bulan 1

الإسلام ... خضارة الغد


الإسلام ... خضارة الغد

الحضارة :-
- مجموعة العقائد و المفاهم و القيم و الآداب و التقاليد التي تتجسد في سلوك الأفراد و الجماعات, و علاقاتهم بعضهم ببعض, و نظرتهم إلى الدين و الحياة, و الكون و الإنسان, و الفرد و المجتمع.

الفصل الأول: سمات الفكر الغربى و خصائصه
1) الغبش في معرفة الألوهية
2) النزعة المادة
3) النزعة العلمانية
4) الصراع
5) الاستعلاء على الآخرين





الفصل الثانى: الآفات و الآثار السيئة للحضارة المعاصرة
1) الانحلال الخلقى
* تقرير يحمل إنذارا
* وثيقة مؤتمر السكان بالقاهرة تجسيد لانحلال الحضارة
2) التفسخ العائلى
* العائلة الأمركية تتقدم نحو الهاوية
* رجال يعيشون عالة على زوجاتهم المطلقات
* أمهات للإيجاز
* النفور من الإنجاب
* الإعراض عن فكرة الزواج أصلا
* الأسرة الوحيدة الجنس
* الأسرة الوحيدة التكوين
3) القلق النفسى
* الساخطون في هوليود
* حركة التمرد على الحضارة المادية
* الاكتئاب و حياة العزلة
* انتحار المراهقين
4) الاضطراب العقلى
5) الجريمة و الخوف
* على الخوف تعيش الأمريكا
* الجريمة لماذا؟
* كلمة حق من كاتب حر


الفصل الثالث: عقلاء رجال الغرب يدقون أجراس الإنذار
1) خفوت صوت الإيمان في عصرنا
* دق أجراس الإنذار من خطر الحضارة المادية
* الجميع يشعرون بخطر المادية المحدق- تحذيرات رجال العلوم :-
• نقد ألكسيس كاريل
• نقد رينيه دوبو
• كلمات هنرى لنك
* تحذيرات رجال الفلسفة و الفكر
- تحذير جون ديوى
- تحذير توينبى
- تحذير جارودى
- تحذيرات رجال الأدب
- تحذيرات رجال السياسة


الفصل الرابع: الحضارة التى ينشدها العالم
1) حكم القرآن على الحضارة المادية
* أسباب هلاك الأمم:-
- الجحود بآيات الله تعالى و عصيان رسله
- اتباع أمر كل جبار عنيد, و إطاعة أمر المسرفين الذين يفسدون في الأرض و لا يصلحون, كفعل عاد و ثمود
- الفرح بالعلم المادى, و الإعراض عما جاء به الوحى, كالذين حكى الله عنهم في آخر سورة غافر
- الغرور بالقوة المادية و الثورة المالية, و الغفلة عن بأس الله عز و جل, كفعل فرعون و قارون
- الظلم و البخس و البغى بغير الحق, و خصوصا على الفقراء و المستضعفين, كفعل مدين قوم شعيب
- اقتراف الفواحش, و اتباع الشهوات, كفعل قوم لوط
- شيوع الفساد في الأرض, و استعلاء المنكر, و عدم التناهى عنه كما فعل بنو إسرائيل...(المائدة:79)
- الكفر بأنعم الله و عدم القيام بشكرها, بل استخدامها في معاصى الله...(النحل:112)
- الترف و البطر...(القصص:58)
* قانون المداولة بين الأمم و وراثة الحضارات
* ما الدواء؟ و أين الطبيب؟
* الدواء كما يراه:-
- (الكسيس كاريل) و تعليق سيد القطب
- اللورد (لوثين) و تعليق المودودى
* عجز العلم و الفلسفة عن إيجاد المخرج
* المركسيه داء لا دواء
* عجز الأيدلوجيات الوضعية
* الدين هو معقد الرجاء
* عجز المسيحية عن القيام بدور المنقذ
* اليهودية أشد عجزا
* الحضارة التي ينشدها العالم تتجلى في الإسلام
* العلم لا يغنى بغير الإيمان
* مكانة الإيمان من حياة الإنسان
* إنسان أسرة و مجتمع

2) ملامح الإنسان الذي يكونه الإسلام
* الإخاء و المحبة
* التعاطف و التراحم
* التساند و التضامن
* التواصى و التناصح
* التطهر و التراقى
* العدالة
* مجتمع متقدم
* ارتباط التقدم بأهداف الحياة
* الأهداف الأساسية للحياة الإنسانية
- كتاب القيم( الذريعة إلى مكارم الشريعة) وهى:-
# العبادة لله تعالى
# خلافة الله في الأرض
# عمارة الأرض
* أحسن الوسائل لأفضل الغايات
* تتقدم متكامل

3) إسلام يتمثل اهتداء الغرب الإسلام
* من هذه العقابات..........
- الزهو الغربى
- الروح الصليبي
- الخوف من الإسلام
- المكر الصهيوى
- الأمل في العقلاء و المنصفين
- الوهن الإسلامى
- الأمل في الصحوة




(إعداد: شريفة اينتن شافينز بنت سيد جاسين جمال الليل
كلية : اللغة العربية بجامعة الأزهر الشريف,قاهرة


BENTUK PEMBANGUNAN ISLAM
Pembangunan yang memberi perubahan satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik merupakan satu keperluan yang dicari-cari oleh manusia. Namun demikian pembangunan yang dicari dan ingin digerakkan semestinya tidak boleh bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah As-Sajdah ayat 7-9 bermaksud:
'Dan Allah memulakan kejadian manusia daripada tanah kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani), kemudian dia menyempurnakan kejadian manusia itu lalu meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya'.


Ayat ini menjelaskan bahawa manusia dijadikan dari dua unsur iaitu jasad dan roh maka dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan kehidupan manusia hendaklah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek jasmani (fizikal) dan aspek rohani (spiritual) iaitu bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kedua-dua aspek pembangunan tersebut hendaklah seiring dan seimbang tanpa melebihkan atau mengurangkan salah satu daripadanya.


Pembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunan aspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal, peralatan, kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya.


Manakala pembangunan dari aspek rohani pula merangkumi pembangunan mental, jiwa, sikap dan emosi dalam diri manusia itu sendiri. Pembangunan mental bermaksud mengisinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada diri, manusia dan alam seluruhnya. Pembangunan jiwa pula bermaksud menanamkan rasa keimanan kepada Allah Tuhan Yang Esa, malaikat, para rasul, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha’ dan qadar.


Pembangunan sikap bermaksud mengasuh diri manusia sikap-sikap positif dan membina serta mengikis sikap yang negatif. Manakala pembangunan emosi pula bermaksud menjadikan manusia sebagai seorang yang matang dan mampu mengawal diri berasaskan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi satu-satu kejadian atau peristiwa.



ISLAM DAN PEMBANGUNAN
Islam tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan asalkan cara pembangunan itu dicapai, diurus, ditadbir dan dimanfaatkan adalah tidak melampaui batas-batas hukum yang dibenarkan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

'Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui'.
(Al-Baqarah: 188)


Umat Islam perlu mencapai kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek dengan niat untuk memperlihatkan keceriaan ummah dari segi fizikal, kerohanian, kesatuan, keselamatan, kebebasan, keterbukaan, ketenteraman, kebijaksanaan, kesihatan dan perpaduan.


Dengan demikian akan terbukti betapa Islam adalah satu-satunya panduan hidup yang mampu memberi dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Akan tertolaklah tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam kononnya Islam adalah agama yang menolak kemajuan dan hanya sesuai untuk mereka yang berputus asa dan bebal sahaja.


Dalam pada itu, Islam tidak mahu pembangunan dan kemajuan yang palsu yang dibina atas asas yang rapuh iaitu kerakusan mengaut kekayaan peribadi, menindas, mengugut, rasuah, menipu, tamakkan kuasa atau mencetuskan permusuhan di kalangan rakyat.


Islam telah menggariskan sifat-sifat, keperibadian, budaya, imej dan sistem nilai yang perlu disemai, diamal dan dihayati oleh semua agen-agen pembangunan sama ada dalam merancang, menilai atau meluluskan satu-satu projek yang hendak dilaksanakan dalam sesebuah negara.

Mereka semua tidak sewajarnya mengutamakan aspek material dan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan manusia dan makhluk seluruhnya. Ini penting bagi mengelakkan sebarang pembaziran, kecelakaan, pencemaran udara dan air serta pengondolan gunung dan pencerobohan hutan.


Pembangunan sewajarnya mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua dan tidak pula menimbulkan apa-apa kerosakan, kerugian dan kebinasaan kepada mana-mana makhluk baik di daratan, lautan dan udara. Allah s.w.t. telah memberi ingatan kepada manusia bahawa apa jua kerosakan di muka bumi adalah angkara dari perilaku manusia itu sendiri di mana Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada rukun sebab dan musabab yang
mencetuskan natijah tersebut.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
'Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)'.
(Surah Ar-Rum : 41)


Firman-Nya lagi yang bermaksud:
'Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri'.
(An-Nisaa’: 79)


Oleh itu, apa jua bentuk pembangunan seperti bangunan, peralatan, jentera, alat komunikasi, pengangkutan dan kenderaan yang dicipta hendaklah tidak menimbulkan kesan sampingan yang lebih mendatangkan bahaya daripada faedah kepada manusia dan makhluk yang lain. Dengan erti kata lain, ianya tidak ‘mesra’ alam. Di dalam kaedah Islam sekiranya sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan itu jelas akan mencetuskan banyak keburukan dari kebaikannya maka rancangan tersebut perlulah dibatalkan.


Dalam pada itu, Islam memberikan jalan keluar dari kesempitan terutama pada saat yang kritis sehingga tidak diwajibkan menjalankan kewajipan yang telah ditetapkan dan diperbolehkan melanggar sesuatu ketentuan agama dalam keadaan kesempitan itu. Hal ini dijelaskan di dalam kaedah usul fiqh: 'Keadaan darurat itu membolehkan yang diharamkan'. Ini kerana terkadang manusia tidak dapat melaksanakan apa yang diperintahkan Islam dalam keadaan sempit (darurat) kerana jika dikerjakan juga akan terjadilah suatu kemaksiatan yang lebih besar lagi.
Kelonggaran (rukhsah) dalam Islam ini membuka jalan kepada mencapai tingkat pembangunan, kesempurnaan dan kecemerlangan sesuai dengan kemampuan dan fitrah manusia itu sendiri dipelbagai zaman, masa dan di sebarang tempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan



Labels