bulan 1

Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan


Ulama Pas Perlu Kepada Perubahan

Kita mendengar kritikan daripada pelbagai pihak terhadap peranan ulama-ulama Pas daripada pelbagai lapisan. Terdapat kritikan yang kita setuju,saya sendiri pun kritik. Tetapi kita tidaklah bersetuju kritikan yang tidak berakhlak dan berasaskan emosi. Ini bukan daripada akhlak kritikan.

Sebenarnya pada pendapat saya,di dalam kelemahan yang berlaku kepada ulama-ulama Pas itu sebenarnya adalah berpunca daripada mereka sendiri bukan daripada orang lain. Secara hakikatnya,kelemahan ulama ini bukan sahaja pada ulama-ulama Pas tetapi amnya di Malaysia yang melibatkan system fatwa,ulama-ulama kerajaan merangkumi semnua agensi.

Tidak adillah kelemahan hanya dilemparkan kepada para ulama Pas. Tetapi di dalam masa yang sama kita mesti memperakui sumbangan ulama-ulama Pas di dalam memajukan Pas dan umat Islam di dalam arena politik negara. Mereka ikhlas di dalam menyampaikan Islam da dakwah. Cuma menjadi satu sunnah alam kelemahan ini datang untuk kita bangkit semula.
Tidak menjadi keaiban seseorang itu lemah,tetapi menjadi keaiban apabila dia terus tidak memperbaiki kelemahan dirinya. Begitulah ulama-ulama Pas,sekiranya mereka lemah,itu adalah perkara biasa,tetapi mereka mesti bangkit untuk memperbaiki diri dan sedia menerima perubahan dan pemikiran yang mereka bawa.

Bagi saya,ulama Pas akan menjadi maju apabila mereka beriman dengan fikrah tajdid dan tidak jumud di dalam setiap masalah baru. Mereka tidak taasub dan sentiasa berlapang dada dengan khilaf yang berlaku di antara ulama. Mereka perlu mengeluarkaa pandangan yang baru di dalam menyelesaikan masalah-masalah negara dan semasa tidak hanya tertumpu kepada aspek pentarbiyahan.

Bagi saya, waallah a’lam, kita terlalu menumpukan aspek tarbiyah kepada ruhani dan terlalu membincangan aspek ibadah sehingga lupakan aspek perbincangan dunia,bagaimana hendak bergerak didunia,bagaimana hendak memperluaskan aspek tarbiyah dengan menngunakan ilmu-ilmu sains dan teklonologi sebagai salah satu cara mentarbiyah.

Ulama hanya tertonjol peranannya di dalam aspek qiyamullail dan tamrin dan usrah. Mereka kedepan membincangkan isu ekonomi ,sukan hiburan dan sebagai yang berkait rapat denga aktitiviti masyarakat. Ulama Pas mesti mengutamakan aspek mudah di dalam member fatwa dan berita gembira di dalam berdakwah.
Sesungguhnya peranan ulama Pas amat dirindui oleh masyarakat dengan syarat mereka berijtihad di dalam agama dan membuat tajdid di dalam perkara-perkara tidak sesuai di zaman ini.

Sesungguhnya,kita mesti mempertahankan institusi ulama di dalam Pas dan dalam masa yang sama para perlu membuat perubahan yang lebih pantas dan berhemat agar mereka dapat bersaing dengan golongan lain di dalam kancah dakwah dan politik Islam. Sesungguhnya kelemahan ulama itu berpunca daripada ulama sendiri bukan orang lain.
Dengan itu menjadi tanggun jawab kepada pelapis ulama untuk berlajar denga bersungguh dan mendalami ilmu-ilmu baru dan sentiasa peka dengan masalah semasa agar dapat mebuat persediaan pada masa depan untuk memperkuat institusi ulama.

Ustaz Fauwaz Fadzil

0 ulasan:

Catat Ulasan



Labels