Menulis tentang pimikiran seorang adalah satu perkara yang berat, apatah lagi ditulis oleh yang biasa seperti saya, ini kerana dikhuatiri berlaku kesikapan dan salah faham terhadap pemikiran sesorang imam itu. Tetapi saya memberanikan diri juga kerana melihat faedahnya yang besar terhadap masyarakat dan diri sendiri.
Tokoh dan imam yang dimaksudkan ialah Imam Yusuf Abdullah Al-qaradawi. Tujuan mewujudkan ruang ini adalah untuk saya mengkaji corak pemikiran Imam Al-Qaradawi dan saya melontorkannya kepada umum untuk ditatapi. Saya juga membuat akan membuat ulasan dan penafsiran daripada Imam berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini.
Mudahan permulaan ini akan berterusan sampai ke akhir hayat saya bagi menandakan cinta saya kepada imam ini walaupun saya belum menjumpai beliau, saya hanya menjumpai beliau hanya dalam mimpi-mimpi yang indah yang berlalu dengan hampa bila terjaga, kerana bukan realiti!
Sebelum memulakan pemikiran Imam Al-qaradawi, ingin menceritakan bagaimana hubungan saya bermula dengan beliau. Seingat saya, saya mula melihatnya kerana kitab-kitabnya dibaca oleh ayahanda saya; Imam kepada politik Islam Malaysia, Ustaz Fadzil Noor. Dan muka Imam A-qaradawi banyak dalam majalah-majalah Islam yang dilanggan oleh ayah saya.
Ketika saya berumur 18 tahun, saya mula membaca kitabnya Fikh aulawiyat (terjemahan) dan kitab-kitabnya yang lain, seperti Tamadun Islam Sebagai Alternatif serta Waktu Di Dalam Kehidupan Muslim. Saya juga terbaca kitabnya di dalam bahasa arab iaitu Sunnah Sebagai Sumber Ilmu dan Tamdadun tetapi tak berapa faham!
0 ulasan:
Catat Ulasan