita tidak bersetuju dengan dia tetapi pengiktirafan kepada ilmu dan usaha beliau perlu diberikan.

Janganlah disebabkan dia cenderung kepada salafi kita kata dia sesat ,tak betul dan sebagainya, salafi ka wahabi ka semuanya orang Islam, tidaklah aliran yang sesat, Cuma mungkin tak releven dizaman sekarang ini kerana kadang terlalu menghentam aliran asyairah yang penganutnya hamper 2/3 dunia. Ini tidak betul, kesemua aliran ada kebaikan sehingga muktazilah pun ada pendapat bagus dan boleh dimbil.

Kita melihat ada orang menyesatkan wahabi sampai teruk sangat ini rasanya tidak begitu adil, begitu juga dengan wahabi hentam tasauf hentam aliran ahli kalam teruk sangat. Kenapa tidak husnuzzan dan mengambil faedah daripada aliran kedua-dua ini sekiranya terdapat faedah.

Secara akidahnya,kita memang berminat dengan aliran salafi yang secara umumnya tidak mentakwil dan menyerahkan perkara-perkara mutasyabihat kepada Allah. Kerana ia adalah selamat. Tetapi aliran salafi yang kita cenderung bukan salafi yang dibawa oleh wahabi yang menyatakan secara hakikat tetapi salafi yang dimaksudkan ialah salafi yang dibawa oleh Imam Qaradawi, Imam Mohd Abduh dan sebagainya tanpa kita menyesatkan aliran ahli kalam bahkan kadang 2 kita perlu mentakwil ayat2 mutasyabihat selagi mana masih lingkungan diterima oleh bahasa arab dan akal.
Bahkan mempelajari aliran mutakallimin ini member akal kita cerga dan mampu memahami pembacaan kitab2 lama.

Aliran wasatiyah mengajak kita mengambil kebaikan daripada aliran salafi dan juga aliran ahli kalam kerana kesemuanya datang daripada ulama yang besar, ada yang baik ada yang buruk. Yang pentinmg mesti membuang sifat 2 taasub di daalam diri kita.
Saya juga melihat tauliyah ini satu perkara yang penting dizaman ini Cuma ia perlu diperkemas dan pemberian tauliyah mesti daripada ahli ilmu dan tidak ada kepentingan kerajaan atau badan2 tertentu. Ia perlu diberikan kepada orang layak bercakap mengikut bidang2 masing.


Kita menyeru pelajar-pelajar azhar agar belajar bersungguh-sungguh dan memperkemaska diri dengan displin ilmu, perlu mereka pergi kekuliah dan talaqqi kerana kedua-dua itu adalah pusat menuntut ilmu. Kita hairan mendengar suara2 yang menyatakan university tidaklah sanagt memberi ilmu, Cuma dimasjid sahaja. Yang sedihnya kadang-kadang keluar daripada pelajar university azhar sendiri, yang peliknya pergi juga ambil exam, merendahkan-rendahkan university sendiri, mungkin orang begitu tidak tahu cara berinteraksi dengan ilmu yang ada di university lalu menghentam university azhar, memanglah university azhar ada kelemahan tetapi ia masih mampu member ilmu yang ada kualiti juga.

Ilmu saling lengkap melengakapi, university dan masjid saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Ada kelebihan di university dan ada kelebihan di masjid. insyAllah kita akan bincangkan isu university azhar dan masjid azhar secara khas pada ruang akan datang.
waAllah A’lam.

Ustaz Fauwaz Fadzil

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan


Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi. Ini bukan daripada akhlak kritikan.

Sebenarnya pada pendapat saya,di dalam kelemahan yang berlaku kepada ulama-ulama Pas itu sebenarnya adalah berpunca daripada mereka sendiri bukan daripada orang lain. Secara hakikatnya,kelemahan ulama ini bukan sahaja pada ulama-ulama Pas tetapi amnya di Malaysia yang melibatkan system fatwa,ulama-ulama kerajaan merangkumi semnua agensi.

Tidak adillah kelemahan hanya dilemparkan kepada para ulama Pas. Tetapi di dalam masa yang sama kita mesti memperakui sumbangan ulama-ulama Pas di dalam memajukan Pas dan umat Islam di dalam arena politik negara. Mereka ikhlas di dalam menyampaikan Islam da dakwah. Cuma menjadi satu sunnah alam kelemahan ini datang untuk kita bangkit semula.
Tidak menjadi keaiban seseorang itu lemah,tetapi menjadi keaiban apabila dia terus tidak memperbaiki kelemahan dirinya. Begitulah ulama-ulama Pas,sekiranya mereka lemah,itu adalah perkara biasa,tetapi mereka mesti bangkit untuk memperbaiki diri dan sedia menerima perubahan dan pemikiran yang mereka bawa.

Bagi saya,ulama Pas akan menjadi maju apabila mereka beriman dengan fikrah tajdid dan tidak jumud di dalam setiap masalah baru. Mereka tidak taasub dan sentiasa berlapang dada dengan khilaf yang berlaku di antara ulama. Mereka perlu mengeluarkaa pandangan yang baru di dalam menyelesaikan masalah-masalah negara dan semasa tidak hanya tertumpu kepada aspek pentarbiyahan.

Bagi saya, waallah a’lam, kita terlalu menumpukan aspek tarbiyah kepada ruhani dan terlalu membincangan aspek ibadah sehingga lupakan aspek perbincangan dunia,bagaimana hendak bergerak didunia,bagaimana hendak memperluaskan aspek tarbiyah dengan menngunakan ilmu-ilmu sains dan teklonologi sebagai salah satu cara mentarbiyah.

Ulama hanya tertonjol peranannya di dalam aspek qiyamullail dan tamrin dan usrah. Mereka kedepan membincangkan isu ekonomi ,sukan hiburan dan sebagai yang berkait rapat denga aktitiviti masyarakat. Ulama Pas mesti mengutamakan aspek mudah di dalam member fatwa dan berita gembira di dalam berdakwah.
Sesungguhnya peranan ulama Pas amat dirindui oleh masyarakat dengan syarat mereka berijtihad di dalam agama dan membuat tajdid di dalam perkara-perkara tidak sesuai di zaman ini.

Sesungguhnya,kita mesti mempertahankan institusi ulama di dalam Pas dan dalam masa yang sama para perlu membuat perubahan yang lebih pantas dan berhemat agar mereka dapat bersaing dengan golongan lain di dalam kancah dakwah dan politik Islam. Sesungguhnya kelemahan ulama itu berpunca daripada ulama sendiri bukan orang lain.
Dengan itu menjadi tanggun jawab kepada pelapis ulama untuk berlajar denga bersungguh dan mendalami ilmu-ilmu baru dan sentiasa peka dengan masalah semasa agar dapat mebuat persediaan pada masa depan untuk memperkuat institusi ulama.

Ustaz Fauwaz Fadzil

Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja



Setelah kita membaca banyak kes pembunuhan tidak sengaja yang terpampang diakhbar,saya memikirkan kenapa seorang mufti atau ulama tidak membincangkan satu hukum yang sangat penting yang berkaitan dengan pembunuhan tidak sengaja iaitu kaffarah bagi perlaku tersebut.

Di sini kita belum lagi membincangkan isu qisas dan diat berdasarkan negara kita tidak melaksanakan lagi hukum jenayah syariat. Cuma di sini kita ingin fokus kepada tanggungjawab kepada mereka yang membunuh tidak sengaja tanpa sebarang niat untuk membunuh seperti melanggar orang, tertembak orang dihutan.
Orang-orang yang membunuh secara tidak sengaja,mereka tidak dikenakan qisas berdasarkan ayat di dalam surah An-Nisa iaitu pada ayat 92. Di dalam ayat tersebut menjelaskan orang mukmin dia tidak akan membunuh melainkan dia tidak sengaja.

Maka di sini syariat telah meletakkan hukum kaffarah kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut dan ia tidak akan gugur sehingga ditunaikan kewajipan tersebut. Iaitu perlaku tersebut hendaklah membebaskan seorang hamba sahaya muslim. Dan hukum ini sudah tidak ada selepas konsep penghambaan diharamkan di dunia ini. Jadi hukumanya beralih kepada berpuasa 2bulan berturut-turut. Hukuman ini meliputi perlaku lelaki dan wanita. Dan pendapat ini adalah pendapat kesemua mazhab empat yang masyhur. Melainkan di sana terdapat pendapat lemah di dalam mazhab syafie yang menyatakan boleh bersedekah kepada 60 fakir miskin makanan seharian. Cuma sekiranya para mufti membolehkan pendapat ini diamalkan maka bagi saya tidak salah kalau dikeluarkan dalam bentuk wang kirang 8 sehingga 10 ringgit untuk seorang miskin.
Dan pendapat ini sesuai dengan keadaan zaman kita di mana orang Islam malas beribadah. Tetapi sekiranya dia melakukan puasa 2bulan berturut-turut itu lebih baik dan afdal serta bertepatan dengan Al-Quran.
Maka saya mengharapkan para ulama dan mufti peka terhadap masalah yang sangat penting ini kerana ini melibatkan ibadah dan tanggungjawab ke atas perlaku pembunuhan tidak sengaja. Begitu juga para pembaca perlu menyebarkan hukum ini kepada masyarakat agar ia satu cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya di mana apabila kita takut dikenakan kaffarah ini,kita akan lebih lagi berhati-hati memandu kenderaan di jalan raya. Waallah a’lam.

Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Qairo, Mesir.

Ulama Dan Profesional




Ulama Dan Profesional

Saya terpanggil untuk membincangkan tentang masalah yang melanda kefahaman umat Islam mengenai masalah ulama dan professional. Adakah ia suatu istilah yang sama ertinya atau ia berlawanan. Adakah ulama ini professional atau bukan,semua perkara ini melanda orang yang dahagakan maklumat yang sebenar dan inginkan kebenaran. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menyejukankan hati mereka yang gusar dan memuaskan akal mereka yang bingung dan membawa orang yang jahil kepada cahaya. Saya berkata dengan pertolongan Allah Taala.

Ulama dalam definasi istilah adalah golongan yang mengetahui sesuau bidang secara mendalam yang mungkin kita sebutkan sebagai pakar. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang fekah secara mendalam maka kita memanggilnya ulama fekah. Untuk menjadi ulama ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu sesorang itu mesti belajar daripada seorang guru, belajar menggunakan buku ilmiah yang sesuai dengan manhaj ilmu sebab bukan semua buku-buku ilmu sesuai untuk dipelajari. Dan syarat yang lain seperti mempunyai ujian belajar dan suasana pembelajaran bererti dia belajar di university atau pondok. Yang paling penting dia mendapat pengiktirafan daripada ahli ilmu.

Perkataan ulama ini berlawanan dengan perkataan musaqaf atau kita boleh katakan sebagai pemikir kalau ia boleh diterima ibarat ini, kerana musaqqaf ini bererti seseorang yang mengetahui semua perkara secara tidak mendalam. Sebagai contoh, sesorang dia pakar dalam bidang fikh,tetapi bidang perubatan dia tidak pernah pun belajar daripada guru dan belajar di university tetapi dia banyak membaca buku tentang perubatan,banyak term-term medic yang dia tahu,tetapi dengan cara sedemikian tidak melayakkan dia menjadi seorang doctor untuk merawat orang kerana dia tidak berjalan di atas dasar ilmu begitu sebaliknya seorang pakar dalam bidang kedoktoran,dia tidak belajar ilmu agama secara manhaj walaupun dia banyak maklumat tentang ilmu agama tetapi dia tetap bukan ulama dalam bidang agama dia hanya boleh dianggap musaqqaf sahaja,begitulah seterusnya.

Maka di sini kita boleh fahami pengertian alim atau ulama iaitu golongan yang mendalami sesuatu bidang secara mendalam walaupun dalam bidang lain dia tidak mengetaui apa-apa atau mengetahui serba sedikit yang kita panggil sebagai musyarik.

Kalau kita melihat pengertian professional,di dalam kamus dewan muka surat 1057 menyebutkan bahawa professional adalah orang yang mengamalkan kerana pengetahuan,kepakaran dan kemahiranya di dalam sesuatu bidang profession. Di sana ia memberi contoh seperti undang-undang dan perubatan. Contoh- contoh yang diberikan itu hanyalah contoh yang terdekat bukannya terbatas kepada mereka,kita boleh juga masukan kerjaya mufti juga sebagai professional kerana ia berdiri di atas kemahiran dan skill dalam mengeluarkan hukum. Kalau kita perluaskan makna professional maka pakar di dalam bidang agama juga boleh dianggap professional.

Jadi dengan definasi yang kita berikan maka kita melihat tidak ada percanggahan di antara ulama dan professional bahkan kedua-duanya adalah sinonim, maka di sini tidak percanggahan di sana bahkan persamaan.

Cuma di sini kita ingin tetapkan ulama di dalam pengertian Islam sebab di sana terdapat khilaf di dalam menafsirkan pengertiaan ulama di dalam Islam. Sebab penetapan tafrif ulama ini terdapat kesan di dalam hukum sebagai contoh,sesorang itu mewaqafkan rumahnya untuk didiami oleh ulama, maka sekiranya kita hanya mentafrifkan ulama hanya kepada ilmu fekah hadis dan seumpama dengannya maka seeorang yang alim dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tidak boleh menduduki rumah waqaf tersebut kerana dia tidak termasuk di dalam istilah ulama Islam cuma ulama dari sudut bahasa. Tetapi istilah ulama ini hanyalah ijtihad ulama terdahulu,boleh menerima perubahan takrif dari sudut dari pengertian sebab Al-Quran dan Sunnah tidak menentukan makna yang tertentu bagi istilah ulama.

Kalau kita lihat Al-Quran di dalam surah Fatir ayat 27 dan 28,ayat ini membicarakan tentang masalah ilmu geologi dan biologi dan alam sekitar kemudian Allah Taala melabelkan golongan yang bertaqwa daripada mereka itu sebagai ulama. Maka kita melihat definasi oleh Al-quraan terhadap pengertian ulama lebih luas daripada definasi ijtihad ulama dahulu. Dan definasi oleh Al- Quran lebih aula dipegang. Maka disini kita dapat gabung pengertian ulama yang disebutkan oleh hadis yang menyebutkan “ Ulama adalah pewaris para Nabi” yang mengambil ilmu-ilmu agama daripada para Nabi dengan ayat Al-Quran yang kita sebutkan tadi.

Maka kita bersetuju dengan pembahagian ulamadan ilmu oleh guru saya Al Alamah dr Muhammad Zuhaili yang membahagikan ilmu syarie kepada dua iaitu ilmu syarie secara langsung seperti tafsir,hadis dan fekah dan ilmu syarie secara tidak langsung seperti perubatan dan kejuteraan. Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini maka golongan doctor atau jurutera boleh dianggap sebagai ulama syarie dan Islam dan mereka berhak menerima hak waqaf seperti contoh yang kita sebutkan tadi sebab ilmu-ilmu boleh membantu manusia mengenal Allah dan memperkuat Islam. Inilah kita panggil sebagai islamiayulmakrifah(pengislaman pengetahuan).

Walaupun kita mengakui ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu-ilmu syarie secara tidak langsung tetapi kedua-keduanya tetapi ilmu syarie. Cuma perlu dingatkan bukanlah maksud ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu syarie secara tidak langsung bererti ulama-ulama syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ulama-ulama syarie secara tidak langsung. Sebaliknya kelebihan di antara mereka ini diukur denga taqwa,bezakan di antara ilmu dan ulama.
Baik, setelah selesai kita membuang segala kekusutan di dalam masalah pengertian ulama dan professional dan kita mendapati kedua-dua ada persamaan,tidak ada pertembungan, mari pula kita melihat kepada masalah yang merungsing ahli-ahli pas atau jemaah Islam di Malaysia. Yang mana satu layak memimpin dan dipilih?

Kita telah menerima bahawa ulama dan professional adah sinonim. Tetapi bagaimana orang boleh lagi keliru di di dalam pemilihan pimpinan pas. Sebenarnya di dalam menjawab persolan, ini kita perlu mengetahui Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takhassus. Firman Allah Taala
Terjemahan: Bertanyalah kepada ahluzzikri sekiranya kamu tidak mengetahui.

Di dalam ayat yang lain,
Terjemahan: Tidak memberikan kamu sesuatu (maklumat)sepertimana seorang pakar.

Maka di sini Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takassus,mungkin sesorang itu pakar di dalam bidang fikh tertentu tetapi dia tidak pakar didalam fikh haraki dan politik. Dia tidak mengetahui selok belok politik di Malaysia. Ini mungkin maksud tuk guru nik aziz yang mengatakan ulama sekarang dah professional sebab mungkin kefahaman beliau profesinal ialah mengetahui selok belok ilmu modern sperti IT dan berapa ramai ulama agama dah mahir dalam bidang ini. Sebenarnya di dalam kaedah penfatwaan ini dipanggil fikh waqie,maknanya mengetahui selok belok kehidupan di mana ulama telah mensyaratkan kepada ulama fatwa mesti ada ilmu fikh waqie mungkin bila kita sebut professional ini boleh dikategorikan sebgagai fikh waqie dan fikh waqie ini sentiasa menerima penambahan dan perubahan maklumat, jadi tidak jadi masalah sekiranya ulama itu sentiasa mendalamai fikh waqie kerana ia adalah di antara senjata utama ulama di dalam menghadapi masyarakat.

Jadi di dalam memilih pemimpin pas pada muktamar kelak maka hendak dipilih ulama yang benar-benar pakar di dalam bidang politik dan manhaj dakwah dan peka terhadap masalah semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam mendapat maklumat dan membuat ulasan dan dia dapat memandu pas kepada jalan yang tepat berdasarkan syarak.

Bagi saya tidak masalah kalau golongan ulama bukan agama( istilah saya) memegang jawatan presiden atau timbalan secara teori,Cuma secara praktikalnya sukar sebab Pas mempunyai tabiat dan cirri-ciri tersendiri yang berhajat kepada mereka arif di dalam siasah syariyah dan politik islam sebab kadang-kadangg berlaku suasana yang berhajat kepada jawapan yang cepat dan tepat di mana berhajat kepada ilmu-ilmu fikh siasi melainkan golongan ini mahir didalam bidang agama dan mampu memahami bahasa arab dnegan baik maka dia sesuai untuk memimpin pas. Secara hakikatnya,pas adalah untuk semua,tetapi bukan lah bermaksud semua orang layak untuk memimpin. Maka penjelasan yang ringkas ini diharap dapat sedikit memberi kefahaman yang baik kepada pembaca. Sekiranya tulisan tepat mudahan diberi pahala oleh Allah Taala dan sekiranya terdapat kesalahan semoga Allah mengampunkannya.
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Risalah Wasatiyah


Risalah Wasatiyah


Kita melihat pertembungan aliran dan pemikiran berlaku hangat di Malaysia begitu juga keadaan pelajar-pelajar Malaysia diluar negara. Di Malaysia aliran muda yang dipelopori oleh Dr Asri Zainal Abidin yang membawa pemikiran salafi dan tajdid bertembung dengan aliran mazhab yang sudah lama bertapak dimalaysia.

Di mesir ini pula macam- macam aliran yang wujud,semunya mendakwa kebenaran masing-masing. Masing-masing berhujjah ada yang sampai boikot dengan sebab perkara yang tidak sebesar mana. Setiap aliran mencari pengaruh dan mencari pengaruh tidaklah salah secara mutlak sekiranya tidak ada kepentingan peribadi.
Sebagai satu cambahan idea, kita melihat kebanyakan yang wujud di dalam perkara yang ada didunia ia berubah seperti adat,ilmu pengetahuan ,system dan sebagainya. Jadi tidak hairan di dalam aliran pemikiran dan pendekatan pun akan berlaku perubahan.
Contohnya,kita ambil dimalaysia, apabila golongan muda membawa aliran salafi,banyak mengkritik amalan-amalan yang dilakukan oleh penduduk Malaysia seperti talqin,tahlil dan sebagainya,menimbulkan kontroversi, mereka ingin mengembalikan orang Islam kepada al-quran dan Sunnah tanpa taasub kepada mazhab.

Secara peribadi kita menyokong usaha untuk memperkasakan rujukan kepada Al-quran dan Sunah kerana ia lebih luas daripada mazhab dengan mengingatkan bahawa tidak mazhab di dalam Islam melainkan kesemuanya merujuk kepada Al-quran dan Sunah tidak ada satu pun yang terkeluar daripada sumber rujukan ini, ini dapat diketahui bagi siapa yang mendalami fikh muqaran dengan baik, kesemua mazhab ada dalil yang tersendiri.

Mazhab merupakan satu keperluan orang ramai untuk mengenal hukum hakam dengan mudah kerana mazhab bererti menghikayatkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan Sunah bukannya mencipta hukum. Cuma di sini kita pelu ingatkan bahwa bukanlah wajip sesorang itu bertaqlid kepada sesuatu mazhab tertentu , yang penting di dalam suatu masalah sesorang bertaqlid kepada mazhab dengan bertanya kepada ulama yang amanah.

Kadang-kadang sesuatu mazhab menyempitkan sesorang muslim di dalam sesuatu perkara maka di sana terdapat mazhab yang luas dan ringan hukumnya berbanding mazhab tersebut dan ia merupakan rahmat apatah lagi apabila disokong dengan dalil –dalil yang kuat.
Maka di sini, apakah ulama-ulama Malaysia sudah bersedia membuat persediaan untuk mengubah manhaj bertaqlid untuk orang ramai mudah melakukan ibadah mereka tanpa bercanggah dengan syariat dan ijmak ulama.

Kita tidak menyokong tindakan golongan yang menghina mazhab, bagi kita bermazhab itu lebih selamat daripada tidak ada mazhab kerana golongan itu bukan nya faham al-quran dan Sunah pun. Jadi elok mengikut ikut mazhab itu lebih selamat.

Berkenaan dengan aliran salafi kita menyokong aliran ini tanpa menyalahkan aliran khalafi yang dikenali sebagai golongan pentakwil dimana golonagn juga wujud hasil daripada pemikiran ualam-ulama yang besar seperti Imam Haramain,,Imam Ghazali dan sebagainya.

Cuma kita seronok dengan aliran keran ia lebih selamat dan dekat dengan amalam para sahabat. Tetapi perlu dingatkan ,bahawa salafi yang kitakan bukan wahabi yang menyatakan sifat-sifat Allah Taala yang mutasyabih itu adalah hakikat kerana ia akan membawa kepada tajsim bukan tajsim Cuma membawa kepada tajsim. Aliran salafi di sini bermaksud tidak mebincangkan sifat-sifat Allah yang mutasyabih dengan hanya menyerahkan kepada Allah Taala tentang maksudnya. Kita tidak dituntut untuk mengetahuinya.

Cuma ada beberapa keadaan kita berhajat kepada pentakwilan sifat-sifat Allah Taala seperti di dalam bidang dakwah dimana untuk tidak memeningkan kepala orang ramai dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Tanya kepada kuasa dengan syarat takwil itu tidak bercanggah dengan akal umum dan dalil syarie.

Tetapi perlu diketahui, bahawa pengajian tauhid seperti aliran takwil ini,kadang-kadang tidak sesuai kepada mereka keran ia tidak berpaksi kepada amalan hanya kepada pemikiran sahaja bahkan kadang tidak dapat membawa kelembutan jiwa.

Jadi kita perlu mencari alternative bagaimana hendak mengajar tauhid kepada orang agar mereka lebih dekat kepada Allah, bagi saya kita perlu memilih cara yang diajarkan oleh Al-quran dimana tauhid di dalam Al-quraan bukan setakat berbicara dengan akal bahkan dengan hati, hati tanpa akal tidak cukup,akal tanpa hati akan musnah, perlu digabungka kedua-dua alat ini.

Maka di sini saya menyatakan risalah wasatiyah amat penting disampaikan kepada masyarakat dia mana risalah ini mengambil faedah daripada semua aliran Islam tanpa sebarang taassub dengan menganggap kesemua peninggalan ulamak ini adlaah khazanah yang amat bernilai kepada kita di mana kita perlu mengambil yang terbaik daripada nya walaupun ia datang daripada muktazilah.

Umat Isalam adalah umat wasatiyah iaitu seimbang bukan sederhana, di mana seimbang ini beerti diwaktu perlu mudah kita permudahkan dan diwaktu perlu tegas kita bersikap tegas.
Bagi saya, tidak ada jalan lain melainkan kita kepada kepada risalah wasatiyah yang dibawa oleh Al-quran dan Sunah. Marilah kita mengkaji pemikiran wasatiyah untuk kita menjayakannya di dlaam kehidupan kita. Waallah a’lam.


pena madrasah wasatiyyah 13.6.09


Alhamdulillah wassolatuwassalam ala rasulillah wa ala alihi wasohbihi ajmain..
Amma bakdu ..

Pihak madrasah wasatiyyaah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa/wi di bumi mesir ini..

Mw kembali mengorak langkahnya dan bersinar bermula pada petang jumaat selepas solat asar 12/6/08 dengan aktivitinya selepas tawakkuf fatrah imtiham 08/09 selama 2bulan yang baru sahaja berlalu...



Beberapa gerak kerja telah disusun bagi memenuhi aktiviti musim panas kali ini. Selain mengadakan pertemuan seminggu sekali yang menjadi kewajipan kepada setiap anggotanya, kali ini mw ada mensajikan agenda terjemahan yang bakal menjadi satu lagi madah dan misi mw.beberapa artikel terbaik telah dikenal pasti dan diedarkan kepada ahli untuk tujuan itu:

تنظيم الفتوى
مساجد فى الآسلام
الزحام فى المينا
المحنة و أخلاقها

Kesemua artikel ini diberikan kepada ahli untuk menyiapkan terjemahan mereka dalam tempoh masa sebulan dibawah bimbingan dan tunjuk ajar syaikhuna ustaz fawwaz .
tinta dari mw ;
sertakan masa terluang anda dengan membaca ;

1)
kitakan ada banyak buku.....
pilih dan bacalah buku yang mana paling elok,
lepas tu hafal yang terpilih yang paling elok,
bila menyampai .....
sampaikanlah apa yang ada pada kita yang paling elok,
keluarkanlah hafalan yang terpilih dan yang mana paling elok ,

2)
Datangkankan pada benak pemikiran kita dengan yakin bahawa
“saya seorang yang rajin membaca”

3)
Orang bertanya pada Imam yusuf alqaradawi ; bagaimana anda boleh menjadi seorang yang banyak mengahafal ? alimam menyatakan :
“Kerana aku merasakan perkara itu penting maka aku menghafalnya”


4) bacalah buku, cari saingan anda dan berikan tumpuan untuk melebihinya dan anggaplah bahawa ;
“Buku yang kita baca itu kita tidak mengulanginya lepas ini”
Kerana umur mecemburui kita dan ada beribu-ribu lagi buku yang perlu kita baca untuk mengesahkan kita sebagai penuntut ilmu allah. Akhir kalam dari pena mw kali ini ;
“JOM !! Jelajahi dunia dengan membaca ....”



Majlis Bersama Dr Yusuf Al Qaradhawi




Majlis Bersama Dr Yusuf Al Qaradhawi


Alhamdulillah..kerana telah diberi kesempatan oleh Allah untuk saya dan sahabat-sahabat hadir bersama dalam satu majlis bersama Fadhilatul Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi anjuran Ettihad Ulama'. Majlis yang bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam cukup banyak memberi input yang amat berharga kepada penuntut-penuntut ilmu baik bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam ilmu mahupun bagi mereka yang telah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang ini..

Hadirin yang hadir daripada kalangan doktor-doktor Al Azhar dan pelajar-pelajarnya cukup untuk menggambarkan kehebatan majlis-majlis sebegini.


Tajuk yang disampaikan ialah tentang "Ciri-ciri Fatwa Yang Pelik".(fatwa yang tersasar daripada fatwa yang sebenar) Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1. Fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang bukan ahlinya.
2. Fatwa yang dikeluarkan bukan pada tempatnya.
3. Fatwa yang bertentangan dengan nas Al Quran.
4. Fatwa yang bertentangan dengan Hadis.
5. Fatwa yang bertentangan dengan Ijma' yang diyakini.
6. Fatwa yang bertentangan dengan Qias yang sahih.
7. Menggambarkan suasana dan keadaan yang tidak tepat dengan hakikat sebenar sesuatu keadaan.
8. Beristidlal tanpa dalil.
9. Tidak meraikan suasana tempat, zaman dan 'uruf.

Fadhilatul Syeikh juga berpesan supaya banyak membaca, mengulangkaji, mengkaji dan berbincang sesuatu masalah supaya lahir nanti seorang ulama' yang benar-benar diyakini keilmuannya dalam mengeluarkan fatwa.

Majlis-majlis sebegini wajar dan sepatutnya kita ikuti sementara masih muda dan berada di bumi Mesir yang penuh dengan para ulama' dan auliya'.

ihsan dari Abdul Hadi Awang



Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat


Bertaqlid Kepada Selain Mazhab Empat

Bertaqlid kepada ulama adalah sifat seseorang yang tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berijtihad atau mentarjih di antara pendapat ulama. Jadi menjadi kewajipan kepada dia untuk bertaqlid.

Persoalanya, adakah dia wajip bertaqlid kepada satu mazhab atau boleh bertaqlid mana-mana mazhab yang dia inginkan. Pendapat terkuat dikalangan ulama usul adalah dia tidak wajip beriltizam dengan mazhab -mazhab tertentu kerana tidak ada dalil yang mewajipkan bertaqlid kepada satu mazhab,kalau diwajipkan sedemikian seolah-olah dia menjadikan satu mazhab itu sebagai syariat. Di zaman salaf dahulu tidak ada dikatakan mengikut satu mazhab,kesemua orang bertanya kepada mana-mana ulama yang dia yakini tanpa sebarang halangan.



Di sini,kita tegaskan,sekiranya sesorang itu mempelajari kebersihan di dalam mazhab syafie,kemudian dalam solat dia menunaikan solat dalam mazhab hanafi atau sebaliknya,di dalam puasa dia mengambil mazhab hambali dan di dalam haji dia mengambil mazhab maliki ia adalah tidak terlarang. Dia tidak berhajat mengetahui dalil-dalil mazhab yang penting dia memahami yang dikatakan oleh mazhab tersebut.

Yang timbul masalah adalah jika sesorang itu mengambil banyak mazhab di dalam bersuci seperti dia berwuduk dengan cara mazhab syafie,dan apabila dia menyentuh wanita ,mengambil mazhab hanafi ,jadi tidak batal wuduknya,maka ini adalah masalah khilaf diantara ulama. Maka apabila khlilaf muktabar dikalangan ulamak kita para muqallid boleh memilih pendapat yang tenang baginya dan kuat pada akalnya.

Satu masalah yang penting iaitu,adakah boleh bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat? Pendapat yang terkuat ialah boleh bertaqlid selain daripada mazhab empat selagi mana pendapat tersebut sohih penukilannya. Tidak ada dalil yang menghalang untuk bertaqlid kepada selain daripada mazhab empat,kesemua itu tidak lebih daripada ijtihad ulama bukan nya ijmak yang qathie. Ini adalah pendapat imam izzudin abdussalam,syeikuna al qaradawi,dr wahabah zuhaili dan sebagainya kerana fikh semua pendapat ulama adalah sama sahaja di sisi syariat walaupun ia dating daripada mazhab selain daripada mazhab empat melainkan pendapat yang bercanggah dengan nusus qatie dan ijmak yang diyakini.

Sesungguhnya apabila terdapat kesusahan di dalam mazhab tertentu,di sana ada terdapat pendapat yang mudah di dalam mazhab lain yang bertepatan dengan maqasid syarie. Sesungguhnya agama ini datang dalam bentuk yang mudah bukan dalam bentuk yang menyusahkan.

Mudah-mudahan penerangan yang ringkas ini boleh menyejukan hati yang ragu dan menyakinkan mereka yang syak.(sila rujuk usul fikh islami dan fawata muassirah)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil


Keikhlasan Punca Kekuatan


Keikhlasan Punca Kekuatan

Aku merenung kehidupan ini yang penuh dengan pertukaran zaman,kadang kita merasa kuat,kadang kita merasa lemah. Kita ingin mencari satu punca kekuatan kehidupan kita untuk meneruskan perjuangan hidup. Kadang kita hidup dipuji kadang kita dikutuk. Kadang kita hidupa dihargai,kadang-kadang kita rasa tidak dihargai walaupun perasaan kita merasakan kita berkorban untuk orang, tetapi kita merasa sebaliknya diri tidak dihargai.

Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, perasaan kita selalu mengharapkan orang terima kasih,sekiranya orang tidak berterima kasih kepada kita, kita akan kecewa dan lemah. Memang manusia mudah lupa kepada kebaikan orang tetapi payah melupai kesalahan orang.

Tetapi apakah kita harus hidup berterusan sedemikian,mengharapkan diri dikasihi,dihormati,diberi penghargaan dan pujian. Sampai bila? Apakah kita hendak berterusan sebegini, bersemangat apabila dihargai dan duji. Apakah kita hendak menunggu ucapan terima kasih orang kepada apabila kita melalukan kebaikan. Tidak,jangan kita berterusan sedemikian,marilah kita megubah diri kita untuk mencari penyelesian di dalam krisis ini. Krisis inginkan kebanggaan,pujian dan penghargaan. Sebab ia akan melemahkan semangat kita untuk menyumbang kepada masyarakat. Biarkan mereka tidak menghargai diri kita,tetapi kita mempunyai satu perkara yang dipanggil ikhlas,nilai yang cukup tinggi untuk dijadikan pemangkin yang kuat di di dalam meneruskan sumbangan dan kehidupan.

Kita janganlah melihat apa yang kita lakukan,tetapilah lihat kepuasan yang kita sumbangkan. Kalau kita sebagai seorang guru ,kita kan merasa seronok apabila kita dapat membuang kejahilandaripada orang ramai. Jangan menunggu ucapan terima kasih mereka,kerana ini akan menggangu pemikiran kita dan akan mengurangkan kualiti sumbangan kita. Sebaliknya mencari keredhaan Allah itu lebih penting untuk mendapat pujian dan terima kasih daripada orang. Kalau kita sebagai pemimpin,jangan tunggu ucapan terima kasih ahli kepada kita untuk kita membantu ahli-ahli kita. Sebaliknya kita membantuk ahli-ahli kita sebagai satu tanggungjawab dan ibadat kepada Allah.

Sesungguhnya keikhlasan itu akan member diri kita semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerja kita,sebab melihat dan mengaharap apa-apa daripada makhluk, sebaliknya kita mengharapkan reda darada Allah.
Keiklasan ini akan menjadikan kita tenang jiwa dan istiqamah walaupun dalam keadaan sebagaimanapun, di atas atau dibawah. Kita tetap sama saja begitu juga kita kita dipuji dan dicaci, kita tetap dengan agenda yang baik.

Kita akan menghadapi krisis jiwa yang kosong sekiranya kita tidak berjaya memperolehi sifat ikhlas di dalam diri kita. Kita akan terawang-awang dan bersedih apabila kita kehilangan sifat ikhlas.

Pada renungan hamba Allah yang lemah ini,tidak ada penyelamat kepada jiwa yang lemah ini melainkan ia mencari satu sifat yang mulia ini iaitu ikhlas untuk dijadikan sebagai pencetus kepada kehidupannya. Waallah a'lam.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Tafsir Surah Al-Fatihah



Tafsir Surah AL-Fatihah

Surah fatihah merupakan surah yang paling penting dan wajip dihafaz oleh semua umat Islam dimana solat lima waktu tidak sah melainkan dengan membaca surah tersebut mengikut pendapat jumhur ulama. Surah ini mempunyai rahsia yang banyak jika direnung oleh pembacanya, tidak hairanlah ia diberi nama ummulkitab.


Di sini saya ingin membawa pembaca kepada memahami surah ini dengan tafsiran ulama atau kefahaman yang saya fahami terhadap surah berdasarkan apa yang Allah bukakan kepada saya,sekiranya saya menyebutkan kefahaman saya,saya akan menyebutkan “ini adalah kefahaman penulis” . tetapi setakat ini saya tidak mengetahui adakah saya kefahaman yang tersendiri terhadap ayat ini. Mudah-mudahan Allah Taala membuka kefahaman kepada saya. Di dalam penafsiran surah ini saya mengunakan tafsir Imam Ibnu Kathir sebagai panduan di dalam mentafsir ayat ini. Mudah-mudahan tulisan sebgini dapat member kefahaman kepada pembaca. Saya mulakan dengan perbahasan surah Al Fatihah. Surah ini mempunyai 7 ayat dan diturunkan di makkah.

Imam ibnu kathir menyatakan surah ini dinamakan surah al fatihah sebab surah ini dibaca pada awal permulaan setiap solat. Ia juga mempunyai nama-nama yang lain seperti الحمد, , الشفاء,الواقية,الكافية,dan أساس القران.. ini adalah juga pendapat Imam Al-Bukhari.

Permasalahan fekah:
Ulama berselisihan pendapat di dalam masalah adakah wajip membaca surah al- fatihah di dalam solat atau dibolehkan dibacakan surah lain? Di sini terdapat dua pendapat yang ,masyhur.
Pendapat pertama: Tidak wajip membaca al-fatihah di dalam solat,boleh dibaca surah lain dan solat itu sah. Ini ada;ah pendapat imam Abu Hanifah.

Pendapat kedua: wajip membaca al- alfatihah di dalam solat. Ini adalah pendapat imam Malik,Syafie,Ahmad dan sebagainya. Ia berdasarkan hadis menunjukkan tidak sah solat tanpa membaca af-fatihah.

Masalah kedua:( bersambung)

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil






Percubaan Pengharaman Pmram




Percubaan Pengharaman Pmram

Kita melihat seorang perwakilan umno di mesyuarat agung umno menyuarakan cadangan agar diharamkan pmram di mesir atas alas an mereka ejen pembangkang. Diugut dengan penarikan zakat dan sebagainya. Saya pun hairan masih ada lagi orang muda berfikiran sebegini yang mereka ini kemungkinan akan menjadi pimpinan negara kelak,mereka masih berpegang kepada penggunaan kuasa dan kekerasan untuk melakukan sesuatu perkara bukan mengajak berdialog atau berbincang.



Saya bukanlah orang kuat di dalam pmram Cuma ahli biasa dan suka begini, tidak terikat dengan mana-mana jemaah yang bekerja untuk Islam ,semuanya kita sayang dan menghargai usaha mereka sama abim , isma dan sebagainya. Tetapi saya tidak menyokong usaha untuk mengharamkan pmram dengan alasan mereka pembangkang,kerana ini bercanggah dengan demokrasi dan hak kebebasan yang dilaungkan oleh semua pihak. Sebaliknya mereka patut mencari jalan keluar bagaimana kita hendak mempersatukan MSD dengan pmram kerana kedua-dua pihak mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi saya,janganlah kita melibatkan isu politik Malaysia pas dan umno di mesir,MSD tetap kerajaan bukan umno, Pmram bukan Pas, ia adalah badan Ngo, sebenarnya saya inginkan berlaku suasana yang jernih di mesir, tidak ada pertengkaran di kalangan kita baik pimpinan atau ahli-ahli.

Saya menyeru kepada semua pimpinan di mesir supaya mengiktiraf semua persatuan yang bekerja di mesir dan duduk semeja untuk membincangkan permaslahan yang boleh diusahakan bersama. Lupakan cerita-cerita lama,kita boleh bangkit membangunkan akedemik dan syakhsiah pelajar mesir apabila kita semua berganding bahu mengetepikan permasalahan khilaf dan manhaj masing-masing dengan menumpukan masalah akedemik dan masa depan umat Islam di Malaysia.

Sesungguhnya perpaduan di antara semua persatuan dimesir dan bekerjasa dengan Msd adalah merupakan tuntuan syarak dan semasa bagi kita menyelesaikan masalah-masalah pelajar-pelajar kita di sini.
Akhir sekali,kita mengharapkan kerajaan tidak akan mengharamkam pmram sebaliknyaberusaha untuk bekerjasama dengan mereka dan kita mengharapkan pimpinan baru pmram akan lebih sederhana dan lebih banyak menumpukan aspek perpaduan.

Posted by Ustaz Fauwaz Fadzil at 06:52






Labels