bulan 1

“MANHAJ SYEIKH AL-QORDHOWI: BerKOMUNIKASI BERSAMA GOLONGAN YANG LAIN”


“MANHAJ SYEIKH AL-QORDHOWI: BerKOMUNIKASI BERSAMA GOLONGAN YANG LAIN”
PEMBAHAS: DR MASNI AL-KURDISTANI
PEMBENTANG: NOR HABIBI BT ARIFFIN



PENGENALAN:
Sebelum membahaskan dengan lebih terperinci,syeikh menjelaskn maksud golongan yang lain.Beliau menjelaskan yang dimaksudkan ialah apa yang bertemu dengan zat (saya atau kami) iaitu individu atau ramai.

Takrif tepat : golongan lain yang dimaksudkan oleh Qaradawi adalah apa sahaja yang bertentangan/berlawanan dengan zat/identity (saya atau kita sendiri) dari sudut perbezaan hakikat dan identity

Contoh: Saya seorang lelaki maka yang berlawanan dengan lelaki adalah perempuan
Apa yang dimaksudkan dengan golongan lain adalah disebabkan perbezaan dari sudut yang pelbagai,dari sudut jantina,bangsa,agama,ideology,mazhab,politik dll
Jadi apa sahaja yang berlainan dgn diri kita di iktiraf sebagai GOLONGAN LAIN:
1)Lelaki dan perempuan
2)Kaum dan bahasa
3)Pemikiran dan ideology


Mengapa perbahasan berkaitan golongan yg lain?

Tujuan:
1)Mendapat gambaran yg jelas tentang keperibadian mereka serta uslub yg sesuai utk bermuamalah@ berinteraksi bersama mereka.

2.Memberi kita maklumat dan kita mengiktiraf mereka tanpa melanggar hak-hak mereka.

3)Melihat peluang-peluang utk hidup,dialog,saling menghormati dan perlumbaan dlm kebaikan bg menggantikan pergaduhan dan kemarahan serta mempelajari cara-cara menyusun hubungan di antara kita dan pihak yg lain ketika berlaku pertembungan.





3 PERKARA UTAMA :
1)Pengiktirafan terhadap identiti berkenaan (golongan lain) dan perkembangannya berdasarkan had-had tertentu.

2)Kaedah-kaedah pemikiran utk mengatasi perbezaan agar manusia dpt bersatu dlm kehidupan.

3)Kaedah-kaedah (prinsip-prinsip) akhlak utk menghakimi hubungan-hubungan agar kekal pertentangan dlm sempadan yg dibenarkan.


IDENTITI ATAU JATIDIRI YG DISYARIATKAN:
2 JENIS:
A)Identiti yg ditetapkan Allah
Seperti :kumpulan yg tidak boleh diubah ( lelaki dan perempuan).Syeikh membincangkan tentang qodhoya wanita dlm banyak kitab iaitu tentang hak dan peranan wanita serta kezaliman terhadap golongan berkenaan.

Hubungan diantara (bahasa dan kaum) sehingga had negara iaitu manusia ditakdirkan dilahirkan di negara yg ditakdirkan.Syeikh juga membincangkan tentang hak,persamaan serta keadilan bg setiap warganegara.Beliau memberi peringatan agar jangan mengubah kaum dan negara kepada asobiyyah yg memecah-belahkan umat islam seperti kejatuhan kesatuan islam di Turki dan negara-negara arab.



B)Identiti yang terbentuk di atas kehendak dan pilihan manusia:
Kebebasan manusia untuk memilih jalan hidup seperti memeluk agama, mazhab, ideology,parti politik dll
- dibolehkan kerana kedatangan Islam membawa permulaan kebebasan di mana manusia ditawan dr sudut pemikiran,politik,agama,ekonomi dan kemasyarakatan.
- berkata Saidina Ali bin Abi Talib : Kamu tidak menjadi hamba,kamu diciptakan Allah dlm keadaan bebas.
Di antara kaedah-kaedah pemikiran utk mengatasi perbezaan:
(1) : WASATIAH :-trademark agama
(2) MENGETAHUI PERKARA-PERKARA PENTING :-mesti sibuk dgn perkara-perkara yg penting kerana org islam sekarang berada jauh dari kemajuan.


Antaranya:
1. Ketinggalan ilmu,teknologi dan kemajuan
2. Kezaliman dlm masyarakat dan ekonomi
3. Perang ideologi dan thaqofah
4. Keruntuhan akhlak



Akhlak-akhlak utk bermuamalat dgn golongan yg lain:
1. Ikhlas dan jauh dr hawa nafsu :-pergaduhan membawa pertumpahan darah dan pelbagai masalah

2. Bebas dr taasub : maksud:bebas dr asobiyyah terhadap individu,mazhab,persatuan.di antara tanda taasub:menyebut segala kebaikan persatuannya dan menyebut aib@keburukan individu lain walaupun memiliki pengetahuan atau pekerjaan lebih baik.hendaklah dijauhi setelah menghidu ciri-ciri berkenaan.

3. Berdialog@berjidal dgn baik :-dlm nasihat atau perdebatan dgn perkataan atau ta’bir yg terbaik dan terindah dlm perkara berbeza serta berijtihad bersama-sama utk mencari kebenaran; bukan utk memenangkan kepentingan peribadi.

4. Berbaik sangka

PENUTUP :
Sesungguhnya pemikiran Islamik yg moden adalah bertujuan mendalamkan kefahaman kita terhadap hubungan dalaman kita dgn golongan yg lain sebelum hubungan luaran; agar kita mampu membina kehidupan yg adil dan diterima semua lapisan masyarakat.Kita juga diseru untuk menambah kecintaan dan kasih sayang kita dlm persaudaraan Islam serta mengatasi masalah syadid yg byk berlaku disebabkan kejahilan dan buruk penguasaan fiqh.
Wallahualam.









0 ulasan:

Catat Ulasan



Labels