bulan 1

MINORITI- DR.YUSOF AL-QARDHAWI


Ciri-ciri Fiqh Minoriti ini ialah :


1. Menggabungkan khazanah silam dengan keadaan –keadaan semasa dalam menetapkan sesuatu hukum.
         
2. Mengaitkan keuniversalan Islam dengan realiti masyarakat kini  sehingga ia dapat menjawab persoalan masyarakat dengan baik.
         
3. Keseimbangan antara teks-teks syariat yang  bersifat cabangan dengan tujuan-tujuan syariat. Ia menggabungkan antara kedua-duanya sekalibagi menggambarkan kesyumulan ajaran Islam.
         
4. Memperhatikan setiap perkara yang telah diputuskan oleh ulamak terdhulu bahawa fatwa akan berubah dengan perubahan zaman, masa dan tempat.
         
5. Menjaga keperibadian muslim bagi setiap individu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling  sehingga mereka dapat mempengaruhi mereka.

Al-Qardhawi juga menyebutkan bahawa fiqh ini bersumberkan kepada sumber-sumber yang digunakan oleh para fuqaha’ secara umumnya iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qias. Di samping kaedah-kaedah lain seperti mengamalkan sesuatu hukum berdasarkan kepentingan umum (masalih al-Mursalah), kaedah mencegah kemudaratan, (sadd al-dhara'i) tradisi masyarakat setempat (al-uruf) dan perkataan sahabat. (qaul al-sahabat).

Al-Qardhawi menjelaskan teras kepada membangunkan fiqh minoriti ini ialah :
 
1. Membuka pintu ijtihad bagi orang yang layak berijtihad dalam isu-isu semasa.
         
2. Memperhatikan kaedah-kaedah fiqh yang telah ditetapkan oleh ulamak seperti  segala perkara itu bergantung kepada tujuan-tujuannya (al-Umur bi maqasidiha), adat kebiasaan itu diakui sebagai dasar hukum (al-Adab muhakamat), hak-hak umat lebih didahulukan daripada hak-hak individu dan sebagainya.
         
3. Memperhatikan fiqh realiti yang sedang berlaku. Seorang ulamak yang berwibawa adalah seorang yang mampu memadukan hal yang wajib dengan realiti kerana ia tidak hidup dalam hal yang diwajibkan sahaja melainkan juga hidup dalam realiti yang dihadapinya. Inilah yang ditetapkan oleh ulamaka bahawa perubahan hukum dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan. Antara kewajipan fiqh realiti ini ialah ahli fiqh sentiasa mengetahui hakikat minoriti muslim sebelum memberi fatwa kepada mereka sebab keadaan minoriti dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain adalah berbeza.
         
4. Memperhatikan keperluan umat secara keseluruhannya dan bukan terbatas kepada individu dengan adil dan saksama.
         
5. Membangunkan ijtihad di atas dasar kemudahan yang dapat memberi jalan keluar bagi setiap persoalan. Para sahabat lebih mirip memilih manhaj mempermudah dan meringankan sesuatu.
         
6. Memperhatikan kaedah  fatwa akan berubah dengan perubahan zaman, tempat , tradisi dan keadaan.
         
7. Menggunakan pendekatan secara bertahap  dalam rangka memperbaiki berbagai keadaan dan jauhnya mereka dari masyarakat majoriti Islam.  Metode bertahap ini merupakan hukum alam dan sunnatullah.
         
8. Mengenali keperluan dan kemudharatan masyarakat dengan melihat realiti yang berlaku bukan melihat persoalan-persoalan  dengan pandangan idealistic yang hanya bergantung di dunia mimpi. Di antara ciri syariat yang realistik ialah mengakui terhadap kemudaratan yang menimpa kehidupan manusia baik individu datau masyarakat.
         
9. Membebaskan diri daripada keterikatan terhadap satu mazhab tertentu dan agar seorang mufti tidak memaksa masyarakat untuk berpegang teguh terhadap satu mazhab. Ia harus melihat pelbagai pandangan dan yang kuat dalilnya serta memberi kemudahan dan keluasan walaupun berbeza dengan mazhab yang dianutinya.



0 ulasan:

Catat Ulasan



Labels