bulan 1

KESAN TERHADAP PARA PEMUDA

Ringkasan Kertas Kerja

Tajuk:

AL-IMAM DOKTOR YUSUF AL-QARADHAWI DAN KESANNYA TERHADAP PARA PEMUDA

Oleh:DOKTOR ‘ISOM ‘ARYAN

Pembuka Bicara

Bismillahi Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah Wa’ala Alihi Waman Walah.Ringkasan kertas kerja ini dipetik dari kertas kerja asal yang disediakan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan pada pembentangan beliau dalam Seminar Al-Imam Al-Qaradhawi yang diadakan pada tahun dua ribu lapan yang lepas.Maka dari kertas kerja ini bakal dibahaskan secara ringkas untuk makluman semua mengenai manhaj Al-Imam. Al-Imam Al-Qaradhawi dianggap salah seorang ulamak yang paling terserlah sama ada dalam pembawakan fiqh(fatwa) atau dalam memimpin manhaj “wasatiyyah” pada suasana hari ini.Dalam kertas kerja ini akan dikhususkan perbahasan mengenai kesan Al-Imam terhadap para pemuda dalam pembawakan beliau terhadap manhaj ini. Kita akan dapati beberapa faktor atau gejala yang menyebabkan kepada perlunya perubahan.Perubahan inilah yang dibawa oleh Al-Imam menerusi manhajnya:

Ø Keterlaluan sesetengah kelompok muslim dalam mengkafirkan muslim(التكفير)[1]

-Terdapat sebuah kumpulan di Bumi Mesir yang digelar “Jemaah Muslimin” yang terlalu segera dalam mengkafirkan beberapa individu muslim yang dirasakan telah melanggar beberapa syariat tuhan.

Ø Keganasan dalam kalangan pemuda

-Sesetengah golongan pemuda(الشباب)[2] yang ingin merubah sesuatu keadaan kepada lebih baik atau dengan erti kata ingin berdakwah tidak menggunakan manhaj atau wasilah yang dianjurkan oleh Islam.

-Golongan pemuda yang ingin mengguling pemerintah dengan kekerasan.

Ø Waspada terhadap para pemuda dalam mengeluarkan pendapat(fatwa)

-Mengingatkan kepada individu yang berfatwa tanpa mengikut manhaj atau kaedah yang tepat

Ø Politik dan senarionya[3]

-Perbahasan mengenai suasana politik di Mesir dan seluruh negara Islam.Berlakunya pemberontakan atau demonstarasi, kepelbagaian parti dalam meyertai pilihanraya mengikut ruang demokrasi, cengkaman kerajaan sekular.[4]

Ø Keberadaan Islam di Barat

-Muslim yang bermusafir ke barat sama ada untuk bekerja atau belajar.

-Menjadi masyarakat minoriti di bawah kuasa kerajaan bukan Islam.

-Kurangnya kemahiran Al-Imam bertutur dalam bahasa asing membuatkan sukar mesej pembawakan beliau sampai ke masyarakat barat.

-Adanya kumpulan(jemaah) muslim di Amerika dan Eropah.

-Kehadiran Al-Imam ke majlis fatwa bagi negara-negara Eropah.

Al-Imam juga menggunakan beberapa wasilah sebagai platfom dalam penyampaian mesej dakwah beliau ke seluruh pelusuk alam.

Ø Penyampaian dalam bentuk lisan

-Khutbah Jumaat

-Menghadiri apa saja program atau nadwah untuk menyampaikan ucapan.

Ø Penulisan[5]

-Puluhan kitab hasil dari penulisan Al-Imam tersebar ke seluruh dunia dan diterjemahkan dalam berbagai versi bahasa.Di antaranya:

(البنية الأساسية, الحلال والحرام فى الإسلام, الخصائص العامة للإسلام, الإيمان والحياة)

-Al-Imam banyak menyentuh perihal wanita dan kekeluargaan dalam karangannya sebagai pendorong kepada kemajuan wanita.[6]

Ø Bersua muka dengan pemuda

-Mengahadiri seminar atau kursus yang dianjurkan khas oleh pemuda dalam merapatkan ukhwah serta bertukar-tukar pendapat.

-Bermalam atau singgah dikediaman murid-muridnya.

Ø Penyampaian mesej Al-Imam dalam bentuk globalisasi (web rasmi)[7]

-Laman web rasmi beliau yang sering dikemaskini dan senantiasa memuatkan maklumat tentang aktiviti Al-Imam.

-Segala penjelasan isu antarabangsa tetap termuat dalam laman web tersebut mengikut komentasi dari Al-Imam.

Ø Menyertai seminar dan perhimpunan antarabangsa

-Mengahdiri mana-mana jemputan dari seluruh dunia.

Ø Keanggotaan yang ramai dalam pertubuhan badan fekah (مجامع فقهية)[8]

-Menubuhkan antaranya Kesatuan Ulamak Sedunia dan Majlis Fatwa Bagi Negara-Negara Eropah seperti yang diharapkan.

Ø Menyertai badan kebajikan

-Badan Kebajikan Islam Antarabangsa di Kuwait.

Ø Galakan kepada para pemuda

-Senantiasa memberi galakan kepada golongan pemuda dalam meneruskan usaha ilmiah dan gerakan dakwah serta memberi petunjuk dalam setiap amal mereka.

Seusai kalam

Demikian ringkasan hasil dari kertas kerja yang disiapkan oleh Doktor ‘Isom ‘Aryan.Dimuatkan dalam ringkasan ini beberapa pendapat saya pada bahagian nota kaki.Sekadar perbahasan pada ruang yang sempit ini mampu memberi kefahaman kepada kita mengenai manhaj “wasatiyyah” yang di pimpin oleh Al-Imam.Menjadi impian kita semua agar manhaj akan terpasak pada sanubari setiap insan untuk mengharungi oda kehidupan.Sepotong athar[9] yang sering kita temukan,sebaik-baik perkara adalah pertengahan.

Semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur Al-Imam dan dikurniakan kesihatan berpanjangan disamping kita mampu untuk mengambil intipati pembawakan manhaj beliau dalam era dunia globalisasi hari ini mengikut acuan Quran dan Sunnah.Segala usaha Al-Imam dalam memperjuangkan manhaj ini, suka duka, mehnah yang dilalui, jatuh bangun dari perjuangan mudah-mudahan mendapat balasan yang terbaik dari tuan punya alam.Amin…

Ringkasan dan ulasan:Muhsin bin Ahmad Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar.



[1] Kata Imam Malik RadhiAllahu ‘Anhu:Jika terdapat sembilan puluh sembilan tanda kekafiran pada seseorang itu tetapi namun masih terdapat satu tanda keIslamannya tidak boleh dihukum kafir terhadap individu tesebut (sikap berhati-hati seorang mukmin yang perlu ada pada setiap kita supaya tidak senang-lenang dalam mengkafirkan mana-mana individu).

Saya melihat suasana di Malaysia tidak terlepas dari budaya keji ini.Terdapat sebilangan kecil pendakwah yang sering menggunakan lafaz ini.Jelas ini jauh berbeza dengan kaedah dakwah yang dianjurkan dalam Islam.

[2] Manusia yang berumur lingkungan lima belas ke empat puluh tahun.

Kata Al-Imam:Golongan pemuda adalah generasi yang paling bernilai.Diibaratkan umpama matahari, bagaimana kekuatan cahayanya yang paling terik adalah ketika tengah hari.

[3]Pada pandangan saya, melihat suasana politik tanah air yang pada detik ini amat membimbangkan.Pertukaran kuasa, pilihanraya kecil rancak berlangsung sana-sini sedang umat terus dilanda bahana keruntuhan akhlak dan moral.Perlu kepada penelitian semula dari segenap aspek politik tanah air kepada perlunya pembaharuan dalam sistem pembentukan kerajaan.Mungkin di sana terdapat ruang untuk perbahasan mengenai “penggabungan parti”.Namun usaha ini tidak akan berlaku seandainya masih terdapat sikap ego, keterlaluan dalam mempertahankan dasar atau apa sahaja usaha yang cuba menidakkan usaha ini.

[4]Pandangan saya, senario pemerintahan dunia islam hari tidak langsung berlandaskan kepada Quran dan Sunnah kecuali dengan kadar yang sedikit.Maka di sini perlu kepada penekanan kepada seluruh muslimin untuk kembali melihat ajaran Islam yang hakiki.Firman Allah yang terlakar dalam kitabNya:(يا أيها الذين ءامنوا ادخلوا فى السلم كآفة):البقرة

[5] Manhaj Al-Imam dalam penulisan dengan mengetengahkan masalah-masalah yang terdapat perselisihan dalam kalangan ulamak sebagai panduan dan penjelasan mengenai setiap suruhan agama.

[6] Al-Imam mengikut manhaj gurunya Sheikh Ghazali dalam mempertahnkan wanita.Di sana terdapat ulamak fekah(fuqaha’) yang cuba menyempitkan ruang wanita dalam terjun ke beberapa bidang sedangkan tidak terdapat dalil atau nas yang sohih.

Al-Imam menggalakkan wanita dalam menyertai program-program berbentuk ceramah atau apa jua bidang ilmiah.

[7] www.islamonline.net/www.qaradawi.net

[8] Pertubuhan ini membahaskan di antaranya isu-isu mengenai masalah baru dalam agama atau urusan yang berhajat kepada pembaharuan dalam fatwa sesuai dengan masa dan tempat.

[9] :الأثرApa yang diriwatkan dari sahabat dan tabi’in sama ada tutur kata atau tingkah laku.Sebahagian besar ahli hadis meyatakan athar seerti dengan hadis(sila rujuk kitab ilmu hadis).

1 ulasan:

judi bola berkata...

subhanallah,,,,,thank's ya gan udah berbagi,,,jadi tau nih ane gan

Catat Ulasan



Labels