bulan 1

Ibtihal (ابتهال)



Petikan daripada syair-syair Imam Yusuf Qaradawi di dalam kitabnya نفحات و لفحات.

يا من له تعنو الوجوه وتخشع ولأمره كل الخلا ئق تخشع
أعنو اليك بجبهة لم أحنها الا لوجهك ساجدا أتضرع
واليك أبسط كف ذل لم تكن يوما لغير سؤال فضلك ترفع
Terjemajahan: Wahai Tuhan bagiNya tunduk segala manusia dan takut padaNya.Segala perintahNya, seluruh makhluk tunduk dan patuh.

Aku letakkan dahiku padaMu yang aku tidak letakkanya Melainkan hanya kepadaMu aku tunduk dan khusyuk di dalam sujud kepadaMu aku hamparkan kehinaan diriku di mana tidakberlaku pada mana-mana hari ,kehinaan ini di angkat kepada orang lain untuk meminta kelebihan dariMu.

Apabila kita merenung syair Imam,kita melihat keutuhan keimanan yang cukup tinggi dengan menyatakan segala kemulian semuanya kembali kepada Allah Taala. Segala kehinaan kembali kepada hamba. Ya Allah,hiasilah kehinaan kami ini dengan sifat-sifatMu yang tinggi dan mulia.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Perlaksanaan Hudud



Menjadi satu kesulitan untuk menjawab soalan yang amat jelas seperti yang diperkatakan oleh ulama:

استفسار الواضح اشكال

Terjemahan: Mempersoalkan sesuatu perkara yang jelas menjadikan sesuatu itu masalah (sukar dijawab).

Apabila timbul masalah mengenai perlaksanaan syariat khususnya hudud dan qisas,sesuatu jawapan yang mungkin agak payah untuk dijawab,sebab perlaksanaa syariat tidak bercanggah dengan akal dan reality bahkan banyak dalil yang meyokong perlaksanaan tersebut sama dalil nakli,akal,sejarah dan reality kehidupan manusia menuntut kepada perlaksanaan.

Cuma di sini saya ingin nyatakan kepada mereka yang bimbang kepada perlaksanaan hudud atau ada yangberhujjah dengan tidak ada di dalam perlembagaan jadi tak dapat di laksanakan. Kita katakan,hudud merupakan ubat yang agak pahit yang membebankan orang yang dikenakan hukuman dan dan menakutkan orang,tetapi sebaliknya ia adalah ubat yang terbaik di dalam merawat penyakit-penyakit jenayah yang sangat membimbangkan... Ia sepertimana seorang doctor yang merawat pesakit,ubat-ubat yang diberi semuanya tidak disukai oleh pesakit tambahan apabila membabitkan pembedahan yang berisiko,tetapi pesakit menerima rawatan itu dengan tabah kerana falsafah hudud adalah mendidik dan ia berperanan mencuci dosa penjenayah,kemungkinan dengan hukuman dilaksanakan keatas dia,dia menjadi ahli syurga insyallah. Berkata ulama tasawuf:

رب ذنب أدخل صاحبه الجنة.
Terjemahan: kemungkinan sesuatu dosa itu akan memasukan orang yang melakukan dosa itu kedalam syurga.

Bukanlah kata-kata ini menggalakan maksiat tetapi ia membuka pintu harapan yang tinggi kepada mereka yang bersalah mereka masih ada peluang disisi untuk kepada dan Allah gembira dengan hambaNya yang bertaubat seperti mana seorang ibu kehilangan anak kemudian dia menjumpai.

Perlaksanaa hudud bukanlah mudah untuk dilaksankan seperti digambarkan oleh sesorang,ia berhajat kepada syarat yang ketat dan ia bersesuaian dengan hukuman yang besifat keras dan jenayah yang begitu kejam dan berat.

Contohnya zina ia berhajat kepada 4 orang saksi yang adil, dan mungkin perlaksanaan ini amat sukar,kerana kerjaorang islam nak pergi mengendap dan perlakuan zina itu betul-betul nampak kemaluan lelaki itu masuk kedalam kemaluan wanita dengan sebenar-benar masuk.ini sukar kerana berdasarkan tabiat sifat manusia yang muslim dan adil tidak pergi mengendap orang berzina melainkan syarat ini diletakkan menunjukkan masyarakat umat manusia ini akan hancur apabila orang mula berzina ditepi jalan dan semua orang nampak tanpa ada segan malu daripada pelakuan mereka,ketika itu mungkin penyaksian diterima.

Dan sejarah membuktikan bahawa tak ada kes zina yang sabit secara saksi yang ada sabit secara pengakuan,maka perlaksanaan secara pengakuan itu boleh dilaksanakan.

Cuma diingatkan Islam tetap menggalakan orang yang melakukan zina menyembunyikan perbuatan tersebut dan bertaubat kepada Allah.

Mungkin orang bertanya bagaimana kalau pasangan ditangkap berdua-dua dalam keadaan bogel,dan air mani pun ada dibadan atau di atas katil apakah tidak boleh didakwa dibawah hukum zina atau percubaan berzina. Jawapannya tidak boleh kerana ia tidak pasti mungkin mereka hanya beronani atau sebagainya dan hudud gugur dengan ada syubhat, dan kes ini hanya disabitkan dibawah kes kahlwat dan dikenakan hukuman takzir tidak bolehdikenakan hudud. Juga sebagai peringatan,bagi pendapat saya,soalan di mahkamah seperti percubaan berzina atau adakah kamu berzina itu soalan yang tidak syarie kerana apabila mereka ditangkap mereka ditangkap atas khalwat,tak boleh ditanya,adakah kamu pernah berzina atau ada niat berzina. Soalan sebegini tak boleh ditanya,sebab akan membongkar rahsia yang tersembunyi seperti mana membongkar mayat di dalam kubur.

Ini adalah akhlak Islam. Cuba kita lihat kes curi memang susah untuk nak buktikan kes kecuriaan,tapi kita lihat disana undang-undang takzir yang boleh mengurang kes jenayah ini,mungkin dengan bantuan dna yang sedia ada dan timbul rasa syak terhadap sesorang situ kerana dia ada rekod jenayah yang banyak. Cuma kitakan,di arab Saudi pada zaman pertengahan 1900 zaman 60 an,selama 20 tahun terdapat 16 kes potong tangan saja yang berlaku ini menunjukkan kebersihan masyarakat apabila hudud dilaksanakan. Hudud tidak akan menghilangkan jenayah tetapi mengurangkan jenayah sampai ketahap yang tidak menakutkan sebab jenayah adalah penyakit,dan penyakit sentiasa wujud. Cuma apakah ubat yang sesuai untuk rawatan.(kita sambung nanti).sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Renungan Tasawuf.





Berkata Imam Harith Al-Muhasibi.رحمه الله.

تواضع للحق واخضع له وأدم ذكر الله تنل قربه .
Terjemahan: Tunduk dan patuhlah kepada kebenaran,sentiasalah mengingati Allah nescaya kamu dekat denganNya.
Kalam ini merupakan kata-kata hikmat seorang ulama tasawuf yang terkenal iaitu Imam Harith al Muhasibi di dalam kitabnya Risalatulmustasyidin. Bagaimana Imam ini memperkenalkan kaedah kepada kita untuk berinteraksi dengan kebenaran dan bagaimana cara untuk mencapai darjat disisi Allah Taala.

Kalam memperjelaskan kepada kita tabiat kebenaran iaitu ia tidak boleh dikalahkan atau ditundukkan kerana ia bersifat tinggi. Ini kerana kebenaran ini ia tidak akan berubah walaupun berlaku perubahan masa dan zaman,walaupun seorang itu besar pangkat dan kedudukannya,tetapi dihadapan kebenaran dia terpaksa tunduk dan menerima.
Walaupun disana kata-kata palsu lebih kuat dipersembahkan daripada kebenaran tetapi kebenaran pasti akan menang.

Berkata penyair arab.
“ Apabila datang Musa dan tongkat Baginda
Maka tewaslah ahli sihir dan sihir”.
Sekiranya kita memahami kalam Imam ini dengan tepat,banyak keadaan umat manusia boleh berubah khususnya umat Islam. Kerana kita melihat banyak di kalangan manusia ingkar terhadap kebenaran akhirnya membawa dirinya kepada kehancuran. Lihatlah kerajaan,masyarkat dan sebagainya yang menolak kebenaran apakah yang berlaku tehadap mereka?

Mungkin kita tertanya,menerima kebenaran ini susah tambahan lagi kalau ia datang daripada orang bawahan kita, kita menyatakan ia perlu kepada mujahadah nafsu dan membuang ego,jadikan syiar seorang ulama yang berkata
لأن أكون ذنبا في الحق أحب الي من أن أكون رأسا في الباطل.
Terjemahan: Sesungguhnya menjadi orang bawahan di dalam kebenaran itu lebih aku sukai daripada menjadi ketua di dalam kebatilan.
Sesungguhnya menerima kebenaran itu tidak menjatuhkan martabat seseorang bahkan menngangkat darjatnya.

Mungkin di dalam menerima kebenara itu pahit di hati dan berat maka Imam menyuruh kita agar ingat kepada Allah dan selalu berzikir kepadanya agar kita mencapai darjat yang tinggi disisinya. Memperlihatkan diri dengan sifat-sifat yang lemah kerana siapa yang menyiapkan dirinya dengan sifat hamba Allah akan kurniakan pertolongan daripada sifat-sifatNya. Wallah A’lam.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Renungan Tasawuf.

Berkata Imam Harith Al-Muhasibi.رحمه الله.

تواضع للحق واخضع له وأدم ذكر الله تنل قربه .
Terjemahan: Tunduk dan patuhlah kepada kebenaran,sentiasalah mengingati Allah nescaya kamu dekat denganNya.
Kalam ini merupakan kata-kata hikmat seorang ulama tasawuf yang terkenal iaitu Imam Harith al Muhasibi di dalam kitabnya Risalatulmustasyidin. Bagaimana Imam ini memperkenalkan kaedah kepada kita untuk berinteraksi dengan kebenaran dan bagaimana cara untuk mencapai darjat disisi Allah Taala.

Kalam memperjelaskan kepada kita tabiat kebenaran iaitu ia tidak boleh dikalahkan atau ditundukkan kerana ia bersifat tinggi. Ini kerana kebenaran ini ia tidak akan berubah walaupun berlaku perubahan masa dan zaman,walaupun seorang itu besar pangkat dan kedudukannya,tetapi dihadapan kebenaran dia terpaksa tunduk dan menerima.
Walaupun disana kata-kata palsu lebih kuat dipersembahkan daripada kebenaran tetapi kebenaran pasti akan menang.

Berkata penyair arab.
“ Apabila datang Musa dan tongkat Baginda
Maka tewaslah ahli sihir dan sihir”.
Sekiranya kita memahami kalam Imam ini dengan tepat,banyak keadaan umat manusia boleh berubah khususnya umat Islam. Kerana kita melihat banyak di kalangan manusia ingkar terhadap kebenaran akhirnya membawa dirinya kepada kehancuran. Lihatlah kerajaan,masyarkat dan sebagainya yang menolak kebenaran apakah yang berlaku tehadap mereka?

Mungkin kita tertanya,menerima kebenaran ini susah tambahan lagi kalau ia datang daripada orang bawahan kita, kita menyatakan ia perlu kepada mujahadah nafsu dan membuang ego,jadikan syiar seorang ulama yang berkata
لأن أكون ذنبا في الحق أحب الي من أن أكون رأسا في الباطل.
Terjemahan: Sesungguhnya menjadi orang bawahan di dalam kebenaran itu lebih aku sukai daripada menjadi ketua di dalam kebatilan.
Sesungguhnya menerima kebenaran itu tidak menjatuhkan martabat seseorang bahkan menngangkat darjatnya.

Mungkin di dalam menerima kebenara itu pahit di hati dan berat maka Imam menyuruh kita agar ingat kepada Allah dan selalu berzikir kepadanya agar kita mencapai darjat yang tinggi disisinya. Memperlihatkan diri dengan sifat-sifat yang lemah kerana siapa yang menyiapkan dirinya dengan sifat hamba Allah akan kurniakan pertolongan daripada sifat-sifatNya. Wallah A’lam.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Keutamaan Ilmu ke atas Imu(Fikh Aulawiyat).




Di sini Imam membincangkan satu qaedah yang sangat penting iaitu seseorang perlu mendalami ilmu agar dia dapat mempraktikan amalan dengan tepat. Berapa ramai orang yang beramal tanpa ilmu akhirnya merosakkan diri dia. Berkata Imam Hasan Al Basri “ Belajarlah jangan sampai merosakan ibadat, beramalah jangan sampai merosakan ilmu”.
Kalau kita melihat dari sudut remaja yang kekurangan ilmu,banyak pemyakit yang menimpa mereka,contohnya banyak dan mengeluarkan fatwa yang berbahya di mana mereka bukan golongan yang layak member fatwa,menfasik dan mengkafirkan orang, kasar ketika berdakwah dan sebagainya. Kita tahu mereka ini golongan yang yang ikhlas tetapi mereka ini kekurangan ilmu yang menyebabkan mereka menjadi extrem dan pelampau,sekiranya mereka bersabar dalam menuntut ilmu dan bercakap sekadar mana yang perlu dan ilmu yang ada tanpa ada sikap melulu pasti mereka tidak menjadi extrem.

Imam Qaradawi member satu jawapan terhadap punca pelampauan remaja muslim ialah mereka tidak duduk belajar dengan ulama yang jujur dan hanya membaca buku sendiri,mereka membaca dan memahami isi kandungan dengan akal mereka itu.
Sebab itulah para pendakwah perlu melengkap ilmu dengan sebanyak mungkin agar mampu menyampaikan Islam dengan baik dan tepat. Kalau inginkan secara detail ilmu- ilmu yang perlu dipelajari oleh pendakwah bacalah kita Imam yang bertajuk “ thaqafah daiyah”.

Ilmu Sebagai Syarat Kepimpinan>
Di dalam meletakkan diri sebagai pemimpin,perlulah sesorang itu membekal diri dengan ilmu agar dia dapat menjadi pemimpin yang adil. Ilmu yang berkaitan dengan bidang kepimpinan yang dia sandang. Ilmu inilah yang akan memeliharanya daripada kesesatan dan kesalahan ketika dia memimpin.
Malangnya ramai pemimpin yang kita lihat kurang ilmu yang patut ada,hanya gah pada pakaian dan gaya ceramah. Tetapi mempunyai akal yang pendek lidah yang panjang.(Renungan fikh aulawiyat).sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Keutamaan Ilmu ke atas Imu(Fikh Aulawiyat).

Di sini Imam membincangkan satu qaedah yang sangat penting iaitu seseorang perlu mendalami ilmu agar dia dapat mempraktikan amalan dengan tepat. Berapa ramai orang yang beramal tanpa ilmu akhirnya merosakkan diri dia. Berkata Imam Hasan Al Basri “ Belajarlah jangan sampai merosakan ibadat, beramalah jangan sampai merosakan ilmu”.

Kalau kita melihat dari sudut remaja yang kekurangan ilmu,banyak pemyakit yang menimpa mereka,contohnya banyak dan mengeluarkan fatwa yang berbahya di mana mereka bukan golongan yang layak member fatwa,menfasik dan mengkafirkan orang, kasar ketika berdakwah dan sebagainya. Kita tahu mereka ini golongan yang yang ikhlas tetapi mereka ini kekurangan ilmu yang menyebabkan mereka menjadi extrem dan pelampau,sekiranya mereka bersabar dalam menuntut ilmu dan bercakap sekadar mana yang perlu dan ilmu yang ada tanpa ada sikap melulu pasti mereka tidak menjadi extrem.

Imam Qaradawi member satu jawapan terhadap punca pelampauan remaja muslim ialah mereka tidak duduk belajar dengan ulama yang jujur dan hanya membaca buku sendiri,mereka membaca dan memahami isi kandungan dengan akal mereka itu.
Sebab itulah para pendakwah perlu melengkap ilmu dengan sebanyak mungkin agar mampu menyampaikan Islam dengan baik dan tepat. Kalau inginkan secara detail ilmu- ilmu yang perlu dipelajari oleh pendakwah bacalah kita Imam yang bertajuk “ thaqafah daiyah”.

Ilmu Sebagai Syarat Kepimpinan>

Di dalam meletakkan diri sebagai pemimpin,perlulah sesorang itu membekal diri dengan ilmu agar dia dapat menjadi pemimpin yang adil. Ilmu yang berkaitan dengan bidang kepimpinan yang dia sandang. Ilmu inilah yang akan memeliharanya daripada kesesatan dan kesalahan ketika dia memimpin.
Malangnya ramai pemimpin yang kita lihat kurang ilmu yang patut ada,hanya gah pada pakaian dan gaya ceramah. Tetapi mempunyai akal yang pendek lidah yang panjang.(Renungan fikh aulawiyat).

Pertemuaan Dengan Imam Qaradawi.




Di antara nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada seorang hambanya ialah bertemu dengan golongan solihin,apatah lagi sekiranya daripada kalangan ulama yang besar. Pada 22 ogos lepas saya diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis ceramah Imam Qaradawi berdekatan dengan rumah saya di qasrul aini selepas magrib. Ceramah mengenai penyatuan umat bersempena tibanya Ramadan.

Saya pernah sebutkan,saya amat bercita –cita bertemu dengan Imam ,saya hanya bertemu beliau sekadar dalam mimpi yang indah,jadi hari tersebut saya benar –benar melihat beliau dengan dekat,sempat memegang tongkat dan mencium tangan beliau,Alhamdulillah,nikmat yang sangat besar,ketika saya masuk ke dalam dewan bersama rakan-rakan,saya katakana pada adinda saya ustaz Firdaus,ana macam mimpi ni tengok syiekh Qaradawi,macam tak percaya.

Saya memang nak bertemu dengan Imam sejak umur saya 18 tahun lagi,selalu saya mencari berita beliau di mesir,kalau-kalau beliau di sini,tetapi apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik pada hari jumaat 22 ogos 2008 dapat bertemu dengan beliau. Hampir 9 tahun saya menunggu detik ini yang indah ini. Saya amat mengetahui jutaan umat islam yang menyintai Imam yang besar ini, Cuma tangan dan hatiku ngin turut serta di dalam menyatakan cinta padanya.

Mudah-mudahan aku dipertemukan lagi dengan Imam yang agung ini. Amin.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Manhaj Wasatiyah(Moderat).





Pada setiap zaman berlaku pertembungan di antara aliran yang syadid(ketat) di dalam hukum hakam dan golongan liberal yang tidak mempedulikan hukum hakam. Kedua-dua aliran ini tidak bertepatan dengan manhaj dan tabiat Islam.

Maka di sana terdapat manhaj yang diidamkan iaitu manhaj wasatiyah yang merupakan ciri-ciri utama Islam dan sifat utama umat ini,firman Allah yang bermaksud.
“ Dan demikianlah Kami jadikan kamu umat yang seimbang”. Al Baqarah
Ayat ini mencetuskan kepada kita identiti kita yang sebenar,kita adalah umat yang seimbang di antara dunia dan akhirat,ruh dan jasad,ilmu dan amal,idea dan realiti mengambil yang baik daripada umat terdahulu dan mengambil menfaat daripada umat sekarang walaupun ia datang daripada barat asalkan tidak bercanggah dengan usul Islam.

Imam Qaradawi mendefinasikan wasatiyah dengan kesimbangan di antara dua sudut yang berlawanan sehingga tidak salah satunya mengambil hak yang lain.

Kalau kita lihat defenasi dari segi bahasa, wasatiyah bererti pertengahan,kebaikan dan kekuatan. Jadi wasatiyah ini mempunyai makna-makna yang mulia yang sesuai dengan umat ini. Insyallah seleas ini kita akan sebutkan tanda-tanda dan sifat-sifat istimewa bagi wasatiyah yang mempunyai 30 ma’lim atau cirri seperti yang di asaskan oleh Imam Qaradawi. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Fikh Aulawiyat.



Fikh Aulawiyat merupakan satu topic yang sering dibincangkan oleh orang ramai.Sebab dengan memahami perkara ini banyak faedah yang dapat diperolehi dan perjalanan sesorang itu dapat berjalan dengan sempurna dan baik.

Imam Qaradawi telah menulis satu kitab yang begitu bernilai tentang fikh aulawiyat sebab dia melihat kecacatan berlaku pada umat islam itu sendiri yang kehilangan kefahaman fikh aulawiyat dan para daie juga turut terjebak kepada gejala ini, ini meyebabkan banyak masalah berlaku ketika berdakwah disebabkan ketidakfahaman terhadap topic ini.

Melihat kepada definasi fikh aulawiyat bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya ,sesuatuyang patut diawalkan jangan dilewatkan , sesuatu yang patut dilewatkan jangan diawalkan.

Fikh aulawiyat ini merangkumi semua aspek,ibadah muamalat politik ,dakwah dan sebagainya,khususnya kepada ulama dan pendakwah mereka harus memahami konsep ini dengan baik agar setiap tindakan mereka mendapat natijah yang baik..
Beberapa contoh fikh aulawiyat yang harus diketahui.

1:Mendahulukan kualiti keatas kuantiti.
Melihat kepada kaedah ini,berapa ramai golongan yang terlalu mengabaikan kualiti dan mengutamakan kuantiti dan hasilnya ia tidak membuahkan natijah yang membanggakan. Kalau kita melihat dimalaysia khususnya,banyak sekolah-sekolah agama didirikan tanpa memikirkan kualiti pelaksanaan sekolah-sekolah tersebut,hasilnya ia tidak mendatangkan natijah yang baik sebab sekolah agama berdiri di atas bantuan orang ramai,apabila terlalu banyak sekolah ,duit yang didermakan tidaklah begitu banyak,sekiranya difokuskan kepada sekolah tertentu dan dibelanjakan wang kepada sekolah-sekolah yang mempunyai potensi adalah lebih baik,banyak perkara yang boleh dilakukan, tetapi malangnya menjadi perlumbaan di dalam membina sekolah atau pusat-pusat pendidikan swasta tetapi tidak mempunyai guru-guru yang berpotensi yang cemerlang..

Begitu juga dengan projek pembangunan yang pesat,banyak projek yang membazir yang tidak sesuai dengan rakyat,sedangkan kualiti pembangunan yang dilakukan tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat,cuba tengok dikedah buat starwalk dibuat macam bukit bintang,dahlah orang kedah tak kaya mana,kalau orang tengok pun nak tergelak,jadi kadang-kadang melakukan pembangunan kerana nak habiskan peruntukan sahaja ini yang menyedihkan.(insyaallah lepas ini kita sambung,sory dah lama tak update,mudahan kita akan selalu tulis,jangan marah,tulisan ini adalah renungan saya terhadap buku fikh aulawiyat) sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Anwar dan Ujian







Kita melihat keadaan yang berlaku kepada Dato Seri Anwar amat menyedihkan. Apa lagi yang diinginkan oleh musuhnya ketika beliau sudahpun diseksa bertahun-tahun di dalam penjara tanpa sebarang kesalahan yang diyakini.

Sudah hilang ketaqwaan dikalangan musuh-musuhnya bahkan sudah sekian lama hilang ketaqwaan di dalam dada mereka. Mereka yang tamakan kuasa sanggupmelakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka tapi yakinilah bawa sunnatullah tetap tidak berubah di mana bumi ini akan dipimpin oleh orang-orang bertaqwa. Kebatilan itu mungkin lama tapi ia tidak berkekalan,kebenaran itu mungkin ditindas tetapi akan menjelma jua akhirnya.

Yakinilah dato Anwar bahawa kebenaran akan bersamamu dan kepalsuan yang mereka bawa akan terbongkar kelak. Begitulah sunnah perjuangan yang tidak henti diuji. Tetapi kita melihat beliau terus istiqamah dalam perjuangan dan terus menegak keadilan bersama pemimpin
pemimpin yang lain.


Kepada musuh-musuh Anwar,berhentilah daripada berdusta,takutlah kepada Allah yang mengetahui tipu daya kamu semua. Berlawan di atas pentas yang sedia ada ,janganlah takut jadi pembangkang sekiranya kamu semua turun daripada pemerintahan.

Rakyat rindukan keadilan tertegak. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Ilmu Adalah Syarat Bagi Setiap Jawatan




Kepimpinan(Qiadi).

Setelah lama meninggalkan perbincangan buku Akal dan Ilmu di dalam Al-Quran. Hari ini kita menyambung semula perbincangan mengenainya dengan tajuk ‘ Ilmu Adalah Syarat Bagi Setiap Jawatan Kepimpinan’.

Imam menyatakan di antara kelebihan ilmu ini, Al-Quran menjadikan ia syarat kelayakan bagi menjawat jawatan kepimpinan di dalam masyarakat. Tidak boleh golongan jahil memimpin sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin oleh ahli ilmu. Berkata seorang penyair.

Apabila seekor burung gagak menjadi petunjuk kepada sesebuah kaum

Maka dia akan membawa mereka kepada bangkai-bangkai anjing.

Jadi apa yang kita dapat fahami daripada perbahasan Imam,sekiranya kita dipandu oleh golongan jahil maka keburukanlah yang kita akan alami,begitu juga agenda-agenda yang tidak mendatangkan faedah kepada kita pun di bawa.(fauwaz)

Imam menyebutkan lagi. Di dalam Al-Quran menyebutkan kelebihan ilmu sebagai syarat menjadi khalifah dimuka bumi ini. Lihatlah kisah Nabi Adam di dalam surah al baqarah ayat 31 dan seterusnya,

Begitu juga dengan kisah Talut di dalam surah al-baqarah ayat 247.Bagaimana dengan kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan sebagai Menteri Ekonomi dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘hafiz alim’ amanah dan berilmu.

Kaedah yang disebutkan oleh Imam Qaradawi adalah sangat penting bagi memilih pemimpin masyarakat dan ia bertepatan dengan Al-Quran dan akal yang baik. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Fiqh Islam..




Fiqh Islam adalah hasil dan natijah daipada pemikiran ulama-ulama besar dalam Islam yang bersandarkan kepada usul Islam iaitu Al-quran dan Sunnah bagi mengeluarkan hukum hakam.

Tidak wujud di dalam pendapat ulama kita terkeluar daripada usul syarie melainkan dalam kuantiti yang sedikit dalam keadaan mereka dimaafkan oleh Allah. Bagi pengamatan saya hamba yang kerdil ini,tidak ada pendapat-pendapat di dalam fikh islam melainkan ia bersandarkan usul syarak sama dalam bentuk khusus atau umum.

Mereka ulama Islam yang begitu ikhlas di dalam ijtihad mereka,mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah keran ijtihad adalah ibadah akal yang begitu tinggi nilainya di dalam Islam. Kalau kita melihat kepada khazanah fikh islam kita,kita menyakini bahawa ia adalah satu system yang mampu menyusun corak kehidupan manusia daripada ibadat sampailah politik.

Sesungguhnya fikh islam tidak jumud dengan permasalahan-permasalahan semasa, bahkan ia sentiasa berinteraksi dengan kehidupan dengan kekuatan yang asli. Ini kerana fikh islam merupakan satu system pada umumnya berubah mengikut keadaan semasa,zaman,adat,perubahan politik ekonomi,maklumat sains dan teknologi. Ini bukan bermakna fikh islam hanya mengikut rentak keadaan semasa dan tunduk kepadanya,sebaliknya ia menyusun keadaan semasa berlandaskan syaiat yang mulia.

Sebagai satu maklumat penting,terdapat perbezaan di antara syariat islam dan fikh islam,syariat islam tidak menerima perubahan sampai bila-bila,manakala fikh bersedia menerima perubahan dengan syarat ia dilakukan oleh ulama yang muktabar. Contoh syariat seperti solat lima waktu, puasa ramadhan,ia tidak menerima perubahan,dan fikhnya seperti adakah fatihah wajip atau tidak ,niat diwaktu malam di bulan ramadhan adakah ia wajip atau sunnat dan badakah boleh di niat waktu malam. Jadi kita melihat fikh ia terdapat khilaf di antara ulama dan syariat.

Kebanyak pertelagahan di antara di antara umat islam bukannya pada syariat tetapi pada fikh islam. Tetapi yang malang kita melihat kita menjadikan pertengkaran didalam masalah fikh sebagai satu punca perpecahanumat kita. Sedangkan kita mempunyai kaedah di dalam berinteraksi denga fikh atau mazhab di antaranya,


1: Tidak boleh menginkari dan menganggap masalah khilaf itu berdosa,iaitu orang yang berpegang kepada kewajipan berniat ketika wuduk,dia tidak boleh mengingkari penganut mazhab hanafi yang tidak berniat ketika berwuduk ,atau wanita yang memakai purdah dia tidak boleh marah kepada meraka yang tiidak berpurdah yang hanya bertudung kerana terdapat khilaf dikalangan ulama dan menganggap orang tidak memakai purdah itu berdosa.

2: Sekiranya terdapat kesusahan di dalam beramal di dalam sesuatu mazhab,seseorang itu itu mengambil pendapat yang lebih mudah untuk diamalkan kerana taisir.bukan untuk bermain-main.sebaliknya dia diuji.


Bagi saya,kebanyakan pendapat –pendapat ulama adalah tepat dan boleh diamalkan walau[pun berlainan mazhab kerana bertaqlid kepada satu mazhab adalah tidak wajip sebaliknya perlu ada mazhab ketika beramal di dalam sesuatu masalah, dan boleh bertaqlid kepada mana –mana mazhab islam selagi ia tidak merosakkan syariat. Pendapat yang menyatakan talfiq adalah harus adalah pendapat yang kuat selagi mana tidak membawa kepada keruntuhan syariat dan tidak mengikut hawa nafsu atau bermain-main dengan syariat, kerana ia(talfiq) boleh mengurang ketaasuban mazhab dan memberi kemudahan kepada hamba-hamba Allah Taal,sesiapa yang ingin mempelajari fikh secara begini bacalah kitab fikh sunnah oleh syeikh said sabik.

Cara begini bukanlah bermasuk kita anti kepada mazhab-mazhab islam,bahkan inilah satu cara penghormatan kepada semua mazhab islam yang membawa kita kepada Allah. Membuka pintu ini adalh merupakan satu kerja mulia bagi penndapat saya kerana ia mencerminkan Islam yang mulia dan mudah.

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Malaysia,pertengkaran berlaku di dalam perkara-perkara kecil sehinggakan membawa kepada perpecahan. Cuba tengok masalah talqin, tahlil,pertangkaran yang berlaku seolah-olah ia adalah asas kepada agama sedangkan ia adalah perkara tahsinat bukan daruri atau hajiat.kalau tidak dilakukan pun tak mudharatkan agama kalau buat pun tak salah. Cuma yang salah apabila kita menjadika ia sebagai perkara wajip yang perlu dilaksnakan. Tidak boleh perkara sebegini dijadikan wajip. Jadi janganlah duk marah orang yang melaukan talqin atau tahlil. Sebab bagi saya,perkara-perkara sebegini paling kurang ia adalah harus. Jadi perkataan masyru’ sesuai digunakan dalam masalah ini daripada dikatakan sunnah untuk mengelak kumpulan madiyun(wahabi) marah. Tidak ada masalah di dalam istilah.

Sebenarnya,kita perlu membincangkan perkara-perkara yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat,kita mesti memikirakan apakah penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka di dalam kehidupan,pemikiran ekonomi yang boelh yang menjadikan mereka bergerak lebih maju daripada menyibukkan mereka kepada perkara yang tidak menghasilkan faedah yang banyak. Inilah perkara yang perlu difikirkan,bukan saya nak kata tak boleh bincang langsung cuam jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai agenda utama dakwah. Kita perlu mengajar manusia memahami Islam yang sebenar,bagaimana berinteraksi dengan al-quraan dan sunnah,bagaimana hendak masyarakat,mengajar manusia kearah berlapang dada kalau ada pendapat berlainan yang tidak diterima oleh sesebuah penduduk. Janganlah kita menjadi diktator di dalam mengemukakan pendapat.

Maka di sini kita nyatakan,fiqh islam adalah satu sitem yang memudahkan orang ramai bukan menyempitkan,kalau terdapat pendapat yang susah di dalam suatu mazhab di sana terdapat pendapat-pendapat yang lain memudahkan.sesiapa yang membaca buku-buku fikh islam daripada pelbagai mazhab dia akan mendapati apa yang saya katakan.

Cuma saya katakan di sini,bukan semua orang mampu untuk menguasai fiqh dengan baik atau menjadi faqih,ia adalah pilihan daripada Allah,maka sesiapa yang tidak menguasai fiqh dia perlu bertanya kepada para ulama untuk menngetahui hukum-hakam.

Insyallah kalau ada masa lain kali kita bincang lagi tajuk ini.insyaallah. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Kefahaman sebaik-sebaik nikmat Allah.





Nikmat-nikmat Allah yang kurniakan kepada hamba-hambanya terlalu banyak. Ada yang dikalangan hambanya dikurniakan nikmat harta,nikmat sihat ,nikmat ilmu dan sebagainya.

Di sini saya ingin menyebutkan satu nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat faham. Barang siapa yang dikurniakan nikmat ini maka dia telah mendapat sebaik-baik kurniaan Allah.

Kefahaman yang dimaksudkan di sini meliputi banyak perkara, seperti ilmu,kehidupan dan sebagainya. Dan sebesar-besar kefahaman ialah kefahaman terhadap Allah dan RasulNya.

Ramai dikalangan kita membaca, belajar tetapi tidak dikurniakan kefahaman di dalam ilmu yang dia pelajari. Lalu terdapat kesilapan apabila menerangkan kepada orang ramai atau tersilap apabila dipraktikan.Yang amat malang sekali apabila sesorang itu tidak faham mengenai Islam dan Syariatnya lalu dia berprasangka buruk terhadap Islam. Inilah yang dialami oleh aliran sekular dan penganut-penganutnya.

Saya terbaca buku Imam Qaradawi yang bertajuk(syumululIslam) yang menghuraikan usul isyrin oleh Imam Albana. Ketika Imam membahaskan usul kefahaman, Imam ada menyebutkan bahawa kefahaman yang tepat adalah sebaik-sebaik nikmat. Kefahaman ini yang kita panggil fikh yang kita memahami sesuatu perkara berdasarkan realiti. Kita dapat memahami dan menterjemahkan di dalam kehidupan kita.

Sebab itulah kita perlu memohon kepada Allah agar Dia mengurniakan kefahaman kepada kita dalam bidang apa yang kita ceburi agar kita dapat berjalan di atas landasan yang betul sama kefahaman yang berkaitan dengan dunia atau akhirat.

Di dalam kata-kata syair,

‘ Aku mengetahui kejahatan bukan untuk melakukan kejahatan.’.

‘ Barangsiapa yang tidak mengetahui kejahatan dia akan terjebak kepadanya’.

Berkata golongan salaf,

‘ Barangsiapa yang mengetahui zamanya,makan luruslah jalannya.




Daripada apa yang kita sebutkan tadi, menunjukan betapa pentingnya kefahaman dalam hidupkita. Kita melihat remaja-remaja yang terjebak ke dalam gejala sosial mereka tidak faham hakikat hidup mereka yang mempunyai risalah untuk ditunaikan. Begitu juga pemimpin-pemimpin kita yang menipu rakyat mereka,mereka tidak faham tentang hakikat jawatan mereka, dan banyak lagi lah golongan yang amat perlu kepada kefahaman. Bagi,saya golongan yang amat perlu kepaa kefahaman ialah ulamak dan pendakwah yang ditangan mereka arus perubahan umat.

Marilah kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan kefahaman terhadapNya,RasulNya dan terhapa kehidupan ini.Amin sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Bicara ISA



Ketika membaca harakahdaily,terdapat tajuk yang memceritakan tentang seksaan tahanan ISA. Ini merupakan perkara yang amat membimbangkan kepada umat pencinta keadilan. Kita merasa hairan kenapa orang yang belum diyakinni kesalahanya dipenjara sekian lama bahkan terdapat penyeksaan di mana ia dianggap sebagai satu langkah keselamatan bagi negara.

Apakah dengan memenjarakan orang yang belum lagi pasti kesalahannya dapat menyelamatkan negara. Bagi saya ,saya tidak kisah sekiranya seseorang yang pernah melakukan kesalahan di tahan di dalam lokap untuk mendapat kepastian terhadap kesalahan atau seseorang dipenjara di dalam lokap buat sementara sekiranya benar-benar terancam keselatam negara dengan syarat dia dilayan dengan baik,makan minumnya dijaga,dia boleh di ziarahi oleh keluarganya dengan mudah. Satu lagi perkara yang penting bagi orang berkahwin,mereka perlu disediakan tempat hubungan kelamin untuk menunaikan hajat mereka.

Sudahlah mereka dipenjara,kemudian dipenjarakan pula keperluan asasi mereka, di manakah keadilan. Saya katakan ini bukan di atas dasar melawak atau merapu,tetapi ini satu perkara yang perlu diketengahkan kepada pihak undang-undang untuk memperuntukkan perkara ini kepada mereka yang dipenjara. Dalam sudut yang lain,apakah salah isteri-isteri mereka daripada menjalan tugas kepada suami-suami mereka.

Terkeluar tajuk pula,tetapi inilah perkara yang perlu diketengahkan kepada masyarakat tentang kezaliman-kezaliman yang di lakukan oleh kerajaan. ISA ditubuhkan untuk menangkan puak komunis tetapi apa yang berlaku sebaliknya,pejuang-pejuang Islam dan keadilan pula yang ditangkap.

Teknik begini memang digunakan oleh pemerintah zalim untuk mengekalkan kuasa mereka,mereka tidak mampu berhujah lalu mereka menggunakan kuasa untuk menangkap orang. Apa punya zalim pemerintah. Mereka menggunakan haqqulquwah atau mantiqulquwah bukan quwatulhaq atau quwatulmantik untuk berdepan dengan pejuang-pejuang. Betapa lemahnya hujah mereka seperti sarang labah-labah.

Tetapi yakinilah bahawa kezaliman itu tidak berpanjangan,pasti cahaya kebenaran itu akan terpancar,yakinilah,jangan ragu-ragu. Marilah kita bersama-sama menentang ISA samada dengan pena,dengan suara atau demontrasi atau paling lemah dengan hati. Jangan biarkan hati kita suka kepada kezaliman walaupun ia berlaku ke atas saudara-saudara kita bukan Islam.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Ad- Din Dari Segi Bahasa dan Istilah.



Sudah lama tidak membicarakan tentang buku ini,insyallah kita sambung kembali.

Di dalam bahagian ini, Imam membincangan definasi Ad-Din dari sudut bahasa dan istilah.

Secara lanjutnya,Din yang kita terjemahkan sebagai agama mempunyai tiga makna dari susut bahasa arab. Dan ia berasal dari kalimah dana.

Pertama: Ia membawa erti memilki dan mentadbir. Maka Din di sini berbentuk mentadbir dan berpolitik. Ia disebut dalam bentuk fiel danahu.

Kedua : Apabila kita menggunakan dalam bentuk dana lahu. Maka ia bererti taat kepadanya. Maka ia berbentuk ketaatan dan ibadat.

Ketiga: Sekiranya kita menggunakan dalam bentuk dana bissyaik,maka ia bererti menjadikan ia sebagai agama dan mazhab.


Daripada apa yang kita faham daripada perbahasan bahasa, Din ini mempunyai pelbagai makna yang memungkinkan kita memahami erti Din di dalam Islam. Ia mempunyai hubungan yang kuat dengan politik. Di mana kalau kita melihat kepada pengertian pertama, maka ia meyokong pendapat yang kita katakan.

Imam menyatakan lagi,makna Din tidak lari daripada makna kepatuhan yang ilzam(luzumulinqiyad), iaitu pada pengunaan pertama ia bererti mengilzam dan mewajipkan kepatuhan(taat), pada penggunaan kedua ialah beriltizam dengan kepatuhan,merujuk kepada hamba,dan penggunaan yang ketiga ia bererti mabda atau system yang perlu diiltizam(dipatuhi).

Di sini kita dapat melihat kekayaan bahasa arab di mana satu kalimah mempunyai pelbagai makna atau di dalam bahasa istilah dipanggil isytirak atau musytarak. Nanti kita sambung kepada perbahasan istilah. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Agama dan politik



Agama dan politik :oleh Imam qaradawi.

Kitab ini adalah merukan kitab yang begitu penting bagi setiap umat Islam di mana ia menerang kedudukan politik mengikut Islam dan konsep agama(Ad-Din) mengikut perspektif Islam. Ini kerana umat telah bercelaru di dalam memahami kedua-dua konsep ini dan akhirnya Islam itu sendiri dizalimi oleh sebahagian umat nya yang menggap agama itu musuh kepada politik dan politik itu musuh pada agama.

Maka Imam telah melakukan satu usaha yang perlu dipuji dengan menolak segala tomahan yang dilemparkan terhadap Islam di dalam buku ini. Mari kita melihat isi kandungan kitab ini bagi mengetahui mukadimah yang matlamat kitab ini.

Kitab ini berhalaman 242 muka surat .melihat kepada indexnya,ia terbahagi kepada mukadimah,kemudian 5 bab besar.Mari kita melihat setiap tajuk bagi setiap bab.

Bab Pertama: Konsep dan pengertian agama dan politik.

Bab Kedua: Hbungan di antara agama dan politik di sisi umat Islam dan disisi golongan
Sekular.

Bab Ketiga: Agama dan politik dalam Islam.

Bab Keempat: Adakah sekular sebagai penyelesaian atau pembuat masalah.

Bab Kelima: Golongan minority Islam dan politik.

Insyallah kita akan cuba membincangankan buku ini sekadar termampu untuk memberi gambaran yang sebenar kepada umat Islam. Umat Islam berhajat kepada pengetahuan yang yang mendalam di dalamperkara ini, janganlah kita mengambilk asas-asas Islam kita daripada musuh kita yang dengki kepada kita. Ambillah kefahaman Islam ini daripada Al-quran dan Sunah.semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada Imam Qaradawi. Mudah-mudahan kita dapat membincangkan kita dengan baik.Amin.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Agama dan politik

Agama dan politik :oleh Imam qaradawi.

Kitab ini adalah merukan kitab yang begitu penting bagi setiap umat Islam di mana ia menerang kedudukan politik mengikut Islam dan konsep agama(Ad-Din) mengikut perspektif Islam. Ini kerana umat telah bercelaru di dalam memahami kedua-dua konsep ini dan akhirnya Islam itu sendiri dizalimi oleh sebahagian umat nya yang menggap agama itu musuh kepada politik dan politik itu musuh pada agama.

Maka Imam telah melakukan satu usaha yang perlu dipuji dengan menolak segala tomahan yang dilemparkan terhadap Islam di dalam buku ini. Mari kita melihat isi kandungan kitab ini bagi mengetahui mukadimah yang matlamat kitab ini.

Kitab ini berhalaman 242 muka surat .melihat kepada indexnya,ia terbahagi kepada mukadimah,kemudian 5 bab besar.Mari kita melihat setiap tajuk bagi setiap bab.

Bab Pertama: Konsep dan pengertian agama dan politik.

Bab Kedua: Hbungan di antara agama dan politik di sisi umat Islam dan disisi golongan
Sekular.

Bab Ketiga: Agama dan politik dalam Islam.

Bab Keempat: Adakah sekular sebagai penyelesaian atau pembuat masalah.

Bab Kelima: Golongan minority Islam dan politik.

Insyallah kita akan cuba membincangankan buku ini sekadar termampu untuk memberi gambaran yang sebenar kepada umat Islam. Umat Islam berhajat kepada pengetahuan yang yang mendalam di dalamperkara ini, janganlah kita mengambilk asas-asas Islam kita daripada musuh kita yang dengki kepada kita. Ambillah kefahaman Islam ini daripada Al-quran dan Sunah.semoga Allah memberi pahala yang tinggi kepada Imam Qaradawi. Mudah-mudahan kita dapat membincangkan kita dengan baik.Amin.sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Ilmu dan iman





Ini merupakan bahagian yang sangat penting bagi setiap penutup ilmu sama ilmu agama atau ilmu akal.di mana Imam Qaradawi membahasakan perkara ini bagi menyelesaikan pertembungan ilmu dan iman. Imam Qaradawi menyatakan bahawa tiada di sana pertembungan di antara ilmu dan iman.ilmu bukanlah musuh kepada iman sebenarnya kedua-duanya saling berkaitan.lihatlah di dalam Al-quran yang menyebutkan iman selepas ilmu di dalam surah Ar-Rum ayat 56.

Banyak lagi ayat yang Imam bawakan,kalau untuk mendalam silalah rujuk kitabnya muka surat 95.beliau menyatakan bahawa ilmu adalah petunjuk bagi iman dan ini adalah hakikat yang kita lihat.

Daripada apa yang Imam sebutkan,jelas menunjukan bahawa tidak ada penentangan di antara ilmu dan iman atau agama sepertiman yang dinyatakan oleh golongan orientalis.bahkan apabila sesorang mengetahui ilmu yang bermenfaat akan bertambah imanya.Inilah yang perlu ditekankan oleh pelajar-pelajar ilmu sains yang belajar memahami makkhluk dan ciptaan Allah.Kita meyakini sekiranya mereka belajar denganniat untuk menambah iman banyak lagi ilmu-ilmu yang tersembunyi akan terbongkar dan diketahui.

Pada pemikiran kita,umat islam ilmu perlu mengembelingkan ilmu dan iman dan menjadikan setiap ilmu yang bermenfaat sebagai alat untuk memperkukuhkan iman kita.kita juga perlu melihat sukatan-sukatan pelajaran di sekolah-sekolah kita bagaimana untuk merealisasikan perkarainiwalaupuiamemerlukan usaha yang berlipat ganda.Insyallah selepas ini kita akan membincangkan tentang ilmu sebagai syarat untuk menjadi seorang pemimpin. sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Definasi Ilmu



Bahagian pertama

Pada fasal kedua,imam qaradawi memulakan dengan definasi ilmu di sisi ulama.

Definasi adalah suatu perkara yang cukup penting dalam bidang ilmu bagi menghasilkan gambaran yang sohih terhadap sesuatu,

Imam qaradawi membawa perbincangan imam al.asfahani di dalam definasi ilmu.

Berkata asfahani.ilmu adalah mengetahui sesuatu berdasar hakikat atau realitinya.dalam ilmu mantick dikatakan tasaur.

Ini adalah definasi yang pertama bagi ilmu.yang kedua,ilmu bererti menghukum ke atas dengan wujudnya sesuatu yang semamangnya ia wujud. Atau menafikan sesuatu yang sememangnya ia dinafikan. Ini dipanggil tasdik dalam ilmu mantik

Untuk huraian lanjut,saya(fauwaz) membawa contoh.dalam hokum fikh atau syariah,kita menyatakan solat lima waktu adalah wajip,maka itu adalah ilmu secara tasdik.

Bagi ilmu tasaur,macam masalah bond atau atau sebagainya,kita tidak tahu hukumnya,Cuma kita tahu maksud bond sahaja tanpa ada sebarang peletakan hokum hala atau haram,maka itu tasaur.

Secara kesimpulan imam qaradawi menyatakan, selepas membawa perbahasan ulama terhapmakna ilmu,beliau menyatakan bahawa yang penting ialah definasi umum bagi ilmu iatu pembongkaran atau mengenal seauatu perkara yang tidak di ketahui.

.bahagian kedua: kelebihan ilmu dan kedudukan ulama di dalam al-quran.

Imam qaradawi menyatakan,bahawa tidak ada agama yang memuliakan ilmu sepertimana islam memuliakan ilmu.

Cubak kita tengok ayat al-quran yangmembbiarakanilmu didalamal-quran.di anatranya surah alaq yang dimulakan dengan bacalah dengan nama Allah, dalam surah qalam,Allah bersumpah dengan qalam yang merupakan alat bagi memperolehi ilmu.

Dalam quran juga membezakan di antara orang berilmu dengan orang jahil,mereka tidak sama.Allah juga menyatakan orang sangat takut padanya ialah ulama.dan banyak ayat _ayat quran yang mengangkat darjat ilmu.

Begitu juga imam qaradawi menyatakan semua para nabi diberiilmu,iniadalah benar secara syarak,akal dan sejarah.mustahil bagi seorang nabi berdakwah tanpa ilmu.



Di sini saya ingin bawakan perbahasan yang penting iaitu hubungan ilmu dan iman(kita sambung esok) sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil.......

Akal dan Ilmu dalam Al-Quran



Maka hari demi hari minat terhadap Imam Qaradawi bertambah sehingga boleh dikatakan kitab-kitabnya semuanya atau hampir semuanya sudah dibeli, alhamdulillah. Mengembara ke alam pemikiran Imam Qaradawi amat mengasyikkan dan menyeronokkan. Banyak faedah dan pemikiran dapat diambil. Yang paling penting beliau mengeluarkan kita agar tidak taasub kepada mana-mana mazhab dan berpegang kepada dalil yang kuat walaupun daripada mana-mana mazhab. Bagi saya selalunya pendapat yang kuat adalah yang mewarnai roh taisir dan mudah.

Perbincangan tentang bermazhab akan dibincangkan pada masa-masa akan datang insyallah. Ok, sebenarnya kita ingin menceritakn kehebatan Imam Qaradawi, tetapi mungkin pada masa akan datang. Hari ini kita hendak membincangkan satu buku beliau yang bertajuk “Akal dan ilmu di dalam al-quran". Di sana juga ada kitab-kitab yang ingin sangat saya bincangkan di sini seperti:

• kitab agama dan politik
• fikh aulawiyat
• pengenalan islam
• ijtihad di dalam syariat
• peranan akhlak dan etika di dalam ekonomi islam
• adab bermazhab
• fikh di antara turath dan tajdid dan sebagainya.

Kita mula dengan kitab ini dahulu untuk mengambil berkat Al-quran. Pengajian kitab ini adalah berbentuk tafsir maudui, di mana Imam mengambil semua perbahasan akal dan ilmu di dalam al-quran kemudian diletakkan di dalam satu tajuk.

Penulisan sebegini memerlukan kepada penghayatan dan kefahaman terhadap al-quran seluruhnya. Dan imam adalah orang layak membincangkan tentang al-quran kerana beliau adalah pecinta kepada al-quran.

Kitab ini mempunyai 304 muka surat termasuk indeks. Kalau kita melihat kepada indeksnya, ia memuatkan beberapa bab atau fasal yang membincangkan tentang akal dan ilmu selepas mukadimah kitab

Fasal pertama: kedudukan akal dan berfikir di dalam al-quran.

Fasal kedua: kelebihan ilmu kedudukan ulama di dalam al-quran.

Fasal ketiga: pengertian ilmu, fikh dan hikmah di dalam al-quran.

Fasal keempat: Belajar dan mengajar di dalam al-quran .

Fasal kelima: pembentukan akal ilmiah di dalam al-quran.

Fasal keenam: I’jaz ilmu (sains) di dalam al-quran.

Kita melihat satu kitab yang menarik perbincangannya, insyallah kita mempelajari di dalam kitab ini sekadar yang termampu berdasarkan kefahaman yang cetek ini, kalau ada tersilap faham mudah-mudahan Allah ampunkannya. Kalau ada ulasan daripada saya, saya akan ulas.

Di sini saya ingin membincangkan dahulu fasal kedua, iaitu kedudukan ilmu dan ulama di dalam al-quran. Satu topic yang menarik, apa kata Imam Qaradawi.

Pada muka surat 69, beliau membincangkan dengan membahagikan kepada 8 bahagian di dalam tajuk ini.

1- pengertian dan pembahagiannya.

2- kelebihan ahli ilmu di dalam al-quran.

3- kesemua nabi diberi ilmu oleh Allah.

4- hubungan ilmu dan iman.

5- Ilmu adalah jalan kepada yakin.

6- Ilmu adalah syarat kepada setiap jawatan memimpin.

7- Celaan terhadap perkara yang tidak diasaskan berdasarkan ilmu.

8- Ilmu-ilmu yang tercela di dalam al-quran.

Bagaimana saya mengenali Imam Al-Qardawi



Menulis tentang pimikiran seorang adalah satu perkara yang berat, apatah lagi ditulis oleh yang biasa seperti saya, ini kerana dikhuatiri berlaku kesikapan dan salah faham terhadap pemikiran sesorang imam itu. Tetapi saya memberanikan diri juga kerana melihat faedahnya yang besar terhadap masyarakat dan diri sendiri.

Tokoh dan imam yang dimaksudkan ialah Imam Yusuf Abdullah Al-qaradawi. Tujuan mewujudkan ruang ini adalah untuk saya mengkaji corak pemikiran Imam Al-Qaradawi dan saya melontorkannya kepada umum untuk ditatapi. Saya juga membuat akan membuat ulasan dan penafsiran daripada Imam berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini.

Mudahan permulaan ini akan berterusan sampai ke akhir hayat saya bagi menandakan cinta saya kepada imam ini walaupun saya belum menjumpai beliau, saya hanya menjumpai beliau hanya dalam mimpi-mimpi yang indah yang berlalu dengan hampa bila terjaga, kerana bukan realiti!

Sebelum memulakan pemikiran Imam Al-qaradawi, ingin menceritakan bagaimana hubungan saya bermula dengan beliau. Seingat saya, saya mula melihatnya kerana kitab-kitabnya dibaca oleh ayahanda saya; Imam kepada politik Islam Malaysia, Ustaz Fadzil Noor. Dan muka Imam A-qaradawi banyak dalam majalah-majalah Islam yang dilanggan oleh ayah saya.

Ketika saya berumur 18 tahun, saya mula membaca kitabnya Fikh aulawiyat (terjemahan) dan kitab-kitabnya yang lain, seperti Tamadun Islam Sebagai Alternatif serta Waktu Di Dalam Kehidupan Muslim. Saya juga terbaca kitabnya di dalam bahasa arab iaitu Sunnah Sebagai Sumber Ilmu dan Tamdadun tetapi tak berapa faham!

Sejak saya berumur 18 tahun sehingga sekarang, saya suka mendengar cerita tentang Syeikh Al-qaradawi, orang bagi tahu dia mujtahid, lagi saya bertambah kagum. Ketika saya pergi ke INTIS iaitu sebuah kolej, saya berjumpa dengan ustaz di situ, dia pun menceritakan kehidupan Syeikh Al-qaradawi, diakatakan beliau meminati Kitab Ihya’kitab ihya’ oleh penulis Imam Ghazali, saya terus lagi minat, sebab saya telah membaca sejak saya tingkatan lima, saya baca bab akhlak. Saya baca kitab kepunyaan ayah saya. Lepas mendengar cerita ustaz itu, saya membeli yang dijual dengan harga murah, dua jilid sahaja, tak lengkap kerana ia mempunyai lima jilid... sampai sekarang takmenjadi sufi lagi,hehe. Ustaz Fauwaz Fadzil

Bagaimana saya mengenali Imam Al-Qardawi



Menulis tentang pimikiran seorang adalah satu perkara yang berat, apatah lagi ditulis oleh yang biasa seperti saya, ini kerana dikhuatiri berlaku kesikapan dan salah faham terhadap pemikiran sesorang imam itu. Tetapi saya memberanikan diri juga kerana melihat faedahnya yang besar terhadap masyarakat dan diri sendiri.

Tokoh dan imam yang dimaksudkan ialah Imam Yusuf Abdullah Al-qaradawi. Tujuan mewujudkan ruang ini adalah untuk saya mengkaji corak pemikiran Imam Al-Qaradawi dan saya melontorkannya kepada umum untuk ditatapi. Saya juga membuat akan membuat ulasan dan penafsiran daripada Imam berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini.

Mudahan permulaan ini akan berterusan sampai ke akhir hayat saya bagi menandakan cinta saya kepada imam ini walaupun saya belum menjumpai beliau, saya hanya menjumpai beliau hanya dalam mimpi-mimpi yang indah yang berlalu dengan hampa bila terjaga, kerana bukan realiti!

Sebelum memulakan pemikiran Imam Al-qaradawi, ingin menceritakan bagaimana hubungan saya bermula dengan beliau. Seingat saya, saya mula melihatnya kerana kitab-kitabnya dibaca oleh ayahanda saya; Imam kepada politik Islam Malaysia, Ustaz Fadzil Noor. Dan muka Imam A-qaradawi banyak dalam majalah-majalah Islam yang dilanggan oleh ayah saya.

Ketika saya berumur 18 tahun, saya mula membaca kitabnya Fikh aulawiyat (terjemahan) dan kitab-kitabnya yang lain, seperti Tamadun Islam Sebagai Alternatif serta Waktu Di Dalam Kehidupan Muslim. Saya juga terbaca kitabnya di dalam bahasa arab iaitu Sunnah Sebagai Sumber Ilmu dan Tamdadun tetapi tak berapa faham!

Sejak saya berumur 18 tahun sehingga sekarang, saya suka mendengar cerita tentang Syeikh Al-qaradawi, orang bagi tahu dia mujtahid, lagi saya bertambah kagum. Ketika saya pergi ke INTIS iaitu sebuah kolej, saya berjumpa dengan ustaz di situ, dia pun menceritakan kehidupan Syeikh Al-qaradawi, diakatakan beliau meminati Kitab Ihya’ oleh penulis Imam Ghazali, saya terus lagi minat, sebab saya telah membaca sejak saya tingkatan lima, saya baca bab akhlak. Saya baca kitab kepunyaan ayah saya. Lepas mendengar cerita ustaz itu, saya membeli kitab ihya’ yang dijual dengan harga murah, dua jilid sahaja, tak lengkap kerana ia mempunyai lima jilid... sampai sekarang takmenjadi sufi lagi,hehe.

Bagaimana saya mengenali Imam Al-Qardawi



Menulis tentang pimikiran seorang adalah satu perkara yang berat, apatah lagi ditulis oleh yang biasa seperti saya, ini kerana dikhuatiri berlaku kesikapan dan salah faham terhadap pemikiran sesorang imam itu. Tetapi saya memberanikan diri juga kerana melihat faedahnya yang besar terhadap masyarakat dan diri sendiri.

Tokoh dan imam yang dimaksudkan ialah Imam Yusuf Abdullah Al-qaradawi. Tujuan mewujudkan ruang ini adalah untuk saya mengkaji corak pemikiran Imam Al-Qaradawi dan saya melontorkannya kepada umum untuk ditatapi. Saya juga membuat akan membuat ulasan dan penafsiran daripada Imam berdasarkan kefahaman saya yang rendah ini.

Mudahan permulaan ini akan berterusan sampai ke akhir hayat saya bagi menandakan cinta saya kepada imam ini walaupun saya belum menjumpai beliau, saya hanya menjumpai beliau hanya dalam mimpi-mimpi yang indah yang berlalu dengan hampa bila terjaga, kerana bukan realiti!

Sebelum memulakan pemikiran Imam Al-qaradawi, ingin menceritakan bagaimana hubungan saya bermula dengan beliau. Seingat saya, saya mula melihatnya kerana kitab-kitabnya dibaca oleh ayahanda saya; Imam kepada politik Islam Malaysia, Ustaz Fadzil Noor. Dan muka Imam A-qaradawi banyak dalam majalah-majalah Islam yang dilanggan oleh ayah saya.

Ketika saya berumur 18 tahun, saya mula membaca kitabnya Fikh aulawiyat (terjemahan) dan kitab-kitabnya yang lain, seperti Tamadun Islam Sebagai Alternatif serta Waktu Di Dalam Kehidupan Muslim. Saya juga terbaca kitabnya di dalam bahasa arab iaitu Sunnah Sebagai Sumber Ilmu dan Tamdadun tetapi tak berapa faham!

Sejak saya berumur 18 tahun sehingga sekarang, saya suka mendengar cerita tentang Syeikh Al-qaradawi, orang bagi tahu dia mujtahid, lagi saya bertambah kagum. Ketika saya pergi ke INTIS iaitu sebuah kolej, saya berjumpa dengan ustaz di situ, dia pun menceritakan kehidupan Syeikh Al-qaradawi, diakatakan beliau meminati Kitab Ihya’ oleh penulis Imam Ghazali, saya terus lagi minat, sebab saya telah membaca sejak saya tingkatan lima, saya baca bab akhlak. Saya baca kitab kepunyaan ayah saya. Lepas mendengar cerita ustaz itu, saya membeli kitab ihya’ yang dijual dengan harga murah, dua jilid sahaja, tak lengkap kerana ia mempunyai lima jilid... sampai sekarang takmenjadi sufi lagi,hehe.

Rasuah dan Hukumannya.



Rasuah sepertimana yang didefinasikan oleh ibnu abidin alhanafi iaitu sesuatu(wang atau harta) yang diberikan oleh sesorang kepada hakim atau orang lain(seperti pegawai kerajaan)untuk menjatuhkan hukuman yang berpihak kepada dia atau mengikut kehendak pemberi wang tersebut.
Berkata guru saya dr abdul aziz azam komentar daripada definasi ibnu abiding trsebut “iatu bertujuan utuk mencapai kepada sesuatu yang tidak tepat (batil) ataupun untuk mencapai kebenaran tetapi dia mampu mencapai tujuan tersebutdengan cara bukan rasuah.
Dr aziz juga menyebutkan hadiah kepada pegawai kerajaan yang mempunyai gaji adalah haram. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas yang yang bermaksud
“Hadiah kepada pekerja-pekerja(pegawai)adalah haram”.

Pegawai ini meliputi semua jawatan bidang kerajaan seperti guru,pensyarah,bahagian imigresen pegawai polis dan seumpama dengannya. Rasuah adalah membahayakan sector ekonomi dan pembangunan sesbuah negara. Negara kita Malaysia mengalami indek rasuah yang tinggi. Sehingga yang paling jijik terdapat rasuah secara seks,ini amat sadis sekali.
Lihatlah politik,mahkamah,polis apa jua badan kerajaan rasuah amat berleluasa sehinggakan kepada sukan dan pendidikan berlaku rasuah. Apakah mereka tidak ingat kepada firman Allah yang melarang hamba-hambanya memakan makanan yang di ambil secara tidak betul. Firman Allah

يايها الذين أمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل.
Terjemahan: Wahai-wahai orang beriman,janganlah memakan harta-harta kamu di antara kamu sekalian dengan cara yang kotor.

Rasuah adalah sifat yahudi yang diwarisi sampai sampai sekarang, malangnya ramai umat Islam yang ingin mencari kekayaan mereka menggunakan cara yang paling mudah iaitu rasuh. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan mereka menjadikan rasuah rasuah sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka mendapat wang dengan tanpa ada sebarang usaha,menzalimi orang lain,sebab itulah Islam haramkan,kaedah ekonomi menyatakan
المال لا يلد مالا.
Terjemahan: wang tidak menghasilkan wang dengan sendirinya.

Untuk memperolehi wang perlu dengan menggunakan tenaga dan kerahan tenaga,tapi umat islam sekarang tidak peduli semua itu,yang penting kekayaan yang mereka dapat walau macam mana cara pun.
Itu kalau kita tengok dari sudut kejadian rasuah. Bagaimana pula dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan, adakah mereka melaksanakan dengan seruis atau hanya slogan meraih simpati dan sokongan rakyat. Mungkin mereka yang paling banyak sapu duit rakyat. Sekiranya mereka ikhlas dan jujur,rasuah mesti dihapuskan daripada akar umbi,tak boleh secara sebahagian dua tiga kerat orang. Jenayah rasuah ini perlu dihapuskan secara menyeluruh baru ia mujarab.
Dan definasi rasuah perlu dibuat secara tepat agar keadilan dapat ditegakan. Subjek akhlak yang menentang rasuah perlu dihidupkan sekolah dan university. Pegawai –pegawai kerajaan perlu menjalani kursus akhlak bagi megelak rasuah. Keberanian perlu ada di dalam memerangi kes rasuah kerana kadang membabitkan keluarga dan kaum kerabat.

Di sana juga perlu diingat,pencegahan juga perlu dibuat,seperti menaikan gaji pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja yang bekerja di bawah sector kerajaan agar mereka hidup senang dan tidak terfikir mengamal rasuah. Kata syeikh Ghazali “ sukar untuk membina taqwa tanpa pakaian dan makanan”.
Rakyat perlu ada kesenangan disamping taqwa membimbing mereka agar takut. Perlaksaan takzir cara Islam mesti dilaksanakan,adakah seorang polis yang bergaji rendah terlibat rasuah dihukum dengan begitu lama,apakah ini adli, bagaimana dengan anak bininya yang memerlukan saran dapat terus hidup,apakah hukuman diletakkan mukanya diakhbar dan dipenjara beberapa seketika atau kita perlu memberi sesuatu kerja yang boleh menginsafkan dia seperti kerja kebajikan tanpa bayaran.
Ahli-ahli phycologi dan pakar kemasyarakatanperlu terlibat di dalam menetapkan hukuman yang sesuai dengan pengamal rasuah. Ini mahukan hukuman yang adil dan mentarbiyah buakan semata-semata terlalu pedih sehingga memudharatkan kerja sesorang dalam kehidupan.

Perkara ini diperbincangan jujur dan adil,semua pihak terlibat di dalam gejala menghapus rasuah. Nanti kita akan bincangkan hukum sebahagian pelajar mesir yang menyuapkan duit kepada polis apabila di saman atau kepada pegawai di airpot ketika membawa baranglebih ,insyallah. Mudahan kita diberi taufik.

Renungan Tasawuf





Berkata Imam Ibnu Ataillahرحمه الله.

رب عمر اتسعت اماده قلت أمداده, ورب عمر قليلة اماده كثيرة أمداده.
Terjemahan: kemungkinan umur yang panjang keberkatan di dalam hidup seseorang itu sedikit, dan kemungkinan umur itu pendek tetapi dilimpahi dengan keberkatan yang banyak.

Melihat kepada kata-kata imam besar ini seorang ulama tasauf yang agung ini,kita menemui kebenarannya di mana berapa ramai orang Allah berikan umurnya yang panjang tetapi tidak menggunakan umurnya yang panjang itu di jalan Allah,beribadat,belajar ,membuat aktiviti kebajikan dan seumpama denganya. Sebaliknya dia berseronok-seronok di dalam menghabiskan waktunya kemudian tidur dan makan. Di mana waktunya dengan Allah Taala, apakah dia mempersia-siakan usianya yang berharga dengan tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah. Dia seperti orang yang sudah mati ketika hidup tidakmember menfaat kepada orang ,ketika mati siapapun tidak menangis diatas kematian dia.

Rugilah wahai teman-teman apabila kita tidak mampu mengurus waktu kita kea rah kebaikkan, apa yang akan kita bawa nanti pada hari kita bersendirianRrugilah umat ini hanya mahu rehat tanpa memikirkan keperluan orang lain dan mementingkan diri. Kerana rehat yang sebenar adalah disyurga.
Dunia adalahtempat kita membaja dan bekerja untuk kita mengambil untungnya di akhirat kelak.
من زرع حصد.
Terjemahan: Sesiapa yang menanam dia akan mengutip hasilnya.
Lihatlah kepada mereka mempersia-siakan umur mereka yang panjang di dalam menentang kebenaran, di mana keberkatan hidup mereka,mereka menyangka mereka melakukan kebaikan sebalik itu sangkaan mereka semata-mata.

Kalau kita melihat kepada makna yang kedua,bagaimana sesorang itu umurnya pendek tetapi keberkatan dan kurniaan Allah kepadanya melimpah-melimpah seperti hidup beratus-ratus tahun. Lihatlah Imam syafie yang hanya hidup dalam usia 51 tahun,tetapi tengok kepada jasanya yang melimpah,kita mengingati beliau sampai sekarang, Imam Nawawi meninggal pada umur 45 tahun,tetapi meninggal khazanah ilmu yang banyak kepada kita seperti hadis 40, al-azkar dan sebagainya.berkat hidup mereka.

Begitu juga dengan saidina umar abdul aziz,meninggal pada usia 41 tahun,banyak sangat perkara tajdid dilakukan,memerintah hanya lebih kurang 2 tahun,ttetapi peuh dengan keadilan dan rahmat,pemimpin kita memerintah berbelas tahun tetapi penuh dengan kezaliman hanya sedikit kebaikan. Amat berbeza golongan ini dengan ulama ulama dan pemimpin kita yang solih. Sebab itu bukanlah kehebatan itu diukur pada umur yang tetapi pada sumbangan dan jasa kita pada manusia.
Mudahan kita termasuk di dalam golongan yang diberkati Allah pada umur kita disamping dipanjangkan umur kita. Amin.

معالم الوسطية.(sambungan moderat).


Di sini Imam Qaradawi menggariskan 30 maalim atau ciri-ciri khusus serta usul bagi manhaj wasatiyah agar mereka yang berpegang kepada manhaj ini dapat ber jalan di atasnya dengan baik. Kita akan sebutkan satu persatu secara ringkas.
Pertama: memahami Islam secara syumul dengan sifatnya sebagai akidah,syariat,ilmu,amal,ibadat,muamalat,thaqafah,akhlak,kebenaran,kekuatan,dakwah,daulah,agama,dunia,tamadun dan umat.
Komentar: Inilah yang dikatakan sebagai kefahaman Islam yang sebenar,tidak memahamihanya pada sebahagian rukun sahaja. Sebahagian golongan hanya menumpu kepada ibadat dan mereka hanya fikir itulah islam semata-mata tentang kebajikan ilmu dan sebagainya itu tak penting. Ada yang fikir Islam tu dakwah sahaja atau politik sahaja. Dengan kefahaman begini umat islam telah Islam yang jauh daripada kefahaman mereka yang salah. Islam mesti difahami mengikut apa di dalam Al-quran dan sunnah yang sohih. Bukan diambil daripada barat atau timur. Maka perlu memahami Islam ini secara syumul bagi membawa manhaj wasatiyah ini.

Kedua: Beriman dengan Al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagai sumber rujukan bagi pensyariatan,pemandu kepada kehidupan Islam,berserta memahami nas-nas juzie di dalam lingkaran maqasid umum.
Komentar: Jadi Imam menggariskan satu usul yang penting iaitu keperluan kita berhukum dengan al-quraan dan sunnah yang sohih bukan yang lemah,sunnah merangkumi percakapan,perbatan dan pengakuan. Kedua-dua sumber ini amat penting bagi umat Islam bagi menjadi pedoman di dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Kepentingan kembali kepada dua sumber rujukan ini amat penting untuk mengembalikan umat Islam kepada landasan yang benar setelah sekian lama hanyut di dalam kesalahan.
Yang dimaksudkan dengan maqasid umum ialah menjaga agama,nyawa,kehormatan diri,akal dan harta. Jadi difahami nas-nas tertentu berdasarkan kefahaman terhadap maqasid ini. Apa bila Islam mengharamkan dengkin dan pergaduhan,maka ia ingin menjaga maqasid menjaga nyawa,sebab semua itu akanmembawa kepada pembunuhan,maka menutup pintupintu yang boleh menghilangkan nyawa.

Ilmu Teori Belum Mencukupi.( Ibnu Jauzi).



“Aku melihat menyibukkan diri dengan fikh dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dngan perkara-perkara yang menlembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang solih.

Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati adalah dengan meyebut cerita-cerita yang menyentuh hati,dan cerita-cerita orang solih kerana mereka adalah golongan memahami maqsud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek ruhani dan sentimen cerita-cerita tersebut.

Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat,kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis,minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi, dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.( lihatlah soidul khatir. Imam ibnu jauzi).ms 159.

Imam Abu Hasan An- Nadawi pun menyebut bahawa ulama-ulama dahulu berusaha untuk bergaul dengan orang-orang solih walaun ilmu mereka rendah daripada mereka untuk mengelokkan hati kita. Mudahan Allah Taala memudahkan kita membaca kisah-kisah orang solih untuk merawat hati kita. Amin.

Ulama Syariat Pemandu Umat.



Di dalam memikirkan terhadap siapakah tunjang utama di dalam memandu umat kita kepada kebaikan dunia akhirat. Tidak syak lagi ulama Islamlah yang menjadi nadi utama kepada penggerak masyarakat. Ulama yang mengetahui syariat yang mendalam dan mengetahui selok belok dunia agar tidak ketinggalan dalam membawa Islam sesuai disepanjang zaman dan tempat,merekalah pengerak umat.
Saya merenung lama terhadap perkara ini, bidang-bidang lain seperti kedoktoran,kejuruteraan,perakaunan dan sebagainya kos-kos ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah umat secara syumul dan lengkap tanpa memperkecilkan kos-kos tersebut yang mempunyai peranan besar di dalam membangunkan umat dan membantu agama Islam diterima oleh semua orang.

Tetapi di sana perlu di sana penggerak utama kepada umat,penggerak kepada hati,wawasan,semangat, gerakan dan seumpama dengannya yang dan perkara ini hanya boleh digerakkan oleh golongan yang mendalami syariah al-quraan dan sunnah sohih sebab ia adalah punca kepada kekuatan Umat islam. Pada pendapat saya,umat ini akan kembali kepada asalnya apabila meletakkan peranan ulama yang amilin dan moderat kepada tempat asalnya. Ulama yang membawa kepada akhirat dan tidak melupakan tanggungjawab terhadap dunia.





Saya katakana begini,berdasarkan pengamatan yang saya lakukan, tanpa merendahkan ulama-ulama bidang lain yang mempunyai peranan besar di dalam memajukan umat,Cuma kitakan ulama syarie ini adalah seperti garam di dalam makanan yang menyedapkan makanan tersebut. Berkata penyair:

Wahai ulama,garam kepada umat.
Tidak akan sedap makanan apabila garam rosak.


Maknanya, apabila ulama tidak memainkan peranan mereka dan tidak membawa manusia kepada Allah,maka akan rosaklah umat ini. Ayuh pelajar-pelajar ilmu syarie.perkuatkan semangat mendalami ilmu agama tanpa melupakan ilmu-ilmu dunia, kita mempunyai peranan yang besar didalam menggerakan umat,kita adalah nadi utama umat ini,kilaukan permata kita,setiap dari kita mempunyai permata yang tersendiri. Umat ini perlu kepada golongan menghidupkan akal dan hati ,tidak syak lagi ahli syariat dan dakwah lah yang mampu menggerakkan tugas ini.

Palestin Adalah Masalah Umat Islam Sejagat.



Pembunuhan yang berlaku di gaza palestin menyingkapnya kelemahan negara-negara Islam dan Umat Islam daripada mempertahankan darah umat Islam yang amat bernilai.

Darah umat Islam seperti darah nyamuk yang boleh dibedil begitu saja sedangkan darah seorang itu disisi Allah lebih mulia daripada bumi dan isi kandungannya. kita tidak tahu sampai bila pemimpim-pemimpin Islam akan menjadi lemah sebigini.

Adakah cara begini dipanggil toleransi,darah umat Islam dibiarkan begitu saja. Masih bersongkokolkah pemimpin -pemimpin Islam dengan Amerika yang mempertahankan yahudi israel melakukan apa saja.

Kita yakin Islam dan umatNya akan kembali berkuasa dan memerintah dunia,ini kepercayaan yang kita pegang,tetapi di dalam kelemahan kita,kita tak mahu pula menjadi tali barut kepada musuh Islam,sampai bilakah pendamaian boleh berlaku dengan yahudi zionis.
Apakah pedang itu tidak sesuai dengan mereka,mungkin kita yang lemah tak mampu lakukan,tapi paling kurang kita memberi semanagt jihad kepada pejuang-pejuang hamas di palestin,doa juga di hantar kepada mereka.

Isu palestin adalah isu umat Islam,kita umat perlu mengambil berat tentang isu ini sekadar mana yang mampu. Mudahan Allah Taala mengampun kelemahan kita dan kecuaian kita yang tidak membantu umat islam di palestin.

Keperluan Tajdid Di Dalam Islam.



Perkataan tajdid ini,kadang-kadang membimbangkan sebahagian pencinta Islam, “apa lagi yang perlu ditajdid,apakah sudah tidak cukup tulisan ulama-ulama dahulu di dalam urusan agama,apa yang kita ingin tajdid?. Itu kebimbangan mereka. Jadi penjelasan tentang tajdid ini perlu diperjelaskan agar kita tidak terkeliru dengan apa yang kita seru ini dengan seruan-seruan golongan liberal yang ingin mengubah hukum hakam Islam di atas alasan yang sama seperti ingin mengubah matahari dan hari.

Tajdid yang kita inginkan ialah menambahkan apa yang masih kurang dan mempercantikan apa yang cacat tanpa kita menggugat usul agama kita. Tajdid yang kita ingin kan ialah menghidupkan pintu ijtihad kepada ulama untuk berijtihad di dalam perkara-perkara baru yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama silam dan ia disebut sebagai ijtihad ibtidai atau insyaie. Dan dalam memperelokan benda yang cacat,ia perlu kepada ijtihad tarjihi atau intaqaie di mana ia berlaku dalam bentuk pemilihan daripada pendapat-pendapat ulama silam yang sesuai dengan zaman dan kawasaz dan bersifat mudah tidak bercanggah dengan maqasid syarie tanpa terikat dengan mana-mana mazhab tertentu sebaliknya mengambil kebaikan daripada semua mazhab yang wujud.
Rasullah pernah bersada.

“ Allah Taala akan mengutuskan bagi umat ini setiap awal seratus tahun seorang mujadid yang mentajdidkan urusan agama umat ini.
Jadi tajdid ini tidak akan berlaku melainkan membuka pintu ijtihad kepada ulama untuk berijtihad pada perkara-perkara yang dibolehkan berijtihad. Ia tidak boleh dilakukan oleh orang yang biasa yang tidak ada asas bahasa arab.

Gerakan tajdid ia boleh berlaku dalam bentuk individu,kumpulan,jemaah,tidak terhad pada individu tertentu, tetapi yang lebih penting di dalam membincangkan siapa mujadid,lebih baik dibincangkan apakag peranan kita di dalam mentajdid untuk Islam. Banyak perkara yang boleh ditajdidkan dan perlu di tajdidkan seperti cara berdakwah,perkataa-perkataan yang sesuai untuk berdakwah,ini berhajat kepada tajdid sehingga boleh diterima oleh madue-madue.(orang di dakwah.

Sesungguhnya gerakan tajdid ini bukan membuang asas-asas Islam sebalik ia berperanan untuk mencantik-mencantik luaran-luaran Islam yang banyak dikotorkan dengan bidaah-bidaah dan tomahan terhadap Islam. Mangga tetap mangga yang sama tetapi diwarnakan dengan warna yang baru seperti kata penyair islam muhamad iqbal.

Renungan Kata -Kata Ulama Berkata Imam Syafie.



من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه.
Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.




Berkata sebahagian ulama.

العلم رفيع المقام،شديد المرام، بطيء اللزام، لا يرى في المنام، ولا يورث عن الاباء والأعمام،فإنه شجرة تغرس في النفس، وتسقى بالدرس،ويحتاج طالبه إلى زيادة تعب وإدامة سهر، أفيظن من يقطع نهاره بالجمع وليله بالجماع أن يخرج بذالك فقيها؟ هيهات هيهات.
Terjemahan: Ilmu itu tinggi kedudukanya,satu matlamat yang cukup mencabar untuk mendapatkannya,memakan masa dan perlahan di dalam mencapainya, tidak boleh dilihat di dalam mimpi,tidak boleh diwarisi daripada ayah-ayah atau bapa-bapa saudara, ilmu adalah ibarat pokok yang perlu di tanam di dalam jiwa,disirami dengan mempelajarinya, penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam, apakah sesorang yang diwaktu siang dia berlepak-lepak dan di waktu malam dia bergaul atau berseronok dengan isteri dia menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali,amat jauh sekali.



Labels