bulan 1

Kebangkitan Islam diantara Jumud & Ekstrimis


Kebangkitan Islam diantara Jumud & Ekstrimis
Dr. Yusuf Al-Qaradhowi
(a_syierra88@yahoo.com)


PENGENALAN
Buku yang mengandungi 177 muka surat ini merupakan salah satu karangan ulama tersohor dunia Syiekh Al-Alamah Dr. Yusuf Al-Qardhowi sudah diulang cetak sebanyak 24 kali pada tahun 2005M. ia merupakan sebuah buku yang dibahagikan 4bab yang mana pada bab pertama, al-Fadhil syiekh menghuraikan berkenaan ekstrimis : diantara hakikat dan dakwaan, manakala pada bab kedua penulis mengulas mengenai sebab berlakunya ekstrimis dan kebangkitannya. Pada bab ke tiga penulis menerangkan cara perawatan atau cara menyelesaikan masalah ekstrimiss yang berlaku terhadap umat Islam dan buku ini diakhiri dengan harapan penulis terhadap anak muda Islam dalam memperjuangkan Islam serta jalan yang perlu diambil oleh mereka.



HURAIAN
Bab 1 : Ekstrimis : Antara Hakikat dan Dakwaan
Ekstrimis ditakrifkan sebagai : berhenti pada satu peringkat, jauh dari kesederhanaan. Dan secara hissiyah ialah berlebih-lebihan pada suatu tempat, kedudukan atau sesuatu kemudian secara maknawi ialah ekstrimis / berlebih-lebihan pada agama,pemikiran dan sikap.
Kelaziman ekstrimis ialah ia lebih menjurus kepada kecelakaan/kerosakan dan bahaya, jauh dari penjagaan dan keamanan.




Penulis mendatangkan ayat 134 surah al-Baqarah yang menjadi dalil utama kepada melahirkan umat yang bersikap sederhana( umat wasatiah). Kemudian dijelaskan lagi dengan penggunaan istilah al-ghulu( berlebih-lebihan) yang digunakan didalam nas syariah yang membawa maksud ekstrim dimana penulis menyebut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad berkenaan peringatan Rasulullah s.a.w tentang bahaya berlebih-lebihan dalam beragama. Turut didatangkan ayat 77-surah al-maidah,171-surah An-Nisa` dan ayat-ayat dari surah Al-Hadid yang kesemuanya menerangkan dengan jelas peringatan Allah s.w.t berkenaan umat yang akan merosakkan umat Islam itu sendiri.


Diantara kelemahan yang terdapat di dalam manhaj ekstrim ialah :
1) Tidak memenuhi hakikat dan fitrah kejadian manusia.
2) Bersifat sementara/tidak kekal kerana manusia tidak dapat lari dari sifat jemu dan bosan.
3) Menzalimi hak orang lain.
Dalam memahami konsep berlebih-lebihan ini perlulah dengan ilmu dan akal yang celik dan tidak dapat tidak ialah kembali kepada sandaran islam yang asal iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana yang disebut di dalam ayat 59 surah An-Nisa`, bukannya berpandukan fatwa si fulan atau karangan si fulan.


Terdapat 2 perkara utama yang perlu diambil perhatian dalam perbahasan ini iaitu ;
1. Kadar ketaqwaan seseorang tidak sama diantara satu sama lain.
2. Bukanlah satu keadilan sekiranya mendakwa seseorang insan itu ekstrim dalam agamanya selagimana dia tidak mengekstrimkan orang lain sedangkan dia menyukai amalan yang dilakukannya.


Hakikat Ekstrim :
1. Terlalu ta`sub dengan pandangan sendiri atau sesuatu pandangan tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
2. Melazimi manusia dengan perkara yang tidak diwajibkan oleh Allah s.w.t.
3. Syadid tidak bertempat.
4. Keras dalam muamalah dan uslub dakwah.
5. Sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain.
6. Terjun ke dalam jurang pemikiran yang salah.


Bab 2 : Sebab berlakunya ekstrim dan kebangkitannya
Berbagai-bagai sebab yang diberikan dan adalah tidak adil sekiranya ia diringakaskan kepada satu skop pandangan sahaja. Ahli psikologi lebih cenderung kepada sebab yang bersifat persendirian, manakala aliran sosiologi lebih kepada pengaruh kemasyarakatan berbeza dengan sejarawan yang lebih menjurus kearah pertimbangan material, ekonomi, peristiwa dan perubahan masa.


Semuanya tidak dapat disangkal namun penulis lebih berminat menghuraikannya dalam bentuk ekoposial dan nilaian pemikiran yang semuanya sentiasa terjalin bersangkut-paut.
Sebab/Punca berlakunya gejala ekstrim dalam agama ;
1. Pandangan yang lemah tentang hakikat agama.
2. Sibuk dengan perkara remeh sehingga mengabaikan perkara utama yang berkaitan entity umat serta perkembangannya.
3. Pembaziran didalam pengharaman perkara-perkara yang bersifat harus.
4. Kefahaman yang tidak jelas.
5. Mengikut perkara-perkara bersifat mutasyabih(identical) meninggalkan muhakkamah(master) yang jelas.

0 ulasan:

Catat Ulasan



Labels