bulan 1

Gabungan Pas Dan Umno

Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Ser Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.


Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.

Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah.
Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.

Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.

Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita.

Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
nukilan;
Fauwaz Fadzil Noor.

6 ulasan:

Ibnuhadar berkata...

Salam
Ibnuhadar menulis :
Terima kasih atas satu artikel yg cukup baik dari Al-Fadhil Ust Fawwaz. Sy salah seorang yg mengkagumi idea, gagasan dan teori pembawakan siyasi ayahanda Ust.

Maafkan sy. Sy bukan pakar siyasi. Cumanya, sekadar satu sorotan dan renungan kita bersama.

Menuntut gabungan PAS dan UMNO dalam konsep Unity Government tidaklah salah.

Menuntut melupakan kisah2 silam dan lama UMNO terhadap PAS mungkin satu usaha yg sukar utk golongan2 yg mengalaminya sendiri, tapi, tak sesukar mana sekiranya kita menekankan prinsip bahawa UMNO adalah salah satu golongan "madh'u" kita yg perlu kita dekati lantaran dekatnya antara PAS dan UMNO itu, atas jambatan kalimah "la ilaha illalah" ataupun jambatan persaudaraan yg sama.

Cumanya, adakah kita yakin, di sebelah pihak yg memulakan kemudaratan dan kekacauan pada awal penubuhan kerajaan campuran di zaman Tun Razak, BENAR2 TIDAK MEMULAKAN LAGI KEKACAUAN DAN KEMUDARATAN ITU SETELAH KONSEP UNITY GOVERNMENT yg diutarakan oleh TG Presiden direalisasikan?

Gesaan dan cadangan memulakan unity gov setelah sebelah pihak mengalami kekalahan yg cukup teruk di tangan rakyat pada PRU 2008 dan yg terbaru di PRK Bukit Gantang. Tidakkan gesaan dan cadangan itu cukup pelik?

Tambahan pulak, episod2 politik yg mengerikan di tanahair dari pihak penguasa serta rampasan Perak secara tidak bermoral.

Ibarat satu pihak yg menyeru ke arah pembinaan satu bangunan, tetapi, dalam masa sama, menruntuh bangunan itu secara senyap2.

Sy kurang yakin dgn idea dan gagasan Unity Gov. Benar, dgn tujuan menyelamatkan rakyat yg paling utama.

Tapi, adakah rakyat akan selamat setelah rakyat sendiri menolat parti yg bagi mereka, benar2 tidak selamat utk menjaga kepentingan rakyat.

Sekiranya Tuan Khalid Jaafar, dalam satu artikelnya, menyorot dan mengimbas serta mengumpamakan kemenangan BN merampas Perak tempoh hari dgn sedikit kisah mengenai perihal Raja Pyrrhus dari Epirus menumpas tentera Romawi dalam dua pertempuran dan akhirnya Raja Pyrrhus mengungkap dengan satu kata2 usai saat kemenangan ""Sekali lagi kita mendapat kemenangan seperti ini kita akan musnah...", suka sy mengungkapkan perkara ini kepada rakyat yg cintakan keadilan (baiklah, sy cuba elakkan utk dikaitkan dgn Pakatan Rakyat kerana ada dikalangan kita yg kurang setuju bahkan ada yg tidak setuju beberapa tindakan tahaluf siyasi PAS di dalam PR).

Sy cuma ingin melontarkan sedikit :
1-"Adakah kita yakin, idea gagasan unity gov ini akan memenangkan rakyat yg benar2 menolak BN pada ketika ini atau mengalahkan rakyat?"

2-Di saat rakyat menolak dengan penuh benci parti yg menunjangi penguasa, adakah rakyat sekali lagi akan bersama2 dengan gagasan gabungan PAS dan parti di dalam PR yg lainnya sekiranya gagasan unity gov ini terlaksana?

Dan mungkin beberapa lagi persoalan yg sy rasa. sy nak lontarkan, tetapi, disebabkan masa yg kesuntukan, sy mohon sembah derhaka ! ! !

harakisufi berkata...

Bismillah

Maaf.. Saya lihar artikel ini ditulis oleh seorang yang tidak memahami suasana politik Malaysia, dan tidak memahami secara langsung apa yang dimaksudkan oleh Alfadhil TG Presiden PAS (sekadar bacaan di media massa dsb).

Bertakwalah saudaraku.. Sesungguhnya sebelum meletakkan hukum kita perlu memahami lumat sesuatu permasalahan.

TG Hj Hadi sendiri bukan mencadangkan untuk digabungkan UMNO dan PAS. Tidak sama sekali!!! Pelik sungguh bila saudara penulis tidak memahami hakikat ini lantas menulis satu artikel sebegini. Manhaj penulisan begini bagai orientalis Barat pula dan sikap Astora Jabat dan seangakatannya.

Inikah yang dinamakan fikrah taqaddum? komentar kepada suatu permasalahan yang tidak difahami itu majukah?

Maaf sekali lagi jika terkasar bahasa. Bukan niat mencemuh tetapi menegur agar tidak tersalah langkah lagi...

Ibnuhadar berkata...

Salam
Buat saudaraku dalam Islam, Harakisufi :
Inilah masalah apabila memasuki sebuah bilik di waktu malam yg gelap, kemudiannya, tidak memetik suis lampu, seolah2 nampak setiap sisi bilik. Habis disepaknya semua benda, sehingga kepala sendiri pun disepaknya.

Sy tidak pernah "mengusik" atau menuturkan rasa kurang adab terhadap pimpinan terutamanya TG Pres (mungkin anda tidak kenal siapa sy sebelum ini dan penglibatan sy dalam gerakan jamaah).

Jika ada pendapat dari Astora Jabat yg benar, manakala dalam masa yg sama, ada pendapat dari orientalis barat yg baik, mengapa perlu kita letakkan di tepi dan alirkan ke dalam longkang yg busuk? Itu tidak adil namanya.

Sama juga kita mengambil beberapa pendapat dari ulama' tertentu sahaja, tetapi, dalam masa sama, ada pendapat2 dari ulama' lain yg kita letakkan di tepi.

Sy tidak mahu mengambil kesempatan melayan sebarang tuduhan terhadap sy mengenai Astora Jabat, orientalis barat dan sebagainya kerana ini bukan ruang sy. Melainkan, sy bersedia sekiranya ada mana2 pihak, menyediakan platform utk kita bersemuka, mencari titik penyelesaian.

Sebelum sy mengakhiri komentar sy di atas, sy ada menyebut, "sy ingin melontarkan sedikit beberapa persoalan". Tapi, malangnya, ada dikalangan sahabat2 yg memahami seolah2 sy menentang dua ratus peratus usaha unity gov.

Unity gov bukan pada dasarnya, penggabungan kepada parti politik, di antara parti penguasa dan opposisi. Mungkin kita boleh merujuk kembali kenyataan dan maksud serta nawaitu sebenar dari ucapan TG Presiden.

Cuma, sy agak pelik dgn jawapan anda:
"Inikah yang dinamakan fikrah taqaddum? komentar kepada suatu permasalahan yang tidak difahami itu majukah?"

Sy secara peribadinya, agak sedikit pelik. Fikrah taqadum mana yg anda maksudkan? Kerangka pemikiran dan fikrah mana yg anda maksudkan perlu kita cenderungi?

Sekurang2nya, sy sekadar melontarkan sedikit persoalan, dan dalam masa sama, masih menghormati pimpinan tertinggi.

Mungkin, sahabat, barangkali, boleh bertanya kepada sahabat2 yg lain di sini, yg pada dasar dan hakikinya, sebelum Pakatan Rakyat hampir menang pada PRU 2008, dengan beberapa lontaran pandangan mengatakan kurang keyakinan kepada "TG Presiden dari Pantai Timur", Pesuruhjaya PAS Kedah yg merupakan MB Kedah sekarang tidak layak memimpin Kedah atas kapasiti MB di sebabkan masalah2 tertentu dan sebagainya".

Apabila Pakatan Rakyat menang, "mereka2" inilah yg menjilat kembali air liur yg mereka ludahkan ke tanah dan memuja memuji pimpinan yg mereka kritik sedikit masa dahulu (seolah2 terlupa adab di dalam jamaah)

Sy tak mengatakan anda layak utk mengeluarkan hujjah sebegini.

Sedikit perkara yg ingin sy lontarkan :
1-Konsep unity gov mana yg perlu kita hampiri? Adakah sama seperti kerangka konsep di Zimbabwe (sila rujuk pertembungan di antara Mugabe dan Tsvangirai pasca pilhanraya umum Mugabe), unity gov di Palestin atau begitu juga di Indonesia?

2- Di saat konsep unity gov ini dicadangkan, kelihatan UBN begitu teruja dgn cadangan ini sedangkan dalam masa yg sama, majoriti rakyat menolak mereka.

3-Cubaan unity gov dgn kerjasama UBN, di mana, pimpinannya yg baru (merupakan PM yg baru), melakukan siri2 politik yg agak menakutkan sejak akhir2 ini. Kes gadis Monggolia, hebahan di media Perancis, terbaru, media Korea dan sebagainya. Rampasan kuasa di Perak hampir persis cubaan rampasan kuasa coup d'etat di Palestin dan sebagainya. Mampukah kita bekerjasama dalam satu konsep unity gov dgn seorang pemimpin di sebelah sana, yg diragui kredibilitinya?

Sy bersetuju dgn univ gov. Cuma dalam masa sama, sy sekadar melontarkan beberapa perkara utk kita renungi bersama (sy tak sangka, ada yg meloncat dan sy sekadar tersenyum).

Dalam masa sama, sy menuntut pihak di sebelah sana iaitu UBN, menyelesaikan dahulu beberapa perkara yg perlu sebelum berbincang mengenai unity gov.

Dalam masa yg sama sy menyokong TG Pres (beserta kerangkap unity gov yg disepakati bersama rakan di dalam PR ditambah dgn syarat2 tertentu), dan dalam masa sama, sy menyokong saranan TG Muryidul Am kepada UBN : "Perbetulkan dahulu masalah sendiri dan juga tidak lupa masalah yg menimpa rakyat di Perak ! ! !"

Sy sekadar terfikir : Baru beberapa minit sahaja berlaku satu siri pembunuhan, dan ada pulak di kalangan kita, memohon bantuan pembunuh tadi utk menjaga dan "tolong tengok2kan" anak kita sepanjang kita keluar dari rumah.

Ini seolah2 meletakkan pisau dileher utk si pembunuh meneruskan rancangan pembunuhan dgn mudah ! ! !

harakisufi berkata...

Bismillah

Nampaknya saudara Ibnuhadar tersalah faham kenyataan saya. Saya mengkritik penulisan asal di atas, dan bukan komentar saudara tau.

Saya juga tak kata tulisan itu sama dgn tulisan Astora dari segi isi, tapi dari segi manhaj penulisan yang tidak mempunyai sumber yang betul.

Malah yang saya sebut fikrah taqaddum yg salah itu adalah fikrah taqaddum yang dilaungkan oleh penulis asal artikel sebagai gagaasannya (lihat di atas sekali web ini). Ia bukan fikrah ke hadapan tetapi ke belakang.

Saya juga cukup-cukup bersetuju dgn kandungan komentar saudara yang kedua, dan jelas lebih matang dan membina dari penulisan artikel asal.

Saya menasihati Ustaz Fauwaz agar mengkaji lebih dalam sesuatu permasalahan sebelum menulis artikel yang saya risau boleh melambatkan kemenangan Islam itu sendiri di Malaysia. Bahang fitnah cukup meluas di Malaysia kini tau.

paradise berkata...

cool, cubaan menerapkan sesuatu yang bersifat idealistik ke dunia realistik. begitulah Tabiat Islam tidak terperangkap dalam keadaan realiti malah cuba menggapai satu gagasan yang bersifat idea tinggi. Tak salah rasanya meletakkan harapan penggabungan kuasa melayu islam melalui dua parti melayu/islam terbesar.

Ibnuhadar berkata...

Salam
To Saudara Paradise :
Memang tidak salah meletakkan harapan penggabungan kuasa melayu islam melalui dua parti melayu/islam terbesar.

Sedikit persoalan utk cadangan saudara :
"meletakkan harapan penggabungan kuasa melayu islam melalui dua parti melayu/islam terbesar"
1-Islam jenis apa yg UMNO mahukan?
2-Prihatinkah UMNO dgn Islam?
3-Kenapa, selepas pasca PRU 2008, setelah hampir tewas besar dan "hampir ditelanjang bulat" oleh rakyat, tiba2 UMNO prihatin dan terlalu sensitif dgn Islam?

(Sy tersenyum dan kadangkala menggelengkan kepala apabila mengenangkan langkah2 pasca pemerintahan Raja Bersiong 2, terutamanya peristiwa Memali di Baling melalui jalan belakang)

Cuma, sy sekadar melihat, cadangan TG Pres mengemukakan unity gov planning adalah sekadar umpama langkah "checkmate" buat UMNO di dalam permainan chess.

UMNO akan rugi besar dari segi "keuntungan politik" dgn penerimaan unity gov. Percayalah ! ! !

Dan sy juga "rasa" seperti apa yg saudara rasa, barangkali mungkin, "saudara pernah hidup menikmati kemelaratan penuh penyiksaan bersama2 TG Mursyidul Am ketika gabungan PAS dlm Perikatan sedikit masa dahulu".

Ini bukan soal "mengenang kisah lama. Sekiranya PAS dituduh bersekongkol bersama2 rakan di dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP mengikis hak2 melayu dan bukan Islam (sy nampak, ini mungkin barangkali kerisauan anda terhadap masa depan bangsa Melayu skrg ini), anda juga patut melihat dan merujuk kembali kitab2 dan buku2 sejarah Malaysia dan pengkhinatan UMNO terhadap melayu. Sy tak kata UMNO benar2 menolong melayu selama ini. Dasar DEB hanya membantu dan menolong dua ratus peratus bumiputera UMNO dan bukannya rakyat amnya. Soal pengkhianatan PAS terhadap melayu sekarang ini yg diwar2kan oleh media pro UBN, saudara barangkali patut melihat "ketaatan wala'" UMNO di Pulau Pinang ketika Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon sedikit masa dahulu. Sy terlalu hairan dgn persoalan : "Apa yg UMNO buat utk melayu sebelum hampir tewas besar pada PRU 2008 dahulu?"

Mungkin ada yg terlupa, Ketua Menteri sekarang, Lim Guan Eng dari DAP pernah meringkuk disebalik tirai besi, kerana mempertahankan seorang gadis melayu yg dirogol di Melaka sedikit masa lalu ! ! !

Dalam hal ini, TG Pres seorang pimpinan yg bijak dan dalam masa sama, kita juga mengakui kebersamaan taktikal kebijaksaan TG Mursyidul Am.

To Saudara HarakiSufi :
Sy pohon maaf pada anda. Sy tidak menyedari pada awalnya dan sedikit terlewat menyedarinya. Harap saudara menerima maaf sy. Terima kasih.

Apa2 pun, ini sekadar perbincangan ilmiah. Sy bersetuju dgn cadangan, "Memperkukuhkan Pakatan Rakyat"

Sy tidak mahu menelanjangkan UMNO dengan bogel keseluruhannya. Masalahnya, UMNO yg gila, membuka dengan sendirinya seluar dan pakaian dihadapan khalayak rakyat.

Catat Ulasan



Labels